Followers

17.10.09

Ilmu: Atasi kesan penuaan

... dengan kolagen. Kata satu tajuk artikel di dalam majalah terkini khusus untuk wanita yang semakin meningkat umurnya.

Kita semua kakchik rasa dah pernah pun melihat atau membaca maklumat berkenaan kolagen ni. Kalau cerita pasal kedut di muka dan usia yang semakin tua, ramai di kalangan wanita seolah-olah risau aura dan kecantikan mereka akan berkurang.

Ye lah kita semua makin tua. Datang je hari ulang tahun, tua setahunlah usia kita (dan mungkin semakin dekatlah kita dengan kematian). Tapi, kenapa nak takut kan, semua orang pun akan menjadi tua juga. Cuma yang kita mahu ialah kita tua pada usia tapi tidak pada badan dan wajah, kalau boleh la kan.

Jadi berbalik kepada KOLAGEN ni, ada kawan yang bagitahu kakchik, bermula usia 35 tahun elok kalau kita mengambil kolagen. Antara sebab-sebabnya ialah kulit kita akan lebih terjaga luar dan dalam. Dari apa yang kakchik tengok wajahnya memang masih tegang dan dia pun kelihatan muda. Kakchik pula memang ada masalah kulit terutama bila hormon berubah sebelum datang haid. Walaupun sekali tengok orang tak percaya kakchik dah 35 tahun (fakta ya, bukan tujuan berbangga) tapi kalau tengok lebih dekat akan nampaklah kulit kakchik yang makin kurang tegang.

Sebenarnya tak kisah sangat. Yang kakchik kisah ialah kesihatan diri dan keyakinan diri apabila melihat refleksi di cermin setiap hari. Jadi kakchik kata apa salahnya kakchik cubakan, untuk kepuasan diri sendiri. Jadi selepas melihat-lihat dan membanding-banding, kakchik pilih untuk menggunakan produk Cappuccino Collagen keluaran Syarikat al-Jabbar. Kata kawan, kolagen ni baunya kurang enak tapi CC al-Jabbar ni memang sedap diminum. Terserah kepada lidah masing-masing kan.

Jadi daripada dok minum saja, kakchik pun baca juga maklumatnya di pelbagai media. Hari ni nak kongsi maklumat tentang fungsi kolagen mengikut kata majalah MIDI.
  • Kolagen ialah komponen protein utama di dalam tubuh. Kewujudannya merangkumi 70% pada lapisan kulit, tulang, kartilaj (sendi), saluran darah, tendon dan gigi.
  • Terdapat beberapa jenis kolagen seperti kolagen I (kulit, tendon, tulang, kornea mata), II (rawan, tulang belakang), III (kulit fetal, jantung) dan IV (membran dasar).
  • Kolagen disusun tiga rantai polipeptida (monomer protein) yang terpilih membentuk triple helix (pilihan tiga ganda). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an.
  • Merupakan penjaga bentuk dan struktur tubuh serta penyambung jaringan halus pada rangka tubuh.
  • Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi semakin tua, semakin kurang kolagen. Inilah antara punca kedutan.

Wah, ada yang senang nak faham dan ada yang langsung tak tahu dan tak faham. Apapun kita ambil sajalah maklumat yang kita faham.

Kakchik bukan berkempen produk ya, tapi sekadar berkongsi maklumat untuk kebaikan bersama. Kakchik ni jenis yang susah nak konsisten kalau menggunakan produk makanan/minuman sampingan tapi kakchik cuba juga untuk istiqomah. Untung pertama - badan rasa lebih segar, wajah pun berseri, hehe dan untung kedua - tidak membazirkan wang yang diguna untuk membelinya. Tak mahal pun... walaupun ada juga yang mahal.

Terserah kepada diri masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs