Assalamualaikum semua, semoga masing-masing dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Hari ni tentu ramai di kalangan kawan-kawan yang sedang berehat di hujung minggu bersama keluarga dan pasti masih banyak 'rumah terbuka' yang perlu dkunjungi.
Kakchik kat pejabat ni. Meneliti laporan kewangan dan minit mesyuarat lepas sebelum kami bermesyuarat nanti. Kedua-duanya dah selesai kakchik periksa dan sekarang ni rehat sebentar dari menghabiskan bacaan terkini iaitu QURANIC LAW OF ATTRACTION yang akan kakchik buat ulasan. Akan kakchik cadangkan untuk koleksi terbaru buku-buku di Zahra'.
Hmm... nak ambil peluang sekejap untuk promosikan 2 jenis item baru yang kakchik jual. Hehe nak mula perlahan-lahan cabang baru bisnes kakchik. Kakchik mungkin tak akan buka kedai online untuk cabang pakaian ni tapi akan jual bila ada permintaan. Bisnes pakaian (tudung dan abaya) belum ditentukan lagi bagaimana kaedah jualan yang terbaik.
Hari ni nak promo tudung 60" warna polos seperti dalam gambar di bawah. Ada 2 warna lagi iaitu coklat dan kelabu tapi kakchik belum ambil lagi dari pembekal. Kalau ada yang mahu, kakchik boleh sediakan.
Selain tudung kat atas tu, mungkin dah ramai yang tengok abaya di bawah ni kan. Abaya ini datangnya dari Makkah, dibuat dari kain jenis crepe, bersaiz S dan dihiasi kristal kecil yang membentuk bunga-bunga hiasan. Ia datang bersama selendang dari kain yang sama. Harganya RM250 termasuk kos penghantaran.
Kakchik ada banyak abaya dari jenis kain crepe ni dan rasanya selama memakainya kakchik tak pernah ada masalah kesihatan, hehe.
Kalau ada yang berminat, sila bagitau kakchik ya. Tinggalkan komen atau hantarkan email kepada hanniaziz@yahoo.com .

wah..jd busineswoman dh k chik yer..ok laa..sambil2 bertenet la kan..x rugi..slmt berniaga!he3
ReplyDeleteeriey - kakchik memang dah lama jadi businesswoman tapi jual buku, hehe sekarang baru nak venture jual pakaian pula. mekasih ya eriey.
ReplyDeletesemoga berjaya kak chik....saya berniaga juga start 1 ramadhan hari tu. emmm,berkenan dengan abaya tu, tp saya ni tinggi S may be singkat sikit...
ReplyDeletesemoga bertambah murah rezeki.
Warna tudung tu cantik, tapi rupanya macam mana ? Boleh tunjuk tak ? Kak tie pakai tudung bawal biasa je..
ReplyDeleteBukan tak nak pakai tudung labuh, cuma rasa macam tak layak je.. Lagipun kak tie pakai pants. Senang nak bergerak.
Kak tie kurang selesa berbaju kurung atau abaya ni. Tapi kalau ke majlis tu memang tak jadi masalah.
Normi - terima kasih banyak. kakchik dah singgah kedai huffaz normi tu tapi belum ada yang perlu dibeli. baguslah dah mula berniaga. labuh abaya tu 54", padan tak?
ReplyDeletekak tie - tudung-tudung tu semuanya polos je, takde paten langsung. kalau kak tie nak tengok bgmn rupanya, boleh lihat kat sini: http://kelatemaghi.blogspot.com/2009/10/sunday-is-uniform-day.html
ReplyDeleteAla kak tie ni... layak atau tidak tu bukan ukuran sebab hanya Allah yang Maha Tahu iman kita. Yang penting penutupan aurat kita sempurna. Kakchik pun selalu juga pakai pants dengan tunik paras lutut jika nak buat keje2 tangkas.
Pakailah apa pun kak tie asalkan menepati etika menutup aurat tu. Bila kita konsisten menutup aurat dgn sempurna, insyaallah dgn sendirinya kita rasa makin ingin mengubah penampilan agar lebih dekat dgn Allah.
Salam,
ReplyDeleteBuku tu kak aliya dah habis baca, menarik gak. Tudung polos 60", ok lah.. berminat dengan warna merah jambu tu tetapi ketebalannya? Perlukah pakai selapis anak tudung lagi?
Wkslm kak aliya.
ReplyDeleteKakchik belum habis pun lagi membacanya sebab dok teliti ayat demi ayat, hehe.
Tudung tu tebal kak, tak perlu dilapis lagi. Kakchik dah modelkan sehelai yang hijau tu. Ada di KakChik's Wardrobe. Akak tengoklah.