Assalamualaikum dan salam Jumaat kepada semua teman-teman blogger tersayang semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera dan mendapat rahmat dan kasih-sayang dari Allah SWT.
Alangkah indahnya hari ni, Jumaat yang cerah, ceria dan sentiasa 'happening' di rumah tercinta. Seronok kan bila cuti hujung minggu dan tiada pula kelas tutorial yang perlu dihadiri. Dapatlah kakchik menyelesaikan beberapa tugas rumahtangga terutama, membasuh, melipat kain, menyapu, mengemas bilik, membaca dan sebagainya. Oh, memang suka kalau hari Jumaat. Lebih-lebih lagi kalau dapat ke Kota Bharu untuk mendengar kuliah Jumaat di Dataran Ilmu. Tapi hari ni tak pergilah. Kalau pergi, banyak kerja rumah yang akan terbengkalai.
Oleh kerana Ummi pun semakin baik tapi kami tak mahu dia buat kerja-kerja berat sangat, itupun dia buat juga. Untuk membolehkan semua ahli keluarga yang dewasa menjalankan tanggungjawab dan amanah masing-masing, kami putuskan untuk menyediakan NASI KERABU PUTIH je hari ni. Kat rumah kakchik ni makan nasi kerabu sepanjang hari pun tak apa sebab semua orang suka. Makan dengan keropok goreng dan jejari ayam, sudah cukup menyelerakan.
Jadi kakchik nak sambung lipat kain la pulak. Memang dah menimbun kain yang siap dibasuh tapi belum sempat dilipat sebab tuannya semalam sibuk membuat 'make over' untuk blog KakChik's Wardrobe. Jemputlah ke sana dan silalah bagi komen tentang wajah baru blog fesyen kakchik tu.
Oh, sebelum kakchik tamatkan tulisan ini, nak bagitahu satu perkara, mulai hari ni kakchik ada letakkan NASYID SAMI YUSUF di blog Keluargaku Sayang ni. Sambil-sambil membaca bolehlah menghiburkan diri dengan pujian-pujian kepada Allah SWT.
Jumpa lagi. Wassalam.

sedap lagu nieh kak chik. tak terlalu typical...alhamdulillah:)
ReplyDeletesedapnya...cuma kecewa sikitlah setakat ni tak pernah jumpa yg sedap kt sini
ReplyDeletesalam kakcik..
ReplyDeletenk sikit nasi kerabu tu..
hehehe
tahniahnyer.. panjanngnyerrr limo itewww
ReplyDeletesodapnyerrr..
ReplyDeletesha - kalau sha suka, kakchik sukahati, alhamdulillah.
ReplyDeleteKujie - kalau nak makan nasi kerabu sedap kenalah datang ke rumah. Kat tempat Kujie tu di mana ya?
ReplyDeletenyyzza - wa'alaikummussalam. macamana kakchik nak hantar kat nyza ya? mai lah ke rumah...
ReplyDeleteyginsaf4 - apa dia yang panjang tu? kakchik tak faham la. nasi kerabu sentiasa sedap hingga menjilat jari.
ReplyDelete