Followers

12.10.09

Sarapan dengan kuih-muih

Assalamualaikum dan salam pagi ceria semua.
Dah sarapan ke belum?
Kalau sudah takpelah, tapi kalau belum kakchik nak ajak bersarapan ni. Jom ikut kakchik beli kuih di gerai kuih-muih dekat Masjid Telipot! Kat situ punyalah banyak kuih-muih, sampai naik rambang mata dibuatnya.

Hmm... hari ni kakchik nak makan kuih apa ya? Kakchik yang ni sedap ni. Kuih Cara Berlauk ni kalau makan bersama teh panas, mmm... lazatnya...


Pulut Bakar pun sedap... tapi kalau kakchik makan, selalunya sebiji tu tak pernah habis. BESAR! Anak-anak saudara kakchik terutama si Ikhwan tu memang suka sangat pulut ni.


Kalau tak naka makan kuih cara atau pun pulut, kakchik rasa nak beli Cekmek Molek la. Kuih ni boleh tahan juga sedapnya. Dulu-dulu memang manis sangat tapi sekarang ni gula di dalamnya dah berkurang, mungkin sebab orang dah mula sedar tentang bahaya makan manis-manis.


Inilah dia tuan punya kedai (tudung hitam) yang kakchik panggil Kak Rah, memang peramah. Yang sorang lagi tu pembantunya, bukan main suka lagi dia bila nampak kakchik nak ambil gambar, hehe.


Ok, lah. Dah selesai beli kuih, kenalah balik menjamahnya. Nak kerja ni paling elok kita bersarapan agar ada tenaga untuk bergerak ke sana ke mari dan juga untuk badan kita.

SELAMAT BERSARAPAN SEMUA!

4 comments:

  1. inlah perkara paling sha suka di pandai timur. sha suka tgk org jual kuih, sha suka tgk kuih, makan kuih dan beli kuih...byk variety:)

    * kuih cara berlauk tuh fav sha!:)

    ReplyDelete
  2. sha - kalau semua tu sha suka, jemputlah datang sha. bukan kuih cara je, kalau sha nak makan, kita boleh cari kat bandar tu

    ReplyDelete
  3. Salam~
    Suka sangat beli kuih2 kat kelantan
    murah sangat kalau nak banding kat tempat lain~

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikummussalam Zam.
    Setakat ni memang masih murah di kebanyakan tempat tapi itu pun dah ada yang naik harganya. Mungkin beberapa tahun lagi akan jadi macam kat negeri lain sebab gaya hidup dan taraf hidup masyarakat di Kelantan pun makin meningkat.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs