Followers

27.10.09

Pink Hijab Day for Breast Cancer Awareness

Esok kan 28 Oktober kan? Esok ialah GLOBAL PINK HIJAB DAY! Apa itu Global Pink Hijab Day? Ok, sila ke sini untuk maklumat lebih lanjut.

Mission:
Pink Hijab Day is intended to shatter stereotypes of Muslim women, as well as raise awareness and funds for breast cancer research. All over the world, Muslims participated by wearing pink hijabs, pink ribbons, and donating to breast cancer foundations.

Ini idea kakchik untuk pakaian ke pejabat esok. Abaya hitam dengan hijab warna pink serta aksesori bersesuaian termasuk lambang sokongan kepada kempen kesedaran kanser payudara.

Rasanya kalau tengok dalam almari, kakchik memang ada semua item yang nak serupa macam dalam set kat atas tu. Jom kita cek.
  • Abaya hitam - ada (TheAbayaSouq)
  • Beg coklat - ada (Rorine)
  • Wedges - ada (Bata)
  • Shawl Pashmina Hot Pink - ada (pinjam Adik punya)
  • Cincin - ada (cincin kahwin sentiasa di jari)
  • Jam - ada (kakchik pakai jenama Crocodile je)
  • Minyak wangi - ada (Sweetheart) - tak pakai kalau gi keje
  • Cermin mata - ada (Bonia - memang wajib pakai)
Banyak juga item yang kakchik pakai setiap hari. Tu belum dikira baju yang dipakai di bawah abaya. Sebab itulah kain yang dibasuh setiap hari sentiasa banyak dan kerja nak melipatnya selalu je mengambil masa.

Anyway... back to the topic.

Sebab tak mampu nak tolong cara lain, kakchik harap cara ni pun boleh menolong meningkatkan kesedaran kita semua untuk menjaga kesihatan diri dan sentiasa membuat pemeriksaan payudara. Semoga diri kita semua terhindar dari sebarang penyakit dan semoga semua pesakit kanser atau apa jua penyakit akan segera sembuh dan meneruskan hidup dengan lebih insaf dan mendekatkan diri kepada Allah. Penyakit juga satu ujian cuma kita kadang-kadang terlupa. Kita pun tak tahu bila kita akan diuji. Sementara ujian datang, baiklah kita syukuri segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita setiap saat.

Ok lah, mata pun dah mengantuk. Hujan pun dah turun tu. Sedap tidur malam ni. Peminat-peminat bolasepak pun tentu gembira dan lena tidur malam ni sebab Kelantan menang separuh akhir tadi. Cik Abe pun dah berjam-jam di depan pcnya mengemaskini setiap perkembangan. Balik je dari kuliah malam ni, terus je dia di situ sampailah di saat kakchik menaip ni. Tahniah Kelantan! Rasanya akan jumpa pasukan N9 di final nanti.

Sebelum permisi, satu berita baik, kakchik menang lagi!

Menang contest di Polyvore je, hehe. Inilah set yang kakchik menang no. 3 tu. Contest sempena kempen ni.

13 comments:

  1. polyvore tu apadia sbnrnya kakchik? ada jgk bkk site tu tp tak fhm pun. ekeke..

    ReplyDelete
  2. sekurang2nya ada orang sedar yang penyakit nieh wujud dan bahaya:)

    thanks kak chik...sama2lah kita berkempen ye!:)

    ReplyDelete
  3. Salam kak Chik,
    oo, baru tau ada pink hijab day. wa, kak chik pakai tudung pink arini? ;)

    ReplyDelete
  4. Betul tu.. Nak membantu dari segi $$$ berapa sangat yang mampu..
    Esok gi sekolah TED pakai tudung Pink jugak lah..

    ReplyDelete
  5. nadiah - polyvore tu macam laman pereka fesyen, interior designer, ahli seni atau artis menggarap kreativiti masing-masing. ada item yg disenaraikan dlm tu boleh dibeli sb polyvore ada link terus dgn syarikat pengeluarnya. kakchik dok guna polyvore tu utk hasilkan set2 fesyen muslimah.

    ReplyDelete
  6. sha - itulah harapannya. hari ni sha pakai tudung pink tak?

    ReplyDelete
  7. Wkslm nurindah. Ha'ah hari ni kakchik pakai tudung pink, kalau nak tengok silalah ke KakChik's Wardrobe.

    ReplyDelete
  8. Ted - memang nak tolong dr segi duit ni kurang kemampuan sb produk yg dijual sempena kempen ni mahal2, so pakai tudung la lebih mudah. sila... silakan Ted. Nyatakan sokongan kita.

    ReplyDelete
  9. sedih masih terasa...th lepas kehilangan sorg kawan dek breast cancer

    ReplyDelete
  10. kak kam - mashaAllah... semoga kita semua ambilnya sebagai iktibar dan semoga ruh arwah tenang di alam sana.

    ReplyDelete
  11. salam kakchik...thniah kakchik menang contest polyvore...ape hadiahnye kakchik...??semoga same2 kita melakukan PSP...dh alam xbuat ni..nk kena ingtkn blk cmne cara2nye...

    ReplyDelete
  12. wkslm qis. terima kasih. contest takde hadiah la qis. just untuk suka-suka je. kakchik selalu je checking sendiri ikut cara-cara dlm pamplet dari klinik. kena buat qis, jangan tangguh-tangguh.

    ReplyDelete
  13. armouris - terima kasih sebab berkongsi maklumat.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs