Followers

16.10.09

Isu Purdah - Siapa Yang Benar?

Assalamualaikum wbt dan selamat malam kepada para pengunjung Keluargaku Sayang. Kakchik hanya mahu 'update' satu perkara saja yang agak menarik dan mungkin akan menangkis pandangan serong kebanyakan kita.

Kita semua sudah maklum berita tentang Sheikhul al-Azhar akan mengharamkan purdah di kalangan para pelajar Universitir al-Azhar. Memang amat mengejutkan sekali berita tersebut dan kakchik sendiri secara peribadi amat sedih jika ia benar-benar berlaku. Tambahan pula akhbar Sinar Harian pula menyiarkan di muka depan pandangan Tok Guru mengenainya (ada orang bagitahu, berita itu sudah diedit banyak - tentulah kan, akhbar...).


Baru sebentar kakchik terjumpa satu tulisan di blog yang kakchik 'ziarahi' secara 'random'. Satu berita yang BERBEZA dan MUNGKIN boleh menyedarkan kita agar jangan lekas membuat kesimpulan sebelum menyelidik dari pelbagai sumber. Jom baca apa tulisannya.
Sumber asal: http://hairulnizammathusain.blogspot.com/
Disalin dari: http://lamanulama.blogspot.com/

Al-Imam Al-Akbar sering dinista oleh akhbar dan berita. Banyak tindakan dan ucapan beliau dieksploitasi sehingga beliau sering diburukkan. Sebelum ini beliau dituduh dengan tuduhan menghalalkan riba sedangkan perkara tersebut tidak berlaku sama sekali.

Kali ini beliau dituduh pula dengan tuduhan ingin mengharamkan niqab (purdah).

Berikut adalah sedikit kronologi peristiwa yang berkait dengan isu niqab ini.


**************************************************************

1. Isu bermula apabila al-Imam al-Akbar al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi melawat satu sekolah maahad al-Azhar khas untuk pelajar perempuan (Maahad Fatayat Ahmad Allibi) pada Sabtu bersamaan 4/10/2009. Beliau telah melawat satu kelas lalu melihat ada seorang pelajar perempuan bernama Alak ( آلاء ) memakai purdah. Alak berumur 13 tahun.

2. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi telah meminta pelajar perempuan itu membuka purdah kerana kelas tersebut hanya untuk para pelajar perempuan sahaja. Beliau merasa hairan mengapa pelajar tersebut memakai purdah sedangkan kelas tersebut khusus untuk pelajar perempuan, guru yang mengajar adalah guru perempuan dan bilik kelas adalah tertutup. Alak pada awalnya tidak membuka niqab apabila Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi memintanya membuka niqab.

3. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi selepas itu telah menegaskan bahawa beliau tidak akan membenarkan pelajar perempuan memakai purdah di dalam kelas-kelas mereka. Beliau juga menafikan kenyataan media yang menyatakan bahawa beliau bercakap dengan Alak dengan nada suara yang kasar.

4. Majlis Tertinggi Al-Azhar ( المجلس الأعلى للأزهر الشريف ) telah mengadakan mesyuarat tergempar yang dipengerusikan oleh Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi pada Khamis lalu bersamaan 8/10/2009 untuk membincangkan isu niqab ini. Majlis telah memutuskan bahawa:

• Para pelajar perempuan dibenarkan untuk memasuki premis al-Azhar al-Syarif secara berniqab. Wanita yang berniqab tidak boleh dihalang daripada memasuki perkarangan al-Azhar al-Syarif

• Para pelajar perempuan dibenarkan memakai niqab apabila ada orang lelaki bersama mereka di dalam premis al-Azhar

• Para pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai niqab di dalam bilik-bilik kelas kerana semua pelajar adalah perempuan. Larangan ini berkuatkuasa apabila guru yang mengajar juga adalah perempuan

• Para pelajar perempuan tidak dibenarkan untuk memakai niqab sewaktu peperiksaan berlangsung. Maka para pengawal semasa peperiksaan berlangsung hendaklah di kalangan wanita.

• Majlis Tertinggi al-Azhar bukanlah menghalang wanita daripada memakai niqab dalam kehidupan seharian mereka sebaliknya Majlis tidak bersetuju niqab dipakai pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya yang akan memberikan kesan yang negatif pada pemikiran kanak-kanak lebih-lebih lagi pandangan yang mengatakan bahawa wajah wanita wajib untuk ditutup adalah pandangan minoriti fuqaha Islam.

5. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi menegaskan bahawa beliau menghormati wanita yang memakai niqab selagi mana tidak menyakiti orang lain dan tidak membawa kepada masalah keamanan.

Beliau menegaskan bahawa tujuan ketetapan Majlis Tertinggi Al-Azhar tersebut dibuat adalah kerana untuk menjaga kehormatan para pelajar perempuan. Ini kerana berlaku pencerobohan beberapa orang lelaki ke dalam premis al-Azhar yang khusus untuk pelajar perempuan.

Selain itu ketetapan ini juga dibuat demi untuk mengelakkan berlakunya penipuan di dalam peperiksaan. Beliau menegaskan bahawa tahun lepas menyaksikan 12 kes penipuan semasa peperiksaan apabila para pelajar wanita yang berniqab yang terbabit telah meletakkan alat rakaman di sebalik niqab yang dipakai.

Sumber:
1. Surat Khabar al-Liwa’al-Islami bertarikh 15 Oktober 2009, bilangan ke 1447, m/s 1

2. Majalah al-Musowwar bertarikh 14 Oktober 2009, bilangan ke 4436, m/s 15 - 16.

3. http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&cid=1254573447321&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout

4. http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout&cid=1254573332008

5. http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout&cid=1254573461106&utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=rss

NOTA:

Secara peribadi kakchik memang tidak menyukai Syeikh Tantawi ini tapi tidaklah pula kakchik mengatakan beliau ulamak yang jahat. Pendirian kakchik sebelum ini terhadap beliau adalah berdasarkan apa yang kakchik lihat di kaca tv atau baca di akhbar atau internet. Akhbar pula hanya dalam B. Melayu dan Inggeris saja yang kakchik mampu baca dan faham. Sebab itu kesimpulan yang kakchik buat sebelum ini juga berdasarkan sumber tersebut.

Kakchik amat berharap tulisan yang kakchik salin ini datangnya dari sumber yang lebih tepat dan akan menghuraikan kekusutan dan buruk sangka di kalangan wanita Islam terutama mereka yang memakai purdah. Allahu'alam.

5 comments:

  1. Oo..begitu ceritanya. Saya baru tahu ni pasal isu nih. Itulah, fitnah boleh datang di mana2 celah.Kita yang menerima satu2 berita tidak boleh terus menerima bulat2.

    ReplyDelete
  2. kin, peristiwa ini telah banyak menyedarkan kakchik dan kakchik sentiasa berharap kita semua turut berhati-hati dengan propaganda terhadap Islam.

    ReplyDelete
  3. betul tu kakchik..kak nza pn dh lame xcaya 100% crite kt paper ni..kalu stakat 50-60% tu bolhlh..skrg ni kita dh byk sumber utk mengkaji.....betul tak???? Byk tokok tmbah artikalnya.

    ReplyDelete
  4. kak nza, akhbar kita pun silap juga kan, sepatutnya ditulislah pulak maklumat begini dgn mendapatkannya dr sumber lebih dekat. barulah persepsi masyarakat kita akan berubah.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wbt;;

    Ingatlah saudara2ku:
    Sesungguhnya, apabila ulama berkata dan memberi fatwa dengan betul, dia mendapat dua pahala dan sekiranya fatwanya tidak tepat, dia tetap mendapat satu pahala.Tetapi sekiranya orang awam macam kita menyetujui ulama, kita mendapat satu pahala, mengutuk ulama kerana fatwanya, kita akan mendapat dosa.Ketahuilah ulama berfatwa kerana kasihnya mereka akan umat.

    Nyanyuk seorang ulama, hanya tersilap dalam memberi fatwa. Tetapi nyanyuk orang biasa , boleh terberak terkencing tak kira tempat dan masa. jauh bezanya kita dengan mereka.

    Jauhi diri kita dari mencerca ulamak. Mereka tidak akan sesekali, berfatwa kerana nafsu dan kehidupan dunia, malah seluruh hidup dan harta mereka untuk umat. Cuba check duit dalam simpanan mereka ke mana. Hampir kesemuanya infaq untuk agama. Biasiswa utk student miskin dan sebagainya, malah merata keseluruh dunia. Amat jauh kita dengan mereka.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs