Followers

25.11.09

Ummi kehilangan seorang abang, kakchik hilang bapa saudara

Assalamualaikum dan salam petang kepada teman-teman dan pembaca budiman semua. Semoga kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Dah makan ke belum? Orang kat rumah tu dah makan ke belum? Sibuk macamana pun jangan lupa makan ya.

Isteri arwah Pakteh, KakLah @ Makteh Lah (bertudung kuning) adalah seorang yang tabah dan cekal.

Petang semalam Ummi kehilangan seorang abang kandung dan kakchik kehilangan seorang bapa saudara. Kini Ummi hanya tinggal 3 beradik iaitu Ummi, Pakngah dan Paksu. Beberapa tahun sebelum ni kakak kesayangan Ummi iaitu Maknik telah kembali ke Rahmatullah (Al-Fatihah kepada Hjh. Nik Halimah bt. Hj. Nik Hassan) dan semalam Pakteh (Al-Fatihah kepada Allahyarham Nik Harun bin Hj. Nik Hassan) pula menyusul. Ummi tentunya sedih dengan kematian mereka tapi ahli keluarga arwah Pakteh tentunya lebih terasa sedih.

Semalam, dalam pukul 3 lebih sepupu kakchik telefon beritahu Pakteh dah tak ada. Masa tu kakchik sedang bersiap untuk ke BIMB bertemu tutor kakchik. Walaupun tidak terkejut (kerana sudah dijangkakan sebab arwah sudah lama menderita sakit) tapi hati menjadi teramat sayu. Kakchik segera teringat segala kekurangan kakchik dalam berperanan sebagai anak saudara arwah. Masa kakchik duduk di rumah sewa dulu kakchik berjiran dengan rumah arwah. Walaupun sekarang kakchik tinggal bersama Ummi, hakikatnya rumah kami masih dekat kerana di dalam kampung yang sama. Tapi ... entah berapa kali kakchik menziarahi arwah dan keluarganya. Ya Allah... maafkan kakchik. Semoga arwah pun maafkan kakchik. Kali terakhir ziarah arwah Pakteh ialah semasa Hari Raya Aidilfitri yang lepas. Lama kan?

Dalam perjalanan balik kakchik ambil kakak di HUSM dan terus ke rumah arwah. Masa tu dah hampir pukul 4 petang. Orang pun dah ramai memenuhi ruang tamu dan kakchik nampak Ummi dan kakak kakchik sorang lagi begitu juga Kak Lah/Makteh Lah (isteri arwah) yang kelihatan sangat tenang. Saudara-mara yang lain pun ramai, begitu juga dengan jiran tetangga. Dan di situ terbaring mayat arwah berselimutkan kain batik. Masa tu tiba-tiba saja rasa air mata mula sarat mahu gugur tapi kakchik bertahan sebab ramai mata memandang.

Sebaik bersalam dengan sebahagian saudara dan tetamu yang ada, kakchik duduk menghadap mayat untuk menghadiahkan Al-Fatihah serta berdoa untuk kesejahteraan ruh beliau. Masa tu kakchik tak hiraukan sangat orang sekeliling tapi berfikir baru pagi tadi semasa memandu ke pejabat kakchik terfikir-fikir sorang diri, bilakah masanya kakchik akan mati? Melihat mayat di hadapan, segala macam perasaan datang. Teringat kalaulah yang terbaring kaku itu diri kakchik, banyaknya dosa yang kakchik lakukan di atas dunia ini. Kakchik maafkan arwah atas segala salah-silap beliau sebelum ini terhadap kakchik (jika ada) dan kakchik mohon dari Allah agar benar, arwah telah maafkan kakchik sebelum ini terutama sepanjang kami tinggal berjiran.

Teringat pula kalau diri ini dipanggil pulang hari ini, ya Allah... banyaknya dosa yang kakchik akan bawa menghadap-Nya. Amanah dan tanggungjawab banyak yang belum kakchik laksanakan. Hutang-piutang masih banyak yang berbaki. Kemaafan dari orang-orang tertentu yang kakchik ada kesalahan dengan mereka juga masih ada yang belum kakchik mohon. Amal ibadat terlalu sedikit yang khusyuk dan ikhlas. Allahu Akbar!

Kalau Allah ambil nyawa kakchik hari ni, kakchik mungkin pulang kepada-Nya dalam keadaan yang sangat dhaif dan memalukan. Ya Allah... layakkah diri ini?

Kematian bapa saudara kakchik ini buat kakchik berfikir banyak. Terasa ingin saja kakchik langsaikan segala yang wajib dan kalau boleh nak buat yang sunat tapi masih juga kalah dengan nafsu dan bisikan syaitan. Lemahnya iman diri.

Mohon permisi dulu. Jika sudi, sedekahkanlah AL-FATIHAH untuk arwah Maknik (Hjh. Nik Halimah bt Hj. Nik Hassan) dan arwah Pakteh (Nik Harun bin Hj. Nik Hassan).

Wassalam.

12 comments:

  1. Takziah kak chik atas pemergian Pak teh mu...
    kelak kita pula akan menyusul...
    al_fatihah!

    ReplyDelete
  2. Takziah Kak Chik..

    Semoga rohnya dirahmati Allah s.w.t..Al Fatihah..

    ReplyDelete
  3. salam takziah utk pak teh..
    al-fatihah

    ReplyDelete
  4. takziah kakchik dan keluarga arwah..

    AL_FATIHAH..semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...amin...

    ReplyDelete
  5. AL-FATIHAH untuk arwah Pakteh KakChik(Nik Harun bin Hj. Nik Hassan)dan juga buat arwah Maknik KakChik(Hjh. Nik Halimah bt Hj. Nik Hassan) yang terlebih dahulu meninggalkan adik beradiknya. Semoga mereka berada dalam golongan orang-orang yang dikashi oleh NYA...

    ReplyDelete
  6. Salam kak chik,
    Takziah untuk pak teh kak chik. mg roh pak teh dicucuri Rahmat-Nya..

    Selamat Hari Raya AidilAdha, buat kak chik sekeluarga. :)

    ReplyDelete
  7. takziah kak chik sekeluarga.. moga roh dirahmati Allah..
    salam aidil adha juga wat kak chik walau dilanda kesedihan..

    ReplyDelete
  8. salam dan alfatihah buat kak chik sekeluarga..semuga rohnya di tempatkan bersama orang-orang yang beriman.insyallah..
    salam aidil adha buat kak chik sekeluarga..kat sana banjir teruk lagi ker?

    ReplyDelete
  9. KEPADA KAK E, CIKMIN, KAK NZA, NURINDAH, AJA, FMINA DAN KAK INA KL, TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK. INSYAALLAH KAKCHIK SAMPAIKAN TAKZIAH KALIAN KPD MAK SEDARA KAKCHIK.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs