Followers

22.11.09

Diorang demam...

Assalamualaikum dan salam pagi ceria semua.



Kakchik cuma nak tulis pendek saja sebab sekarang ni sedang siapkan assignment. Hari ni terpaksa ambil cuti tambah-tambah ada anak saudara yang demam. Tak sampai hati pula nak biarkan Ummi keseorangan menguruskan rumah hari ni.



Sambil-sambil tengokkan Kakak yang deman, dapatlah kakchik siapkan assignment. Selalunya beginilah kalau kita bekerja dan belajar. Kalau nak siapkan assignment kakchik perlu bercuti untuk memberi tumpuan. Kalau tidak memang tak dapat disiapkan dengan baik.


Banyak urusan mencari bahan yang melambatkan kakchik dalam nak siapkan assignment tu sebab internet yang sentiasa terganggu.


Apapun hari ni kakchik di rumah, membantu mana yang patut.

8 comments:

  1. semoga urusan dipermudahkan.amin

    ReplyDelete
  2. kesiannya. semoga mendapat lebih banyak kasih sayang Allah, kak chik:)

    ReplyDelete
  3. salam..
    kesian ,kan..tgk budak2 kecik demam..monyok je...tak mau makan,minum...tak aktif bermain..

    ReplyDelete
  4. Salam kak chik,
    sian tengok budak demam. moga anak saudara kak chik cepat2 sembuh. :)

    ReplyDelete
  5. wkslm kak kam. betul tu kak. w/pun bukan anak-anak sendiri tapi saban hari bersama mereka tentulah sedih.

    ReplyDelete
  6. wkslm nurindah. terima kasih. insyaAllah diorang makin sihat cuma selang-seli antara adik-beradik tu demam. tinggal ramai-ramai ni memang penyakit senang nak berjangkit.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails