Followers

7.11.09

Terkilan dengan sikap penyokong Kelate

Saja nak tulis ni. Tadi kakchik luangkan masa buat kali pertamanya menonton perlawanan bolasepak. Ye lah sebagai anak Negeri Kelantan ni terasa ada tanggungjawab nak nyatakan sokongan walaupun hanya sekadar menonton di kaca tv.

Malam ni pun kakchik pakai t-shirt warna merah tanpa disengajakan.

Apa yang kakchik nak cerita ialah rasa kurang senang kakchik dengan sikap penyokong negeri kita yang sungguh tiada semangat kesukanan.

Ada ke patut dibalingnya botol air dan mercun ke arah pemain N9 yang mahu melontar bola di sudut kiri gawang Kelantan? MashaAllah... kenapa tak beretika sekali? Itukah nilai akhlak yang mahu ditonjolkan? Tidak terasa malukan aksi anda dilihat oleh seluruh rakyat Malaysia yang menonton tv malam ini? Kakchik terasa terkilan dan malu dengan sikap orang senegeri yang macam tu.

Sepatutnya pergi ke stadium tu tunjukkanlah sokongan kepada pasukan negeri dengan laungan dan sorakan semangat tapi janganlah dibuat tindakan-tindakan bodoh begitu. Maafkan kakchik kalau dikata marahkan orang negeri sendiri tapi kakchik memang tak suka sungguh kalau ada aksi-aksi begitu tak kiralah siapa yang melakukannya. Sebab dilakukan oleh orang yang memakai baju merahlah maka rasa terkilan ini mendalam.

Memalukan negeri Kelantan saja. Kakchik tak sukalah orang berakhlak buruk begitu. Terlalu rendah nilai akhlak yang ditonjolkan. Agaknya orang yang buat tu sebelum ke stadium tak solat dulu. Itulah yang buat mereka 'naik sheikh' dan bertindak bodoh. Harap-harap takde dah perlakuan begitu di masa yang kedua ni. Kakchik tengok separuh masa pertama je.

Biarlah Cik Abe pulak sambung.

10 comments:

  1. mmg pun kak chik...sakit hati tgk mereka tuh...tak abis2 dok buat onar kt tmpt org...tapi terubat gak..masuk sebijik...

    ReplyDelete
  2. Hasnah, syukur Allah izinkan masuk sebiji buat pengubat hati beribu-ribu penyokong yang pergi dan yang menghadap tv di rumah.
    Banyak lagi sikap orang kita yang perlu dibuat perubahan agar lebih berakhlak mulia.

    ReplyDelete
  3. salam kakchik..cikmin tgk perlawanan pun dah masa gol 2-0 tu..bila cikkamal balik keje baru anak2 bg laluan kt perlawanan tu..siang td kan..kereta2 mewah plat D byk lalu kt bentong ni menuju ke kl..
    tp tak sangka gak la boleh terjadinya kejadian yg tak diingini tu kan...tapi perkara ni mmg sume org buleh jangka la kakchik kan..

    ReplyDelete
  4. Wkslm cikmin.
    Memang penyokong Kelantan segala lapisan pergi ke Bukit Jalil tu tak kira kaya miskin. Sepupu kakchik pun satu keluarga ke sana. Bak kata kurang 1/3 rakyat Kelantan sekarang ni.
    Kakchik memang dah risau pasal perlakuan tu sebab tau-tau aje setengah penyokong tu memang senang naik hantu. Kalau takde semangat kesukanan dan kurang iman, macam tu lah jadinya.

    ReplyDelete
  5. sebenarnya dari semalam dah start kak chik. sha dah letakkan apa yang berlaku masa keretapi dari kelantan lalu di seremban dan nilai semalam. kesian tgk budak2 dan orang tua2 kena baling dengan botol masa keretapi lalu. bukan semua orang negeri sembilan atas platform tuh, kak chik. dan bukan semua tgk bola. terkilan betul bila dengar macam tu.

    tapi sha rasa tak sesuailah kalau semua orang kelantan disalahkan. mungkin yang tgk bola dan buat perangai nieh.

    orang yang betul2 menghargai bola sepak takkan buat macam tu. tak caya tanya cik abe:)

    ReplyDelete
  6. sha, betullah kata pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelangan.
    kita dah biasa bercakap secara 'generalize' sebab tu org sedap sebut, "teruklah org kelantan ni" dan seumpamanya kerana adanya segelintir makhluk yang begitu. apapun kami tetap berhemah dan memang cik abe kakchik tak emo pun tgk bola sebab dia kena dok tengah-tengah, hehehe. tahniah N9!

    ReplyDelete
  7. mmg geram n sakit hati la. buat malu kerabat sndiri. sure le esok kak nza kena kutuk dgn kekwn kt sk...malu weh!!!

    ReplyDelete
  8. salam kak chik,
    hehe, kita tak tau cite ni. tak tgok bola. saya sokong yg mana masuk bola. tak kira la gol mana...hihihi

    ReplyDelete
  9. kak nza, banyak bersabar kak. moga2 esok takde lah yang suka-suka nak sakitkan hati akak.

    ReplyDelete
  10. wkslm nurindah.
    tak tengok lebih baik nurindah drp tengok. nanti naik geram dibuatnya.
    kakchik tengok separuh masa je tp rasa geram dgn penonton.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs