Dalam dok sibuk dengan assignment ni sempat lagi kakchik merayau mencuci mata. Ye lah bila dah letih menaip, kenalah berehat sekejap kan. Rehat kakchik di watu tengahari ni bukannya boleh tidur-tidur ayam sebentar tapi dengan menjelajah blog-blog niaga.
Bila dah menjelajah merata tempat ni mestilah ada yang hati terpaut, huhu. Misalnya seperti beg ini:
ADUH!!! Harganya... memang jamu mata sajalah... lagipun kakchik insyaAllah tak akan beli handbag kalau harganya melebihi RM300. Takut mahal beg daripada duit di dalamnya. Tapi... memang terjatuh hatilah kat beg itu.Condition: New
Size: 13" x 10" x 6.5"
Signature jacquard Fabric Leather trim
Push lock closure on front
Double handles, drops 9"
Gold Tone hardware
Separate middle zipper compartment
Interior: Fully fabric lining
1 inner back zip pocket
2 inner slip pockets
Price: RM730.00
Kalau diikutkan nafsu memanglah ada duit nak beli tapi Islam dah didik kita jangan mengikut nafsu sebab banyak akibat buruknya nanti. Jadi lebih baiklah kakchik ikut kata hati bahawa, banyak lagi bag yang cantik dan berkualiti boleh dibeli pada harga yang lebih murah. Lagipun fungsinya tetap sama dan insyaAllah terhindarlah sifat riya' kan.
Cukuplah sekadar menjamu mata dan berangan-angan di siang hari hehe. Bag tangan yang sedia ada pun dah melebihi dari keperluan, jadi pakailah dulu sehingga rosak barulah fikir untuk membeli yang baru.
prinsip sha sama macam kak chik...lebih dr 300 dah dikira mahal. lagipon kalau bawah dr 300 masih dapat yang kualiti kan?
ReplyDeletebetul lah kakchik cantik sangat2..kalaulah...ada org nak bagi..ermmm...tambah sayang nih...
ReplyDeleteKalau wan pun tak akan beli ni K chik. Rasanya banyak lagi beg2 yang harga less than 200 yg cantik2 ek..?
ReplyDeleteHad Limit K chik rm300...limit wan rm150 jer..:)
Al Quds Travel Welcome You :-
ReplyDelete"FIESTA ALQUDS TRAVEL FAIR"
Date : 10,11,12 December 2009
Time : 10.30 am - 10.00 pm
Venue : Ruang Legar KB Mall K.Bharu
Organizer : Al Quds Travel Sdn Bhd
Tel No : 609-747 9999
Diskaun hebat untuk semua
pakej pelancongan!!!
kdg2 hati mmg terpikat dgn certain items tp tu la...rs mcm buang duit, kan kakchik? bersyukur rsnya nadiah ni bkn jenis kaki shopping..kalau tak...beli ikut nafsu la kot :)
ReplyDeletesalam..slmt pagi..
ReplyDeletecantiknya...secantik harganya jugak..:)
kalau akak pun takkan beli...handbag lbh dari 300..
Zureen pun suka juga dengan beg tangan..Tapi kalau dibeli byk2 ,tak diguna..takut dipersoalkan diakhirat kelak kerana membazir..
ReplyDeletedoc wan, limit kakchik untuk beg tangan memang RM300 sebab nak yang besar, kukuh dan berkualiti. selalunya harga around RM279 - RM299 jenama Polo tapi Ruccini dan Rorine pun kakchik guna.
ReplyDeletesha, ha'ah. itulah yang kakchik buat ukuran. tambahan pulak kakchik nak beg tu boleh pakai banyak tahun.
ReplyDeleteHASNAH, tu kenalah usha-usha kat suami Hasnah la ya. hehe. masukkan dalam wishlist birthday atau anniversary.
ReplyDeletewkslm kak kam. kira kita dah sederhana la kan sebab tak beli beg yang lebih dari 300. herannya ramai juga yang sanggup ikat perut dan menyimpan untuk beli beg ori yg branded ni.
ReplyDeletenadiah, kalau nadiah kaki shopping bahaya juga sebab dok kat US tu selalu je ada sale branded item kan. tapi kalau minat bisnes boleh beli dan jual. kakchik tengok ramai yg ambil peluang buat duit macam tu. diorang beli masa sale dgn harga jauh lebih murah lepas tu mark up sikit bila nak jual kat Malaysia.
ReplyDeleteAl Quds Travel, kakchik tak marah nak mengiklan tapi janganlah asyik SPAM blog kakchik ni. Bukan kat Keluargaku Sayang saja tapi hampir dalam kesemua 8 blog kakchik yang lain. Seeloknya beri salam dulu dan minta izin nak mengiklan. Itu kan lagi baik.
ReplyDeletezureen, terima kasih. peringatan yang penting tu. harta, sudah semestinya dihisab oleh Allah nanti. kakchik ingat nak sedekahkan aje satu atau dua beg yang kakchik ada tu.
ReplyDelete