Followers

15.11.09

Letih sungguh..

Assalamualaikum dan salam petang semua.

Hai letih sungguh hari ni.


Apa taknya sejak petang semalam asyik dok bertungkus-lumus mengkatalogkan abaya-abaya yang baru sampai tu. Begitulah cabarannya bila menguruskan bisnes seorang diri. Syukur ada suami yang bagi galakan, kalau tak memang kena kuat semangat betul.

Nak update blog pun mengambil masa. Dari pagi tadi puas dok cari idea apa nak tulis, alih-alih cerita hal ni juga. Walau apa pun kakchik kena sudahkan juga mengambil gambar-gambar untuk setiap helai abaya yang sampai tu. Dah banyak yang diambil tapi ada juga yang kurang memuaskan jadi kena ambil sekali lagi. Nak betul-betul bagi pelanggan tengok keadaan sebenar setiap helai abaya tu.


Patung pun dah beli untuk jadi model, hehe. Boleh tahan juga harga patung plastik tu. RM260, tawar punya tawar diorang bagi kurang RM10 je. Katanya yang plastik ni lagi tahan lama daripada yang fiber. Ada banyak juga kelebihannya. Bolehlah... sebagai aset perniagaan.

Kakchik nak sambung ambil gambar ni, malam ni nak uploadkan ke dalam Abaya Souq dan facebook. Dah ramai dok bertanya tu. Jadi kita jumpa lagi di lain masa.

Wassalam.

2 comments:

  1. Cantiklah abaya-abaya tu..

    Kad business kak Chik pun cantik dan menarik..

    Semoga beroleh kejayaan kak Chik..

    ReplyDelete
  2. Memang cantik zureen. Walaupun simple je design tapi cantik dipakai.

    Kad bisnes tu upah orang buat, alhamdulilah menepati kehendak.

    Terima kasih zureen.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails