Followers

5.11.09

Tambahkan Ilmu Tingkatkan Amalan Baik

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Tadi semasa kakchik membaca kemaskini dari beberapa blog yang kakchik follow, kakchik tertarik dengan satu pengisian ringkas yang kakchik rasa amat sesuai kalau dikongsikan bersama teman-teman yang lain. Mungkin dah ada yang pernah membacanya tapi apa salahnya kalau kita refresh our memory kan. Lagipun perkara ini amat menarik dan bagus untuk pemerhatian bersama. Jom baca!

Perkara-perkara yang membuat kita hilang ingatan dan tumpul minda

Kurangkan makan bawang besar

Kurangkan makan makanan berempah

Kurangkan makan ketumbar kering

Kurangkan menonton hiburan

Kurangkan membaca majalah hiburan

Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak

Kurangkan minuman air batu, air dalam tin (100 plus dan lain-lain)

Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak-kanak

Jangan makan kepala ikan

Jangan minum air yang ada semut

Jangan tidur selepas subuh

Jangan tidur selepas asar

Jangan tidur selepas makan

Jangan makan terlalu kenyang

Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam

Jangan menyapu rumah pada waktu malam

Jangan makan yang masam-masam berlebihan

Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan

Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam



Perkara-perkara yang perlu diamalkan

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain-lain

Selalu makan makanan yang panas-panas

Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain-lain

Selalu minum air masak

Selalu makan ulam-ulaman

Selalu mengamalkan pandangan hijau

Selalu bersenam

Selau menggunakan imaginasi otak

Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya

Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai (yang mempunyai pokok)
- kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan, kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit

Jangan ego

Jangan dengki pada orang lain

Jangan makan dari sumber yang tidak halal

Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal

Jangan makan makanan yang ada pewarna

Jangan makan makanan yang ada pengawet

Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali

Jangan mandi selepas 9.00malam

Oleh: Lamar
Disalin dari: CINA ISLAM



NOTA KAKCHIK:
Nak percaya semua atau sebahagian tu terserahlah kepafa pertimbangan masing-masing. Sebabnya benda ini tiada disertakan fakta atau hasil ujikaji. Apa yang penting ialah pengetahuan kita akan bertambah bila kita sedikit rajin untuk mencarinya. Pandanglah dari sudut positif agar ia memberi kesan positif juga kepada kita dan orang-orang di sekeliling kita.

12 comments:

  1. bagusnya info nih...
    cam banyak menda je yg aja slalu salah buat...

    apa la nak jadi ek?

    ReplyDelete
  2. salam kakchik,

    terima kasih atas perkongsian...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Kak Chik sbb sudi berkongsi artikel ini..

    ReplyDelete
  4. salam kak chik...moga ceria2 selalu..:)
    tq berkongsi info ni...

    ReplyDelete
  5. huhuhu.. erin mg slalu lupa.

    ~akan cuba untuk "membetulkan yang biasa"~

    ReplyDelete
  6. ada sket percaya tapi yang makan bawang besar tuh susah sikit. sebab...dari pembacaan sha dalam beberapa artikel, katanya bawang menguatkan ingatan. itu mungkin bercanggah sket lah. tp sha kena cari dulu..baru cakap.

    contoh macam yang sha baca kat wikipedia nieh:

    Some studies have shown that increased consumption of onions reduces the risk of head and neck cancers.

    ReplyDelete
  7. aJa - info ni belum tentu kesahihannya tapi kalau nak jadikan panduan hidup, kakchik rasa takde masalah. bila dpt peringatan, jgn tangguh2 lagi, buatlah perubahan yg perlu.

    ReplyDelete
  8. Yan - Wkslm... sama-sama Yan. Yang baik dikongsikan

    ReplyDelete
  9. Sama-sama zureen. Semoga ada manfaatnya.

    ReplyDelete
  10. Wkslm Suzi. Sama-sama dan info ini ada kebaikannya.

    ReplyDelete
  11. erin - hakikatnya kita memang pelupa kan, sebab tu kena selalu saling ingat-mengingati.

    ReplyDelete
  12. sha - sebab tu kakchik kata kena buat penyelidikan sendiri untuk mencari kebenaran info ini. fokus info ini ialah prestasi daya ingatan kita. mungkin makan bawang tu kebaikannya begitu tapi ada kekurangannya ialah masalah makin hilang daya ingatan kita. allahu'alam.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs