Assalamualaikum wbt. dan salam Jumaat semua.
Hari ni cuaca memang la sejuk. Almaklum sekarang ni musim tengkujuh. Dengar khabar dari Jabatan Metereologi, hujan akan berterusan hingga 8 Nov nanti. Maknanya kami di Kelantan ni kena berjaga-jagalah terutama mereka yang tinggal di kawasan yang selalu banjir. Buat masa ni alhamdulillah kampung kakchik hanya pernah banjir sekali je, itupun semasa BAH MERAH, 1969 kalau tak silap. Kakchik pun belum lahir lagi. Tapi kakchik doakan tahun ni pun tak banjir.
Tadi masa balik dari tutorial, kakchik nampak air sungai kat hujung kampung dah mula naik. Gerun tengok pusaran air bila hujan turun dan arus menjadi deras. Kampung kakchik ni pulau tapi salah satu sungai dah lama kering. Tinggal je satu sungai lagi yang direntangi Jambatan Tok Guru. Kalau dulu kami naik rakit untuk menyeberang sungai kalau nak ke bandar. Ahhh... nostalgianya dalam suasana macam ni.
Kakchik kalau musim hujan je teringatlah kat arwah Mok (nenek sebelah Ummi). Sebahagian besar zaman kanak-kanak kakchik adalah di rumah Mok. Terlalu banyak kenangannya sampai kakchik pun tak tahu nak tulis. Yang paling signifikan dengan hujan ialah makan ubi kayu bakar di bawah rumah Mok sambil 'berdiam' iaitu memanaskan badan di depan unggun api. Sambil tunggu ubi masak, arwah Mok akan bercerita kisah-kisah zaman Jepun dulu. Kat belakang rumah arwah ada jalan kecil yang dulunya adalah laluan keretapi Jepun membawa arang dan di sebelah rumah pulak ialah bekas tapak kelab malam tempat Jepun mengadakan majlis tari-menari.
Masa tu kakchik dan beberapa orang sepupu akan khusyuk mendengar setiap cerita yang arwah sampaikan. Mungkin pengalaman itulah yang banyak mendorong minat kakchik kepada cerita dan buku. Bila ubi bakar masak, arwah akan ketuk-ketuk dengan belakang golok (sejenis parang) untuk membuang kulit yang hangus dan jari-jemarinya yang kecil dan kontot melambung-lambung ubi agar cepat sejuk. Telan air liur kakchik mengingatkannya. Terlalu banyak kenangan bersama arwah yang tak akan kakchik lupakan sampai bila-bila. Al-Fatihah untuk arwah Mok, Hjh. Mariam bt. Hj. Mamat yang telah kembali ke Rahmatullah 17 tahun yang lalu.
Hujan dah turun balik, lebat pulak tu dan Cik Abe baru saja bertolak ke masjid untuk solat Jumaat. Gelapnya langit yang menurunkan hujan sebegitu lebat. Semoga melindungi setiap diri kita di mana-mana sahaja dan semoga kita sentiasa mengingati-Nya di mana saja kita berada.
Sebelum kakchik berhenti untuk menunaikan solat Zohor, kakchik nak ucapkan TERIMA KASIH kepada nyza yang telah menghadiahkan AWARD di atas kepada kakchik. Malam tadi kakchik dah mengambilnya. Rasanya dah lama juga tak menerima award dan tidak memberi award kepada sesiapa. Bak kata pepatah orang memberi kita menerima tapi kakchik juga ingat kata-kata salah satu watak utama dalam buku/filem LASKAR PELANGI, "hidup adalah untuk memberi sebanyak-banyaknya bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya." Jadi kakchik pun ingin menghadiahkan award tersebut kepada teman-teman yang sudi berulang-kali menziarahi blog kakchik ini. SILA TERIMA award ni sebab blog teman-teman juga FRIENDLY. Kalau tak friendly memang kakchik tak pergi, hehehe, gurau jeeee.
salam... cutenya gambar kat award tu :p
ReplyDeletewkslm kak e. award yg cute itu silakan ambil ya.
ReplyDeletesalam kakcik..
ReplyDeletetq sbb sudi amik award..
semoga persahabatan di alam maya ni berkekalan...yeehaaa..syg kakcik!
wkslm nyza. sama-sama nyza. amiin. semoga Allah makbulkan doa nyza. Sayang nyza jugak.
ReplyDeletesalam kakchik...terima kaseh sudi panjangkan award yg kakchik terima ni pada cikmin lak..cikmin sgt berbesar hari nak amik award ni..terima kaseh sekali lagi ye kakchik...
ReplyDelete