Assalamualaikum dan Salam Aidiladha kepada semua teman-teman di mana saja berada. Apa khabar hari ni? Kakchik hari ni kurang selesa sikit, satu bahagian je yang kurang selesanya sebab bahagian itulah yang menyimpan dan mencernakan makanan. Hehe hari ni dia tak sihat mungkin sebab terlalu pelbagai makanan yang masuk sejak hari pertama raya. Kesian perut kakchik. Inilah masalah yang selalu dialami bila musim raya. Sabar ajelah.
Siapa yang berkorban tahun ni? Kakchik tak buat tahun ni sebab tak layak. InsyaAllah tahun depan akan mampu untuk melaksanakan ibadah korban ni. Tahun ni kakchik hanya tolong-tolong di dapur dan bahagi-bahagikan daging saja. Adik-beradik yang lain ada bahagian masing-masing, jadi banyaklah daging korban yang nak disedekahkan tapi susahnya sekarang ni, orang miskin semakin kurang sampai tercari-cari siapa lagi dalam kampung ni yang layak. Alhamdulillah bila berfikir ramai-ramai masalah dapat diselesaikan.
Oleh kerana lembu korban ayah yang usahakan dan dia juga yang sembelihkan, maka kami sekeluargalah yang akan menyediakan jamuan untuk tukang melapah dan membahagi daging. Tahun ni lembu agak besar dah ayah berjaya mengajak waris-warah yang agak ramai datang membantu. Meriah juga jamuan daging korban. Oh, lupa, kami sembelih korban pada hari raya kedua.
Inilah antara lauk-pauk yang dimasak:
Gulai buku besar (orang Kelantan panggil macam tu)
Singgang daging
Sup tulang
Ada lagi lauk yang lain tapi kakchik lupa nak ambil gambar sebab sibuk di dapur. Gembira tengok saudara-mara yang tolong melapah makan dengan gembira. Alhamdulillah. Raya kali ni semua adik-beradik yang perempuan berkumpul di rumah ni. Cuma abang-abang dan adik bongsu saja yang tak balik. Tapi macam tu pun rumah kami sudah riuh-rendah, hehe.
Kakchik belum sempat lagi nak ziarah blog kawan-kawan. Tentu macam-macam cerita sempena raya ni. Tak apa... kakchik akan jenguk satu-persatu sebab masa cuti kakchik agak panjang. 5 Dis baru masuk kerja semula. InsyaAllah kakchik akan cuba ziarah jadi sediakan makanan yang sedap-sedap ya.
salam aidiladha buat kak chik dan keluarga.
ReplyDeletesha memang selalu teruja tgk berita raya aidiladha nieh. lagi2 dr kelate. suasananya lain kan?
terima kasih sebab berkongsi berita, kak chik.
pening-pening duk belasah daging je ni.
ReplyDeletesalam kakchik,
ReplyDeleteniza rase terpanggil utk bg tau sesuatu, bile kak cik kate sekarang ni dh kurang org miskin di kawasan kakchik..
ok , yg niza nak cte ni, bkn psl org miskin,,,tp nk kongsi pengalaman sket..sepanjang niza menetap di sg buloh, selangor ni., mmg tak pernah dpt daging korban..tak tau la daging korban tu di bwk kemana?????...bukan la teringin sgt nakkan daging tu, tp bukan ke daging tu wajib dikongsi oleh ahli qariah sekitarnye dahulu, baru la lebihnye diberi kpd fakir (ni kalau tak silap niza la kan kakchik)...takpela kakcik , biar je la Allah yg mengadilinya...betul tak???...
Al Quds Travel Welcome You :-
ReplyDelete"AL QUDS TRAVEL FAIR 09"
Date : 10,11,12 December 2009
Time : 10.30 am - 10.00 pm
Venue : Ruang Legar KB Mall K.Bharu
Organizer : Al Quds Travel Sdn Bhd
Official Radio : THR Gegar FM
Tel No : 609-747 9999
Diskaun hebat untuk semua
pakej pelancongan!!!
salam...
ReplyDeleteakak kurang sikit mkn daging...ayam pun kurang...hehe amkin berusia ni...takleh makan ikut sedap mulut ja kan..
Salam kakchik,
ReplyDeleteKak tie raya ni, cuma masak nasik tomato... daging korban tu Kak tie goreng black pepper je. letih lepas kenduri adik ipar 3 hari sebelum raya.
lama kakchik cuti raya. nak habiskan baki cuti tahunan ye? :)
ReplyDeletesha, salam aidiladha kembali. zaman skrg ni sha, suasana raya korban kat Kelantan pun dah byk berubah. dah semeriah dulu. kakchik lebih rindukan suasana dulu, terlalu byk kesannya.
ReplyDeleteone z, musim raya korban ni, makan pun kena tengok2 juga. kalau dah pening tu mgkn darah dah naik tu. one belasah daging lembu ke daging kambing ni?
ReplyDeletewkslm kak tie.
ReplyDeletebest juga tu kalau dpt mkn menu yg lain dr daging. nasi tomato, mmm... sedap tu. daging black pepper tu mesti sedap. kat sini org tak buat kak lauk tu di musim raya. menu yg biasa je.
nadiah, bukan habiskan cuti tahunan tapi memang setiap tahun kakchik dan rakan sekerja memang dapat cuti raya seminggu utk setiap raya.
ReplyDeletewkslm kak kam.
ReplyDeletememang elok sebenarnya kurang makan daging ni. kakchik pun kurang suka. lebih suka makan ikan tapi adik-adik di rumah ni pula kurang suka ikan.
bagus juga kak tengok2kan menu makan sebab kita kalau boleh nak semakin tua tapi sentiasa sihat kan.
wkslm nyza.
ReplyDeletekakchik tak dapat nak komen ttg daging korban di sg buloh tu sebab rasanya di selangor cara bahagi daging korbannya tak sama dgn di kelantan ni. kat sini individu yg berkorban akan uruskan sendiri pembahagian daging korban tu. biasanya dibahagi2kan kpd saudara-mara, jiran tetangga terutama yang miskin, org kampung atau yg dikenali yg tidak berkorban (jarang org yg korban dpt daging korban, kalau ada org beri, kami sedekahkan kpd org lain), sesiapa sahaja yang kami kenal yg layak mendapatnya. kakchik harap kawan2 yg di selangor blh tlg jawab persoalan nyza tu kalau ada yg membaca.