Assalamualaikum dan salam pagi semua.
Dalam suasana yang sejuk dan hujan lebat tak berhenti-henti dari malam semalam, kakchik dikejutkan dengan dua berita sedih. Hati terasa amat sayu dan terkilan dengan apa yang berlaku. Siapa yang tidak sedih apabila mengetahui orang yang dikenali malah DIKENALI ramai di kalangan Muslimah seluruh dunia kerana video-video mereka tentang Islam dan cara-cara memakai hijab dan niqab, TELAH MENINGGALKAN ISLAM. Berita ini sangat baru.
Di negara kita ni masalah murtad sangat-sangat sensitif dan dipandang berat sehingga boleh mencetuskan permusuhan antara agama. Dua orang kenalan kakchik itu pula, seorang bertudung biasa dan seorang lagi berpurdah, mengambil keputusan untuk keluar dari Islam selepas beberapa tahun mereka menganutnya. Ya, mereka asalnya bukanlah beragama Islam tapi kata mereka, mereka JATUH HATI pada agama ini. Malah mereka juga begitu berusaha mendalami ilmu-ilmu dalam Islam berdasarkan video-video mereka dan juga penulisan di blog dan facebook masing-masing.
Keputusan mereka SUNGGUH TIBA-TIBA.
Kakchik terasa sedih atas keputusan mereka dan rasa macam ditipu oleh mereka tapi siapalah kakchik untuk mengkritik mereka. Kakchik pun tidak tahu bagaimanakan cabaran yang mereka sedang lalui di negara mereka sehinggakan mereka mengambil keputusan drastik itu. Khabarnya kenalan yang di Australia itu pernah menerima ancaman bunuh dan sukar mendapat tempat di universiti kerana Islam dan hijabnya. Manakala kenalan yang di Amerika itu pula merasakan diri beliau tidak diterima oleh masyarakat/komuniti Islam di tempat beliau. Beliau dikritik teruk kerana mempunyai tatoo (sudah ada sebelum dia masuk Islam sebelum ni), memasukkan muzik sebagai latar videonya dan macam-macam lagi.
Semasa masih Islam.
Bila terfikirkan betapa susah payahnya mereka untuk mendapat Islam dan mengekalkannya namun akhirnya kecundang, kakchik teringatkan diri kita dan masyarakat kita yang majoritinya lahir dalam Islam tapi tidak betul-betul menghargai Islam. Kakchik malu pada diri kerana peranan kakchik memperkenalkan Islam kepada orang lain sangat sedikit. Kakchik sedih sebab kakchik tak banyak memainkan peranan untuk mengembangkan agama ini sedangkan Allah menjadikan kita di atas dunia ini adalah sebagai khalifah-Nya iaitu sebagai hamba yang mengajak kepada-Nya, hidup dengan cara yang Dia redha iaitu Islam.
Bila terfikirkan betapa susah payahnya mereka untuk mendapat Islam dan mengekalkannya namun akhirnya kecundang, kakchik teringatkan diri kita dan masyarakat kita yang majoritinya lahir dalam Islam tapi tidak betul-betul menghargai Islam. Kakchik malu pada diri kerana peranan kakchik memperkenalkan Islam kepada orang lain sangat sedikit. Kakchik sedih sebab kakchik tak banyak memainkan peranan untuk mengembangkan agama ini sedangkan Allah menjadikan kita di atas dunia ini adalah sebagai khalifah-Nya iaitu sebagai hamba yang mengajak kepada-Nya, hidup dengan cara yang Dia redha iaitu Islam.
Selepas
Terasa bagai kehilangan dua orang kawan tapi apa kan daya, mereka yang memilih jalan itu. Semoga Allah beri kembali hidayah kepada mereka dan janganlah Allah tarik hidayah dari diri kita.
NOTA: Oleh kerana ramai yang dah tahu dan mereka berdua juga telah membuat video mengenai kenapa mereka berubah, kakchik edit post ini dengan memasukkan video terkini mereka.
Terasa bagai kehilangan dua orang kawan tapi apa kan daya, mereka yang memilih jalan itu. Semoga Allah beri kembali hidayah kepada mereka dan janganlah Allah tarik hidayah dari diri kita.
NOTA: Oleh kerana ramai yang dah tahu dan mereka berdua juga telah membuat video mengenai kenapa mereka berubah, kakchik edit post ini dengan memasukkan video terkini mereka.
Sedih mendengarnya..Bagaimanalah boleh terjadi perkara sebegitu?..
ReplyDeleteastaghfirullah...sedihnye...cmne leh jd cmni...
ReplyDeleteMasyaAllah... sedih membacanya....
ReplyDelete:(((
salam kakchik. mgkin takde bimbingan serius trhdp mereka.
ReplyDeletemmg sedih bc n3 ni....
ReplyDeletezureen, sebab-musababnya mereka saja yang tahu. kita sama-sama doakan agar pintu hati mereka kembali terbuka untuk Islam.
ReplyDeleteqis, kakchik pun tertanya-tanya hal yang sama. sedih.
ReplyDeletenurul, jom kita berdoa agar Allah tetapkan iman kita dan buka semula pintu hati mereka untuk Islam.
ReplyDeletewa'alaikummussalam intan.
ReplyDeletekakchik pun rasa ada benarnya tu. mereka belajar tentang Islam banyak secara pembacaan sendiri.
dah banyak kali mereka cuba masuk dalam komuniti Islam di tempat masing-masing tapi entah kenapa orang Islam sendiri terlalu judgemental terhadap mereka.
kak nza, memang sedih kak... tambah-tambah kakchik pernah bersembang dengan mereka di online ni.
ReplyDeletesalam, kak chik cakap pasal personal friend ke bukan? najwa mcm x dpt agak siapa....
ReplyDeletewkslm najwa. bukanlah personal friend tapi kawan melalui internet:- blog, youtube dan facebook semuanya kami ada komunikasi. kalau najwa biasa lihat video2 utk hijab styles mesti jumpa cik K dan cik E
ReplyDeletesalam kakchik,
ReplyDeletekak aliya percaya tentu berlaku banyak cabaran dan peristiwa pedih melibatkan mereka dengan komuniti Islam di sana sehingga menyebabkan mereka 'patah hati' untuk terus hidup sebagai Muslimah. Perlu diingati, walaupun mereka mendapat hidayah, iman tidak datang secara automatik dan tidak pula kekal pada tahap yang sama. Inilah cabaran bagi setiap orang yang memeluk Islam pada usia dewasa.
Kalau tak keberatan, boleh kongsi alamat blog mereka?
wkslm kak aliya.
ReplyDeletekemungkinan besar cabaran mereka sangat besar kak. itu yang menyebabkan mereka goyah. perubahan mereka dari awal memeluk Islam dan rasanya sejak kakchik mula kenal mereka akhir tahun 2007 perubahan mereka sangat pantas, dari tidak bertudung, bertudung, tulisan biasa-biasa menjadi semakin Islamik dan penuh peransang, peminat mereka berdua rasanya ada di seluruh dunia terutama kerana mereka mempunyai berpuluh-puluh video cara-cara memakai hijab dan kehidupan sebagai Muslim dan drastik sangat perubahan mereka iaitu bermula beberapa hari lepas dan hari ni itulah berita yang kakchik dapat.
sis K sudah menutup akaun blog, facebook dan twitter tapi dia buka akaun youtube baru. cuba kak aliya ke sini: http://www.youtube.com/watch?v=0oqRvvSkLRQ
dan sis E pula cuba tengok video ini: http://www.youtube.com/watch?v=kk4-TCaRqyA&feature=sub
ya Allah..sedihnya kak chik. kalau betul la cerita kenalan Amerika tu yg kata dia tak diterima oleh muslim kat sana...mmg la salah masyarakat muslim tu. isu tatoo ni pernah timbul dulu...smpai ada saudara baru yg hmpir2 nk membunuh diri sbb dikutuk ada tatoo pd bdnnya...
ReplyDeleteAssalmu'alaikum..kak chik..this wud be my 1st time commenting on your blog.so sorry..ya Allah,i am EXTREMELY SHOCK kak chik..i am totally speechless... i've watched her videos b4 and it is really hard for me to believe this.yA aLLAH...i dont why i feel guilty looking at this thing hppening.I read ur blog yesterday and i didnt know that u were referring to Sis K, kak chik.when i checked ur edited version of the post only then i knew u were referring to her..InsyaAllah, i really-really hope all of us would pray for her. =(
ReplyDeletenadiah, kawan amerika tu ada isu lain juga pasal satu hadis. kakchik rasa dia sedang keliru sekarang ni terutama dgn layanan begitu yg diterima dr komuniti Islam di sana. isu mualaf bertatoo di malaysia pun ada sampai dibuang oleh org Islam setempat. itulah org Islam ni sudah byk hilang hikmah dlm menyampaikan.
ReplyDeleteTheHumbleWayfarer,
ReplyDeleteWa'alaikummussalam. Thank you sis for taking the opportunity to make me know a new friend by leaving a comment here.
I understand your feeling sis because that's what most of us feel too.
We are guilty because we play a very bad role model to this new Muslims. Lots of Muslims keep saying this is haram, that is haram to our new sisters whereas Islam teach us to develop our understanding towards Islam gradually. We are the one who should guide them but some of us took a very aggressive approach to teach them and see what happen?
Anyway... what we can do know is pray, pray that Allah keeps our heart firm on this Deen and open up their heart again for Islam.
Assalamu'laikum,
ReplyDeletekak chik.for ur info i'm ur brother in Islam..not Sis ya =)
i totally agree with u..we Muslims do not know how to express ourself properly..even towards our brothers and sisters who are new in this religion.it's really a sad thing..I thank u so much for letting me know this thing..no wonder she had not updated her blog for a week..
Your akhi fil islam,
-TheHumbleWayfarer-
International Islamic Univ. M'sia