Assalamualaikum dan salam petang kepada semua teman-teman dan pengunjung Keluargaku Sayang. Semoga kalian semua sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera di mana saja berada. Kepada Cikmin, kakchik doakan semoga selamat melahirkan CKJunior.
Tadi kakchik bersama K.Mar dan Dila pergi ke Popular Bookstore untuk membeli buku untuk Zahra'. Maklumlah agak lama juga kami tidak menambah koleksi buku terbaru di rak buku kami. Dalam masa hampir satu jam kami menghabiskan hampir RM500 untuk bajet buku kali ni. Seperti biasa, dalam bajet tu termasuklah belanja untuk makan tengahari kami, sponsor dari Zahra'.
Asalnya kami rancang nak ke Restoran RasaMas tapi bila ternampak The Chicken Rice Shop kosong je... kami pun masuklah. Lagipun senang sikit kakchik nak buka-buka untuk makan nanti. Lagipun kami belum pernah lagi makan bersama kat situ.
Sambil menunggu makanan yang dipesan sampai, kami lepak dulu sambil posing-posing, hehe tapi letak 2 keping ni ajelah gambar kami.
Cuba tengok, masa ni jam 12 tgh, memang kosong! Agaknya kamilah pelanggan pertama hari ni. Cantik dan ceria dekorasi dalaman restoran ni.
Kakchik berkenanlah dengan bekas sudu-garfu bentuk ayam tu. Ingat nak minta bawa balik seekor tapi segan nak cakap, hehe.
Untuk makan kat TCRS tu kami order TWIN SETS tapi tambah satu nasi dan tukar 2 Pepsi dengan Milo ais dan teh limau. Gelasnya memang besar, kakchik minum separuh milo dan 1/3 teh limau. Selebihnya K.Mar dan Dila yang minum.
Hiasan siling dalam restoran, ceria. Daya penarik untuk kanak-kanak.Dan inilah lauk-pauk yang kami ambil untuk Twin Sets tu. Nama dah lupa dah.
Selepas kami serbu, inilah yang berbaki. Kami semua setuju nak bagi kat TCRS ni 5 BINTANG untuk makanan dan 4 BINTANG untuk servis. Alhamdulillah... terasa tak larat nak bawa badan balik ke pejabat sebab kekenyangan.
Syukur... inilah rezeki kami hari ni. Kakchik pun gembira kalau selalu dapat makan sponsor macam ni. Walaupun kakchik tak makan dua dari hidangan tu iaitu Pak Choi dan Park Tee tapi kakchik gembira sebab kami bertiga dapat makan bersama.
Kalian pula makan apa hari ni?
Wah.. lunch di KBMALL. tak bertembung kita . tadi ted di sana . Mencari buku bacaan Adam di Popular dan mkn di kedai sebelah Chicken Rice Shop..RasaMas
ReplyDeleteLer... dekatnya... kakchik dok situ dalam sejam Ted. Dari jam 12.15 sampai jam 12.50. Kami pun dari Popular. Huhu takde rezeki nak jumpa.
ReplyDeletehi kakchik,
ReplyDeleteniza suke giler pai tee die..
shedap kan???
sedap tu. Rasamas pun sedap jugak ayam dia. hehe
ReplyDeleteJust curious and if i may ask...how did you eat in that restaurant with that piece of cloth cover on your face ?
ReplyDeleteSedap nyer makan kat TCRS!
ReplyDeletesaya pun baru sekali try mkn kat restoran tu~
5 Star!
hi nyza. kakchik tak sempat try pun pai tee tu sebab kenyang dengan nasi ayamnya. 4 biji tu bagi kawan semuanya. diorang cakap sedap.
ReplyDeleteshu, Rasamas kami dah pergi dua kali, sedap juga terutama mee kari dan air bandung cincaunya.
ReplyDeleteIn Love With Coriander,
ReplyDeleteIt's so easy really for two reaseons:
1. There are no other customer in that restaurant at that time and we chose a secluded pot to sit.
2. I pulled the back of my second layer of hijab from the back up above my head and falls down in front of my face which can only be seen by my 2 friends.
And of course I would know the trick to be able to eat in a public place.
Melody of Lexy,
ReplyDeletememang betul2 5 star kan.
mungkin next month kami akan ke sana lagi.
nadiah tak pernah mkn di chicken rice shop tu. suami kata tak sedap..tak kena selera katanya. tak tau la nadiah sbb tak pernah mkn
ReplyDeletenadiah, kena try dulu baru tahu. kakchik memang puas hati dgn makanan kat situ tadi. kalau makan nasi ayam selalunya tak macam tu w/pun sedap, yg TCRS lagi sedap.
ReplyDelete