Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga semua berada di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang Allah SWT.
Hari ni Kota Bharu dilimpahi hujan sekali lagi tapi di saat kakchik menaip ayat-ayat ni Matahari sudah pun kembali menyinari dengan cerah sekali. Alhamdulillah. Untuk makluman teman-teman kawasan kakchik tinggal tak banjir dan mungkin jauh dari masalah tersebut. Namun rakan-rakan di Tumpat, Rantau Panjang dan beberapa tempat di Kota Bharu kurang bernasib baik. Mereka terpaksa menerima takdir dan berpindah sementara kerana banjir. Dari maklumat yang kakchik terima, banjir sudah semakin surut dan kebanyakan mangsa sudah pulang ke rumah masing-masing. Semoga hujan yang turun selepas ini tidak lagi membawa banjir kerana ramai juga hilang harta benda dan ada juga yang kehilangan nyawa.
Kak Ma dan Dila keliru nak pilih yang mana satu, hehe.
Baiklah ke lain pula ceritanya. Yang sebenarnya kakchik nak kongsi pengalaman pertama makan tengahari di Kemaman Kopitiam KB. Rakan sekerja kakchik tu, Kak Ma dah beberapa lama berhajat nak makan bersama di Restoran Hayaki tapi pengaruh kakchik telah mengubah haluan kami maka sampailah kami ke Kemaman Kopitiam, hehe. Walaupun kakchik dah dengar cerita dan lihat gambar dari pengalaman seorang rakan FB yang selalu ke situ, kakchik nak juga cuba menunya biar pun mahal sikit.
Keropok lekor dan air yang kami order - nescaffe ais, jus epal dan ceylon the o ais. Keropok lekornya memang sedap macam beli di Losong je.
Dalam pukul 12 kami dah minta excuse untuk keluar sebab mahu balik sebelum pukul 1 petang untuk bagi peluang CikMat pula balik lunch kat rumah dia. Hari ni tak sangka ramai pula pengunjung di waktu pagi kat Zahra' ni. Pelajar-pelajar kolej yang ramai datang, ni mesti nak siapkan tugasan diorang. Pelajar sekolah yang dah habis exam pun ada ramai juga yang datang. Baguslah kalau macam tu kan, daripada diorang lepak, buang masa di tempat yang tak berfaedah, baiklah diorang datang ke sini.
Mee Rebus Kopitiam - order Dila dan Kak Ma. Yummy!
Hainan Chicken Chop - MashaAllah besar sungguh hidangan ni. Kakchik punya hehe.
Hari ni kakchik makan besar! Sebab dah agak bosan makan nasi, tekak ni terasa nak makan Western Food pulak. Kakchik tengok ada dua jenis je WF kat situ, Fish n Chip dan Chicken Chop. Kakchik nak mudah je, order CC je lah. Bila pelayan bawa hidangan, kami tergelak besar. Hahahahaa.... takleh lupa betapa ENORMOUSnya CC kakchik. Memang tak habis la kakchik makan sorang-sorang, kenalah Dila dan Kak Ma tolong makan sama. Kalau tak percaya, kenalah pergi cuba sendiri. Pinggan hidangan tu sama besar dengan pinggan yang kakchik guna buat hidang sate untuk tetamu masa raya!
Hujan tengah lebat.
Bila kami dah nak habis makan tu hujan pulak turun lebat sangat. Ingatkan lambatlah kami boleh balik ke Zahra' tapi syukur hujan semakin renyai-renyai. Hehe kami lambat juga, harap maafkan 10 minit ya. Sebagi buah tangan kepada staf lain yang tak keluar ke mana-mana, kami belikan sekotak Kopi 3 in 1 Kemaman Kopitiam. Mesti sedap sebab semua air yang kami minum kat situ memang kaw sangat.
Nampaknya bajet makan tengahari hari ni dah menggunakan keseluruhan peruntukan untuk makan untuk sehari. Besarlah juga kosnya makan di Kemaman Kopitiam ni. Sekali-sekala boleh lah... nak selalu-selalu alamat pokailah cik kak ni.
Dila dan Kak Ma dah mula makan dulu, huhu, kakchik kena tunggu... CC lambat siap.
kakchik, kemaman kopitiam ni area mana yerp? mcm best je. hehe
ReplyDeleteshu, kalau dari kubang kerian menuju ke kb mall, shu akan jumpa kemaman kopitiam ni sebelum mamak spicy lepas tu baru kb mall. tengok sebelah kiri. dekat dengan public bank
ReplyDeleteBaru bukak bulan puasa kan?? Hmm nanti nak gi lah...sedap tak mee rebus tu? CC berapa 1 kak chik?
ReplyDeletewan, kakchik tak pasti bila dia buka, rasanya mgkn bln puasa.
ReplyDeletemee rebus tu memang sedap, kakchik dah cuba makan yg kawan punya tu.
CC rm13.90 satu set. 1 hidangan sesuai utk makan 2 org.
Ingat kat kemaman tadi.. Nanti kalau ke KB nak ajak suami singgah situ laa...
ReplyDeletesekali-sekala mkn mahal apa salahnya lgpun kalau mahal tp sedap, berbaloi:). nadiah ni kalau mkn kat luar, kalau makanannya tak sedap..tak kisah sgt sbb bkn jenis mkn sgt...tp yg penting air mesti kena kaw! ehe..
ReplyDeletekak tie, kat kemaman takde ke kopitiam ni? kakchik ingatkan dia francais dari kemaman. sila kak, kalau ke kb mesti kena singgah tu.
ReplyDeletenadiah,
ReplyDeletememang .. sesekali nak juga layan selera dgn makanan yg agak mahal sikit. enjoy makan dgn kawan2. kalau sedap mgkn satu masa dtg lagi. kalau tak sedap takmo pergi dah lepas ni hehe. air dia yg kami pesan tu semua kaw.
mkn makanan panas..time hujan2 mcm tu..mmg best...
ReplyDeletebestnya kakcik makan :)
ReplyDeleteSelalu baca blog kakcik (keluargaku sayang ngan kakchik's wardrobe) tp jd silent reader je, hehehe
baru hari nie nak tinggalkan jejak :)
Zureen harap dapat mencuba makanan disana bila menghantar pengantin ke KB hujung tahun ni..
ReplyDeletealaaa...kat sini takde kemaman kopitiam~! nampak kropok lekor tuh dah menyebabkan sha suka. mesti banyak ikan. tgk warna pun tahu.
ReplyDeletedi sini kena pandai2 cari makanan pantai timur yang sedap. sebab kadang2 mereka nak jual yang murah (kena faham kos mereka) tp tidak ori macam yang di pantai timur.
sha nak tau ori tak ori kena check dengan parents sha. diorg bertemu di KBTC:)
mee rebus tu nampak sangat menyelerakan!:)
kak kam, memang betul tu... dlm cuaca sejuk makan makanan panas memang best sekali.
ReplyDeleteZuri@ni, alhamdulillah... yang sedapnya sebab Allah bagi ni'mat lidah yang sihat dapat rasa semua makanan tu. tak sedap juga kalau makanan enak tapi lidah tak rasa apa-apa. syukur.
ReplyDeleteKakchik ucapkan bebanyak terima kasih atas kesudian Zuri@ni menjadi pembali blog2 kakchik ni. Mekasih ya. Harap tak serik nak datang lagi.
zureen, insyaAllah... semoga tercapai hajat zureen tu. kalau datang nanti, singgah la di waktu siang di kemaman kopitiam tu sb waktu siang pelanggan tak ramai, kalau malam tempatnya padat.
ReplyDeletesha, KK tu masih mencari peluang untuk membuka cawangan baru, mungkin ada kot di area KL tu.
ReplyDeletekeropok tu memang banyak ikan sha, sedap macam yang di losong, macam ORI.
kakchik pun tau makanan Kelantan di luar memang ada yang murah tapi banyak dah diubah-suai kerana nak jaga harga dan nak buat untung. memang tak sama dgn yang di Kelantan sendiri.
wah... parent sha jumpa kat KBTC? mesti docs ni... KBTC tu depan OUM je, kakchik lalu setiap hari nak ke ofis.
kalau nak rasa mee rebus tu jemputlah ke KB.
semuanye menyelerakan!!
ReplyDeleteDalam byk2 menu kat atas tu paling terliur ngn kopok lekor...windu kopok losong,lame tak makan.. =(
alahai..menjadi2 pulak rembesan amilase ni dalam mulut,slurrrp~
annie, ni mesti tengah lapar ni hehe.
ReplyDeletesabar la dik... ada rezeki dapat juga makan keropok lekor yg sedap tu.
hehe... lamanya tak baca istilah biologi ni... nak telan ke... nak ludahkan tu, huhu... pi minum air lekas.