Assalamualaikum dan salam Jumaat semua.
Kawan-kawan di Kelantan, Terengganu dan Kedah sedang bercuti hujung minggu hari ni, masak apa untuk sarapan hari ni? Pgi-pagi ni kita cerita hal makanan la kejap, hehe. Kawan-kawan yang di selain negeri yang kakchik sebut tu setengah tu tentu dah masuk ofis, ada yang sedang sarapan dan ada juga yang masih bergulung dalam selimut kan. Hmmm... pagi-pagi yang sejuk dan mendung macam hari ni memang sesuai kalau sarapan dengan donat gebu dan teh/kopi panas, aww sedapnya.
Hari ni kakchik tak masak sebab petang semalam ke Giant dan beli banyak donat. Adik kata donat Giant adalah yang paling sedap setakat ni. Dia punya pasallah kakchik ke Giant tu. Lepas tu merayap ke Parkson, alahai... buat kecur nafsu je tengok beg dengan kasut. Bahaya sungguh bagi peminat bag dan kasut macam kakchik ni.
Tapi, syukur alhamdulillah sebab kakchik pergi dengan izin cik abe dengan syarat kakchik tak membeli barang-barang tu semua. Cukup untuk temankan adik ke sana mencari barang-barang dia. Jadi petang semalam memang kakchik tak habis duit banyak. Yang kakchik belikan hanya barang yang Ummi pesan - bawang, kicap, gula, dan roti. Yang kakchik sendiri hanyalah donat, 12 biji semuanya. Kiranya jimatlah kan sebab itu belanja pun RM5.98 je.
Sebelum ke KB Ummi ada masakkan jemput-jemput malas untuk minum petang pekerja-pekerja binaan tu. Banyak juga yang Ummi buat, kami semua pun dapat makan sama. Alhamdulillah... untung tinggal bersama mak ayah tapi selalu kakchik serba-salah sebab makan-minum kita setiap hari dia yang sediakan. Kalau kakchik yang masak pun selalunya kakchik masak masakan yang Ummi tak biasa buat macam roti, pizza, puding dan beberapa lauk yang kakchik tiru resepi kawan-kawan.
Hari ni ada majlis penyampaian hadiah di PASTI Pulau Melaka dan lepas Subuh tadi Ummi bawa balik sebekas nasi dagang dari sana. Adik-adik dan anak-anak sedara semua dah kenyang makan nasi tu. Kakchik tak kisah sebab kakchik pun tak makan nasi dagang. Cik Abe pun dah sarapan dengan roti dan secawan kopi radix, alhamdulillah... semua orang dah dapat bekalan tenaga untuk kecergasan badan hari ni.
Kawan-kawan dah sarapan ke?
salam kak chik,
ReplyDeletetumpang sarapan..ehehe..
Salam kakchik...ye ker donut giant plg gebus stkt ni??? nak kn try p bli gak nih...fiza br skali msk kbtc..tu pun time giant lom bukak g..
ReplyDeleteSalam kak chik,
ReplyDeletehehe, kami da sarapan dulu... ;)
Wkslm Yan.
ReplyDeleteDapat makan tak tadi? Kakchik lupa nak tengok Yan masa sarapan tadi, sibuk dok suap mulut sendiri, hehe.
Wkslm fiza.
ReplyDeleteAdik kakchik kata macam tu lah. Dia yang selalu makan donatnya. Kakchik tak pandai nak beza. Kalau donat Giant ni, gebu memang sangat gebu, sedap dan gulanya halus sangat.
Kakchik ni dah kali ke2 ke Giant. Fiza cubalah baru tahu betul ke tak.
Wkslm nurindah. Takpe... jom makan malam la kalau macam tu.
ReplyDelete