Followers

5.11.09

Makan Sikit-Sikit

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga semuanya dalam keadaan sihat terutama dalam cuaca yang sejuk sekarang ni. Ha'ah, musim tengkujuh sudah tiba di Pantai Timur ni. Siang malam asyik hujan tapi pagi ni nampak macam cerah sikit. Bolehlah kakchik pergi tengok-tengokkan kedai. Seminggu tak ke MariBaca, rindu pulak kat kedai kakchik tu. Nasib baik ada pembantu yang cekap, banyak yang dia dah bantu.

Cik Abe takde ni, dia keluar pergi beli roti canai sebab isterinya hari ni mengidam nak makan roti canai. Hehe sesekali je nak bermanja-manja macam ni. Kakchik bukannya suka nak menyusahkan dia tapi hari ni memang nak makan sangat roti canai. Dah setengah jam dia keluar belum balik-balik lagi. Agaknya ramai orang kot kat gerai roti canai tu.


Bihun sup

Dalam pukul 10 lebih kakchik nak jumpa Kak An, nak tunjukkan semua abaya yang dah sampai jadi sebelum kakchik keluar ni kakchik nak kongsikan apa yang kami makan malam tadi. Yelah dah lama kakchik tak letak gambar makanan kat sini. Hehehe sekali-sekala time takde idea bolehlah kakchik tunjuk makanan kat rumah ni.


Singgang tulang lembu


Malam tadi kakchik makan setengah mangkuk bihun sup dan setengah senduk nasi. Bihun sup tu abang ipar yang belanja, sedap sangat. Rasa macam tak cukup je makan setengah mangkuk tapi kakchik kena juga makan nasi sikit sebab memang tak boleh kalau tak makan nasi langsung. Nasi pulak ada lauk singgang tulang lembu. Walaupun tulang, isinya masih ada. Itupun sedap juga sebab dimakan bersama sambal putik pauh , ikan kerisi goreng dan ulam mentimun rapuh.


Sambal putik pauh

Selalunya kalau kakchik makan lambat, kakchik makan tak banyak. Sekadar nak hilangkan lapar dan tak mahu perut masuk angin je. Kalau nak makan banyak sikit selalunya makan malam sebelum atau selepas Maghrib. Tapi sebelah petang tu kakchik dah makan sira pisang jadi makan malam pun jadi lambat.


Sira pisang

Hari ni dah pukul 10 lebih ni kakchik belum sarapan pun lagi. Takde selera sangat hinggalah lidah terasa nak makan roti canai. Hmm.... mana Cik Abe ni?

16 comments:

  1. salam kakchik...seb bek la roti canai tu dokat jek che abe nak cari kan..cikmin lak pepagi ni nak makan nasik lemak antarabangsa nun kek kl kakchik...mmg tak sampai sejam leh sampai..tp ari ni cikkamal sibuk...

    ReplyDelete
  2. salam kakchik,


    wah sira pisang...aduhai....kak chik bagi resepi.....hehehe

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum kakchik..

    sira pisang sira pisang.. suka makan..

    kat Johor ni pun musim hujan dah kak..

    ReplyDelete
  4. sha suka sira pisang. mengingatkan amalan bertukar2 juadah dengan jiran sebelah sha. sekarang diorg dah pindah balik kelantan, takde lagi makan sira pisang.

    sambal putik pauh , ikan kerisi goreng dan ulam mentimun rapuh.

    putik pauh ngan mentimun rapuh tuh ape kak chik?

    ReplyDelete
  5. kecur tgk sambal putik pauh...lapar tiba2...sira pisang pun my pebret...

    ReplyDelete
  6. kakchik..melelh sat air liur qis tgk sira pisang tu...aduh...sedapnye...
    kakchik kena tepek resepi sira pisang ni nnt..

    ReplyDelete
  7. salam kak chik,
    Kak chik!!!! nak sira pisang!!! sob sob. ada lagi tak? gulp!

    ReplyDelete
  8. Wkslm CikMin, hehehe memang nasib baik. Kalau tak alamat kempunan la nak makan. Kesian CikMin mengidam yang jauh-jauh, itu pun mujurnya ada kat KL, dibuatnya CikMin mengidap nak makan yang dari restoran n.lemak a/bangsa cawangan Kelantan, alamat teruk juga tu. Hari ni CKamal sibuk, esok2 dia belilah tu.

    ReplyDelete
  9. Yan, resepi sira pisang senang je.
    1. Pisang ikut suka. Kalau besar belah 2 potong 4.
    2. Gula - selalunya sesikat pisang 1 senduk gula.
    3. 1 helai daun pandan
    4. Bunga cengkih - 1 sudu kecil
    5. Air

    Campur semuanya, masak hingga gula cair. Kalau nak kuah lebih, banyakkan air.

    ReplyDelete
  10. Wa'alaikummussalam Sakinah.
    Tak sangka pula ramai yang suka makan sira pisang ni.
    Masakan paling mudah dan fav di bulan Ramadhan.
    Johor pun tengkujuh sekali dgn Kelantan kan.
    Kena berjaga-jaga dah sekarang ni, kalau2 banjir.

    ReplyDelete
  11. sha, kenapa tak belajar dgn diorang sha? senang je nak buat dessert ni.
    putik pauh tu ialah mempelam muda, diricih-ricih halus dimasukkan dalam sambal. memang sedap sha.
    mentimun rapuh tu, mentimun yang bila dimakan terasa rangup yakni masih segar lagi.

    ReplyDelete
  12. Hasnah, memang kakchik dah agak mesti ada yang terliur ni. Meh ke rumah, boleh makan dengan nasi panas. Tapi sira pisang dah habis dah.

    ReplyDelete
  13. qis, memang tak sangka betul qis pun termasuk kawan2 yang suka sira pisang. kalau macam ni sapa yang datang ke rumah kakchik, kakchik hidang aje sira pisang, hehe.
    resepi dah kakchik sertakan dalam reply utk yanmie.

    ReplyDelete
  14. wkslm nurindah.
    alahai... sira pisang dah habis la dik. pisang yang berbaki pulak masih putik. lain kali pulak la ya.

    ReplyDelete
  15. salam kakchik,

    yan dtg nk amik resepi..thanks sgt2 yea..insyallah wiken nie blh lah yan buat...

    thanks sekali lg..muah2..ops! hehehe

    ReplyDelete
  16. Waaa sira pisang..dah bertahun Iza tak makan sira pisang ni.
    Last makan masa berkampung di Lembah Pantai lama dulu. Kawan2 dari Tganu yg bawak setiap kali balik bercuti.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs