Followers

6.11.09

Roti Ringkas Orang Malas


Roti masak sebesar pinggan nasi.

Petang tadi tiba-tiba je rasa nak makan roti. Fikir punya fikir sedap juga kalau dapat makan roti hangat dalam waktu hujan ni. Hidung pun macam terbau-bau keharuman roti yang masak. Ahhhhh.... wanginya. Apa lagi jom ke dapurlah!

Nak makan kenalah buat. Nak harapkan siapa lagi kalau tak diri sendiri. Tambah-tambah kakchik tahu Ummi dengan Ayah cukup suka makan roti yang kakchik buat. Petang tadi rancang nak buat sebiji je sebab pergelangan tangan kakchik masih belum kuat betul-betul. Nak menggaul, menguli dan menumbuk doh memang perlukan tangan yang kuat. Kakchik bukannya ada breadmaker.


Doh yang dibiarkan naik sekali ganda - bergerutu saja.

Kakchik hanya buat roti paling ringkas menggunakan resepi untuk roti manis yang pernah kakchik buat dulu. Kalau ada yang nak resepi, silalah ke sini. Resepi ni memang teramat mudah.

Kakchik uli biasa-biasa je dan doh pun tak jadi rata sangat. Nampak menggerutu sebab memang kakchik uli tak lama. Tak tahan sakit pergelangan tangan kakchik. Jadilah roti kakchik tadi macam 'bank kerapu'. Orang Kelantan dia tahulah bank apa tu.


Siap untuk dimakan bersama jem raspberri.

Walaupun rupanya tak cantik, tapi alhamdulillah dari yang kecik sampai yang paling tua, semuanya suka makan roti tu. Anak-anak sedara kakchik yang selalunya kalau makan roti sandwich gardenia tu mesti nak potong tepinya walhal lembut, tapi diorang makan semuanya roti kakchik tanpa membuang bahagian crust tu.

Syukur, gembira sebab tercapai juga hajat hari ni. Puas hati.

14 comments:

  1. salam
    akak pun takde breadmaker
    tp kalau buat roti
    guna mixer ja..
    guna pemutar yg berlengkar2 tu...
    bkn yg buat kek punya..

    ReplyDelete
  2. salam kakcik..
    wah, kak cik pandai buat roti...
    nmpak sedap sgt mkn dgn jem tu..

    ReplyDelete
  3. Wkslm Kak Kam.
    Mixer pun takde kak. Kami jarang buat kek jadi tak beli pun mixer. Yang dulu dah rosak. Sebab tu main pakai tangan je. Best kan kalau takyah guna tangan.

    ReplyDelete
  4. Wkslm nyza.
    Boleh la... kakchik pun belajar secara online je. Tengok kawan-kawan yang rajin masak, tiru je diorang. Dulu ingatkan susah buat roti, rupanya senang aje.
    Alhamdulillah... semua yang makan kata sedap.

    ReplyDelete
  5. nadiah teringin nk buat roti sendiri tp tak terbuat lagi. insyaAllah nnt nk buat jgk sbb nadiah mmg suka mkn roti ;)

    ReplyDelete
  6. kak chik..ritu penah gak wat roti..tp xjd!!! hmmmm..saya mudah putus asa..walaupon suke mencuba.. PENYAKIT!!!!

    ReplyDelete
  7. kakchik..menaraik nmpk roti kakchik tu..dh lama qis xwat roti sndiri cm kakchik..huhuh..kebizian melanda la...

    ReplyDelete
  8. rajinnya k chik buat roti..
    wan selalu beli kat kedai jer k chik. roti yg paling best adalah roti Desa kat Pasir tumbuh nu...tapi kalau k chik bg wan cuba roti buatan k chik mgkin saya akan kata roti yg paling sedpa adalah roti k chik..hehe..

    ReplyDelete
  9. Nadiah, cubalah buat. Cari resepi yang mudah-mudah. Dapat makan roti buatan sendiri memang seronok.

    ReplyDelete
  10. fmina08, seingat kakchik ada petua utk buat roti ni iaitu ikut betul-betul setiap sukatannya dan caranya langkah demi langkah. insyaallah roti akan menjadi. nanti cuba lagi ya.

    ReplyDelete
  11. qis, hehehe tak sangka qis kata menarik. dah la roti tu menggerutu. kakchik pun dah lama juga tak buat roti qis, berbulan-bulan dah.

    ReplyDelete
  12. wan, mana ada rajin wan. roti orang malas tu. kalau rajin mesti rupanya lebih lawa, hehe. kakchik tak dpt nak beza roti mana yg paling best sebab makan je roti yang dibeli. ala wan... memang lepas makan roti kakchik wan tak mahu dah makan roti lain, hehe... tutup kedai la roti desa tu.

    ReplyDelete
  13. kak chik.......
    erin nak jugak

    ReplyDelete
  14. erin, kalau nak kena datang ke rumah ya

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs