Followers

12.11.09

Sekarang dah pandai merajuk



Memang Amni dah pandai merajuk sekarang ni. Kalau kakchik kata, "tak boleh... nanti Amni jatuh...", "kita main lain kali ya, chikja nak buat keje dulu." atau "Amni tengok dengan chikni ya..." inilah hasilnya. Terus rebah ke lantai dan menangis sekuat-kuatnya.

Tapi Amni senang dipujuk... kalau kata, "ok lah...", dia pun terus diam, bangkit dan boleh senyum lagi. Tengoklah si kecik yang cerdik ni.

yang dia nak... telefon untuk dengar muzik.


yang paling dia suka dapat tekan-tekan keyboard laptop kakchik.

Jangan tak tahu, satu kekunci SHIFT dah tercabut gara-gara Amni tarik beberapa bulan yang lalu, masa tu dia pun masih jatuh-bangun bila berjalan. Sekarang ni dah steady dan sangat suka memanjat.


macam pro je... panjat kerusi dan kadang naik atas meja
memang kena sentiasa dipantau

Kalau hari kakchik tak kerja, inilah yang melambatkan kakchik update blog, si comel Amni yang tak nak berenggang.

16 comments:

  1. Salam Kakchik..
    Anak-anak la ni memang celik IT dan suka pada yang kita buat..Macam Adam jugak la kakchik..
    Pandai Amni buat muka nyegih bodek tu...

    ReplyDelete
  2. amni...pandai merajuk dah ye!
    sha pun tgh cuba2 blaja memujuk nieh kak chik. tp pujuk anak kucing sha je:P

    ReplyDelete
  3. alololo...comeinya dia merajuk...ehehe..anak yan mcm nielah kak chik, terutamanya yg kecik nie. klu yg besar nie dh fhm dh sikit2 apa yg boleh dan apa yg tak boleh.

    ReplyDelete
  4. alololo..pandai dia wat drama ye kakchik..klu x dpt main gan chikja dia..comei dia senyum kakchik..nampak gigi arnab 2 btg...geram2...

    ReplyDelete
  5. anak pompuan memang camtu kot kak cik....suka merajuk... tp, senang nak pujuk... :)

    ~dia nak manja2 ngan cikja nya lah tu... :)

    ReplyDelete
  6. salam kakchik...

    sihat ke??

    heehe..comelnya Anni ni.,.hehe...rasa cam nk gigit je dia nie..hehe

    ReplyDelete
  7. salam... sukalah tengok amni merajuk camtu - cute!

    ReplyDelete
  8. Wkslm Ted. Memang betul... sekarang ni anak kecik dah pandai komputer. Apa taknya dah belajar masa dalam kandungan lagi. Mak-mak dok blogging masa mengandung, hehe.
    Amni tu memang pandai buat muka-muka kesian, muka memujuk, muka merajuk....

    ReplyDelete
  9. sha, memang dah pandai sangat dah sekarang ni. she use that as a weapon to persuade me and she knows it melts my heart.
    ooo... ni mesti kucing yang sha cite dlm blog kan?

    ReplyDelete
  10. Yan, sebagai ibu lagi... lah Yan biasa dgn aksi-aksi macam ni kan. Amni ni dia tau makcik dia yang sorang ni mudah cair.

    ReplyDelete
  11. cikmin, agaknya kalau gi audition berlakon boleh kot. memang cepat sungguh perubahan action nya. entah tiru sapa la tu.
    gigi dia memang agak besar yang atas tu, kat bawah pun dah ada dua batang. sejak dah ada gigi ni, sebutan pun dah makin jelas. kalau kakchik ada asyik dengar, "ja, ja...jaja.. jaja."

    ReplyDelete
  12. nurul tentu lebih maklum pasal ni. kakchik suka sebenarnya melayan kerenah amni dan sepupu2nya tu. jadi ibu tumpang pun jadilah.

    ReplyDelete
  13. Wkslm Teja. Kakchik, alhamdulillah sihat dik. Lama tak nampak Teja kat sini. Harapnya Teja pun sihat sejahtera.
    Kakchik tengok setiap hari pun geram kat dia Teja. Yang kakak-kakak selalu gak jeles, siapa kata, "chikja kenapa tak sayang (cium) kakak? dok sayang adik amni je..." hehe.

    ReplyDelete
  14. kak e, sekarang ni memang kita semua suka, sebab di usia dia yang tak sampai 2 tahu tu segala aksinya jadi penawar tapi bila dah besar macam kakak2 yang 4-5 tahun tu... huhu tau2 ajelah.

    ReplyDelete
  15. budak2 skerg mmg celik IT..mcm anak akak, Tasha..pandai tukar screen saver..boh gambar dia..pandai cari online games..aduh..hp lak..pandai mms ...video call..

    ReplyDelete
  16. kak kam, mungkin sebab ibu bapa pun dah educated sekarang ni. dalam rumah semua alat-alat teknologi terkini ada dan anak2 ni dari dalam perut, bayi lagi dah selalu tengok ahli keluarga menggunakannya. itulah yang cepat sangat pandai, kadang lebih pandai dari kita yang lebih tua ni. anak kak kam, tasha tu dah kira canggih tu...

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails