Assalamualaikum dan selamat berehat semua.
Adik sedang ambil duit untuk beli tudung macam yang dia pakai tu.
Hari ni sepanjang siang kakchik langsung tak kemaskini blog. Yang sebenarnya kakchik dok sibuk melayan blog KakChik's Wardrobe dan keluar ke Billion bersama adik. Cik Abe bagi lampu hijau untuk kakchik keluar shopping. Hakikatnya kakchik jadi drebar adik yang mahu membeli tudung instant. Kat atas Billion tu kami ada kedai favourite iaitu KF Collection. Kat situlah kakchik banyak membeli abaya sebelum ni. Sekarang ni pun walaupun dah ada bisnes abaya sendiri kakchik masih juga berkunjung ke situ apabila ada stok abaya baru sebab Ibu (pengusahanya) akan menelefon mengajak kakchik ke sana. Kami dah jadi baik sangat dah.
Contoh tudung yang adik beli. Gambar dari D Zaz Collection
Adik pulak dia terpaksa membeli tudung baru sebab 3 helai tudung instant dia yang saiz M dan labuh tu telah dicuci oleh bibik dengan tangan dan habis keronyoklah awning ketiga-tiganya apabila bibik perah supaya cepat kering. Hancus RM150 untuk 3 helai tudung yang baru je dibeli minggu lepas. Kesian adik, menangis tak berlagu dibuatnya. Nak marahkan bibik manalah boleh sebab dia pun berniat baik untuk tolong cucikan tudung tu yang direndam Adik. Cuma dia kurang cerdik sikit, kenalah maafkan. Sedihlah cikgu sorang tu maka dipujuk-pujuklah kakchik ni temankan dia ke kedai Ibu.
2 daripada 3 jubah yang kakchik belikan. Satu kelabu dan satu ungu. Kalau rasa nak tengok cantik ke tak, sila klik gambar ya. Yang ungu tu kainnya macam satin di bahagian dalam. Sejuk dan lembut.
Kakchik pun setuju sebab ada hajat juga ke sana. Ada kenalan yang tinggal di UK minta kakchik belikan 3 helai jubah untuknya. Kakchik dah puas cari warna dan saiz yang dia nak tapi takde. Kata dia, kalau ada warna-warna tu lagi baik, kalau takde pun takpa. Kakchik rasa dia akan suka kot dengan jubah-jubah yang kakchik beli tu. Sekarang ni kakchik belum maklumkan lagi kat dia pasal warna dan corak jubah-jubah tu. InsyaAllah lepas ni nak ke facebook, nak bagitau dia.
Memang banyak juga berhabis duit tapi insyaAllah akan kembali juga nanti. Sekarang ni bisnes abaya pun dah mula berjalan, dah ada yang membeli pun, alhamdulillah. Hati dah tak sabar nak tunggu shipment kedua yang sepatutnya sampai minggu depan. Supplier dah hantar 7 helai, insyaAllah ada 25 helai abaya lagi yang akan sampai. Sempena musim haji ni kakchik ingat nak buka gerai kat mana-mana tempat strategik dan promosikan abaya-abaya tu. Sangat sesuai dipakai oleh Muslimah yang inginkan pakaian yang lebih modest tapi elegant.
Ada kedai baru kat Billion tu. Moslem Dokkan menjual t-shirt muslimah, minyak zaitun dan beberapa jenis herba tanah Arab. Tak masuk pun, hanya tengok dari luar.
Mmmm... bila dah cerita pasal pakaian ni maknanya hari ni takde cerita memasak. Rancangan nak buat pizza dibatalkan atas sebab-sebab yang diceritakan di atas. Pembatalan adalah dengan persetujuan orang-orang yang bakal memakan pizza tersebut. Alhamdulillah. Lega.
Bestnya shopping kat Kelantan..
ReplyDeleteTak sabar nak berkunjung kesana awal Disember nanti..(harap2 dah tak hujan lagi waktu itu..)
zureen, Kelantan ni memang 'syurga shopping' utk rakyat Malaysia, kalau nak cari barang pada harga lebih murah la.
ReplyDeletesekarang ni masih ada hujan tapi rasanya banjir pun dah surut. doa-doakanlah agar cuaca tak bertambah buruk.
bila nak datang tu bagitau kakchik ya.
kakchik..dh lama qis xshopping2..sejak abg jep xde ni..lg mls nk shopping...
ReplyDeletecntik la abaya purple tu..berkenan gak qis..
qis, jom gi shopping ngan kakchik! ada org suka kalau shopping sorang2 tanpa suami macam kakchik ni, tapi ada juga org macam qis, tak semangat bila suami takde. kena cari kawan la macam tu, hehe.
ReplyDeleteabaya purple tu hanya satu tu je ada. yang paten sama warna hitam putih dan coklat ada saiz S dan M. yang warna coklat saiz S cantik.
assalamualaikum, kakchik..tudung instant adik kakchik tu labuh macam bidang 60 ke kakchik..? kalau ye berminat la jugak..tapi kalau keceik sikit taknak la...:)
ReplyDeletewa'alaikummussalam azniza.
ReplyDeletetusung tu kecik sikit dari tudung 60" kakchik. kalau berbadan tinggi dan besar sikit memang tak luas sangat coverage nya.
tapi kawan kakchik ada jual yang besar, macam tudung bulat bentuknya. harga dalam RM60-RM80.
nanti kakchik cuba dapatkan gambar.