Assalamualaikum dan salam hujung minggu kepada semua teman-teman semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah SWT dalam kehidupan kita terutama dari kegoncangan iman dari landasan Islam yang kita anuti. Kakchik doakan teman-teman semua sentiasa gembira menjalani kehidupan masing-masing di samping tidak lupa untuk sama-sama saling ingat-mengingati dalam melaksanakan amal makruf nahi mungkar.
Hari ni macam biasa bagi kakchik ialah hari bekerja. Walaupun cuaca kurang baik sejak beberapa hari lalu tapi kerja tetap kerja. Selagi tiada halangan untuk datang, kenalah kakchik datang memenuhi amanah yang diberikan. Lagipun mana boleh suka-suka hati tak mahu datang kan. Kalau ikut hati tu memanglah kakchik lebih suka duduk di rumah dalam keadaan suram, mendung macam ni, hehe teringatlah pulak kat buku-buku dan katil yang enak. Bersandar di kepala katil sambil baca buku dan badan berselimut... huhu seronoknya.
Ala kullihal, semua tu hanya angan-angan. Sekarang ni waktu untuk selesaikan beberapa kerja rutin untuk tahun hadapan. Mana tahu kalau banjir, apa-apa pun boleh terjadi. Lebih baiklah kakchik buat persiapan. Lagipun minggu ni juga kakchik kena hantar assignment. Banyak sungguh kerja sampai assignment pun tak sempat nak siapkan. InsyaAllah mesti siap dalam sehari dua ni, nak hantar sebelum raya.
Oh, hari ni kami sarapan dengan Laksa Johor. Kakak yang buat, kakchik tukang makan je. Kakchik letak gambar ni tapi bukan kakchik punya ya, hanya copy dari sini. Tak sempatlah nak ambil gambar tadi, memang kalut sikit sebelum ke pejabat. Tapi begitulah lebih kurang rupa Laksa Johor yang kakchik makan pagi tadi. Siap bawa bekal ke pejabat ni untuk makan tengahari, hehe.
Sebeleum kakchik undur diri, kakchik nak kongsi terjemahan ayat Qur'an yang kakchik buka secara rawak pagi ni. Surah An-Nahl ayat 35.
Dan berkatalah orang-orang kafir musyrik: "Kalaulah Allah menghendaki, tentulah kami tidak menyembah selain daripadaNya sesuatupun, - (tidak) kami dan tidak juga datuk nenek kami; - dan tentulah kami tidak mengharamkan sesuatu pun dengan ketiadaan perintahNya." Demikianlah juga yang telah dilakukan oleh orang-orang yang terdahulu daripada mereka. (Apa yang mereka katakan itu adalah salah semata-mata) kerana bukankah Rasul-rasul semuanya tidak bertanggungjawab selain daripada menyampaikan (kehendak dan hukum Allah) dengan cara yang jelas nyata?
Sekadar renungan bersama.
Kakchik suka buka Qur'an secara rawak dan baca terjemahan di halaman yang terbuka. Nak huraian lanjut kenalah kita rajinkan diri mencarinya.
Wassalam.
salam kak chik..sedap agaknya laksa johor tu..akak memang tak pernah buat lagi laksa cam ni..
ReplyDeletewkslm kak ina. alhamdulillah sedap kak. kakchik lebih suka laksa johor berbanding laksa kelantan. cubalah kak. akak yg pandai memasak tentu buat akan rasa sedap.
ReplyDeleteSalam kak chik,
ReplyDeleteapa khabar? hihi. laksa memang sedap. tak cukup semangkuk tu. hihi
Wkslm nurindah.
ReplyDeleteKakchik alhamdulillah baik2 aje. Skrg ni dok pulun assignment dengan perancangan tahun 2010 pejabat.
iysk, dah banyak tu... kalau makan lebih dari semangkuk, alamat terbengkalai la assignment kakchik, bantal pulak yg menang, huhu.
laksa jonor - kegemaran seisi keluarga kecuali adik. dia dah cuba makan tapi tak leh terima. kenapalah agaknya. adik selalunya bukan pemilih.
ReplyDeleteterima kasih utk tazkirah hari ni, kak chik:)
sha, dalam famili kakchik pula semua orang suka makan laksa kelantan kecuali kakchik. pernah cuba tapi lidah tak mau terima. susah nak jawab hehe. mungkin adik sha pun sama dgn kakchik hehe.
ReplyDeletetak perasan pulak ada tazkirah, kakchik sekadar tulis untuk ingatkan diri sendiri dan kalau orang lain dapat manfaat, alhamdulillah.
kakchik. sedap tu. adeh. kena g cari ni. hehee
ReplyDeleteSalam kakchik,sedapnye laksa johor..
ReplyDeleteSpageti kan..
Saya suka laksa johor dri laksa penang,hehehe..
wadussss cedapnyer kakk! peberet kita zaman berzaman nih! ehehehe
ReplyDeletewkslm huda. ha'ah laksa johor memang menggunakan spageti. kakchik pun kurang suka laksa penang w/pun dua2 kuahnya menggunakan ikan.
ReplyDeleteshu, sejak mengandung ni mudah benar shu terliur kan. hehe... sapa la yang kena menyusahkan diri mencarinya?
ReplyDeletehana, ala... hana pandai, boleh la buat kalau nak makan. hehe
ReplyDeletekakchik. shu kalau nk mkn pe pe, shu sabar dulu ( oat 2 hari, kade mampu dua minggu. alhamdulilah ) ada oyak kat suami. pah oyak dia, x soh beli lagi. hehe
ReplyDeleteni duk mkn askrem smarties yg dlm bekas kecil tu. hehe.
kdg kdg suami yg beli. dia tahu apa nk mkn. alhamdulilah kakchik. leh yg memahami.