Followers

16.11.09

Syyyy...

Assalamualaikum dan salam malam kepada semua teman-teman tersayang.

Apa khabar hari ni?

Semoga semuanya dalam keadaan gembira, sihat dan dilimpahi rahmat kasih sayang Allah SWT.
Hari ni adalah hari yang sangat sibuk buat kakchik. Dari pagi sampai ke sekarang ni kakchik begitu banyak urusan berkaitan urusan jual-beli abaya. Tak sangka begitu hangat sambutan yang diberikan. Dan paling ramai yang membeli dan menempah adalah di kalangan teman-teman dan pengunjung setia Keluargaku Sayang dan KakChik's Wardrobe. Kakchik ucapkan terim kasih banyak-banyak atas kepercayaan kalian.

Eh, maaf Yang! Terbising pulak dengan bunyi keyboard ni.
Syyyy... cik abe tengah sakit kepala. Tadi dah bagi dia telan ubat dan suruh rehat. Agaknya badan cik abe terlalu letih dalam seminggu dua ni.Banyak berita dan video yang nak diedit. Kadang-kadang tu hanya beberapa jam saja dia tidur.


Kesian kakchik tengok suami kakchik tu tapi apalah sangat yang mampu kakchik tolong melainkan memudahkan dia nak rehat. Picit-picit sikit-sikit bolehlah tapi entah boleh membantu entahkan tidak. Inilah bahana kalau terlalu lama menghadap komputer.

Sehari dua ni kakchik mungkin jarang-jarang singgah di blog kawan-kawan sebab mengejar masa untuk siapkan assignment dan juga menguruskan bisnes. Maafkan kakchik ya kalau jarang nampak. InsyaAllah kakchik cuba mencari masa untuk menjenguk blog2 yang punya update terkini.


Kakchik permisi dulu ya. Nak kemaskan bilik yang dah macam butik abaya ni.

4 comments:

  1. Seronok la kalu fiza bace citer kakcik n cik abe kakchik...arap2 nanti bila kawen fiza pun kan bahagia cam kakchik gak..aminnnnn

    Nanti fiza nak kawen,kn mintak tip rmhtangga dari kakchik ek..hehehe

    ReplyDelete
  2. fiza, alhamdulillah kalau fiza rasa begitu. kalau nak perkahwinan begini kenalah bercinta lepas kahwin hehe dan belajar memahami, menyayangi dan bertolah-ansur sebab masing2 punya kelemahan dan kelebihan.
    syukur Allah beri kemampuan menjalani hidup berumahtangga seiring dengan kehendak Islam.
    KAKCHIK YAKIN FIZA JUGA MAMPU MENEMUINYA.

    ReplyDelete
  3. Bagaimana agaknya cuaca di KB sekarang??masih hujankah??

    Nak kesana hujung tahun ni..harap dah tak banjir waktu itu..

    ReplyDelete
  4. zureen, cuaca agak baik sekarang ni. hujan pun mungkin di kawasan hulu je. kat KB ni memang ada mendung tapi tak hujan pun. sekarang ni kat Kelantan dah tak banjir. Banjir pindah ke Kedah pulak. Harap2nya cepatlah reda, kesian kat mangsa banjir.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails