Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera kepada semua teman-teman dan pengunjung Keluargaku Sayang.
Hari ni bila tengok suratkhabar dan berfikir-fikir, kakchik terasa cukup malu kerana beberapa perkara. Tak sanggup nak membaca apa yang ditulis sebab tengok gambar pun kakchik dah tahu apa ceritanya.
Malu yang pertama
Sikap segelintir penyokong bolasepak Kelantan yang membuat onar di Stadium Bukit Jalil dan beberapa tempat di KL. Sungguh memalukan! Sikap orang tidak berpendidikan dan menjatuhkan maruah negeri dan Tok Guru. Dah lebih-lebih lagi merendahkan martabat orang Islam yang lain. Kalau sebelum ni kakchik menulis pasal rasa terkilan kakchik dengan aksi rendah moral membaling botol kepada pemain N9, kali ni kakchik menulis kerana terlalu kesal dengan perbuatan itu. Nampaknya Allah memberi peringatan kepada kami agar lebih aktif menjalankan dakwah mendidik akhlak rakyat terutama golongan pemuda di negeri ini. Mungkin kelekaan dalam isu pendidikan akhlak inilah yang melahirkan individu-individu yang mudah 'naik hantu' bila tidak berpuas-hati dengan sesuatu.
Orang Kelantan kena bersatu hati berusaha membaiki diri di samping tidak melupakan tanggungjawab sama-sama mendidik akhlak masyarakat. Biarlah apa orang nak kata kerana memang ada benarnya tapi yang penting ialah APA YANG KITA BUAT UNTUK MENGUBAHNYA. Terlalu banyak ruang dan peluang yang perlu diambil peduli bagi meningkatkan nilai budi pekerti rakyat muda di negeri ini. Mengata memang mudah tapi untuk bekerja mengubahnya adalah satu kerja dakwah yang susah. Kakchik sendiri pun tidak mampu melakukan semaksima yang boleh. Tapi jika dapat dilakukan secara amal jamai'e kemungkinan besar kita boleh, syaratnya IKHLAS kerana Allah. Susah kan?
Malu yang kedua
Berita Harian Edisi Timur 9 Nov 2009
Maksiat terang-terangan di khalayak umum. Semakin hari semakin menjadi-jadi kegiatan maksiat di negara kita ni. Setiap hari dalam suratkhabar ada saja laporan khalwat, tangkap basah, rogol, liwat, kahwin lari, sekedudukan, dan macam-macam lagi. Kakchik malu kepada teman-teman luar negara yang begitu menyanjung Malaysia kerana NEGARA ISLAMnya. Bagi mereka kita sangat beruntung kerana mudahnya mengamalkan Islam di negara ini kerana bila negara dah Islam maka sudah tentu rakyatnya 'berjurus' belaka. Itulah pandangan mereka, tapi hakikatnya kita berdepan dengan salah laku moral dan perlakuan DOSA yang semakin menjadi-jadi.
Risau kakchik memikirkan persekitaran anak-anak membesar dengan melihat maksiat dilakukan di mana-mana saja. Dalam tv, di depan rumah, di supermarket hatta di kawasan masjid (semua ni dari pengalaman sendiri melihatnya) setiap hari ada maksiat. Lama-lama bagi anak-anak kecil, maksiat adalah perkara biasa. MEMBIMBANGKAN.
Malu yang ketiga
Kakchik malu pada diri sendiri yang hanya berusaha sedikit memainkan peranan kakchik sebagai hamba Allah. Sedangkan Allah meminjamkan nyawa ini agar kakchik menjalankan amanah-Nya di muka bumi ini. Kakchik malu pada teman-teman yang baru Islam yang jauh lebih baik amalannya, fahamannya tentang Islam, dan kesungguhan mereka menyebarkan dakwah Islam, MALU. Terasa sangat malu kalau dipuji orang sedangkan diri ini hanya sedikit sumbangannya untuk Islam dan masyarakat.
Kesibukan dunia telah banyak melalaikan kakchik dari usaha-usah meningkatkan amal-ibadah sendiri. Hidup setiap hari hanya memikirkan kerja, makan, pakai, duit, suami, keluarga, hutang, bisnes, dan macam-macam. Mungkin ada sekelumit saja waktunya kakchik ingatkan Allah dan sekelumit juga kakchik menjalankan amanah-Nya. Kalaulah Allah panggil pulang hari ni, tak tahulah apa bekalan yang kakchik ada ni cukup atau tidak. Rasanya sangat-sangat tidak cukup.
banyak sangat kejadian liwat,rogal,zina dan macam-macam lagi.atiq ni pon rasa gerun dgn keadaan sekarang sebab atiq sendiri sedang meniti zaman remaja.moga atiq dilindungi dari sebarang perkara sebegitu.
ReplyDeletetakpe kak chik.Allah sahaja yang boleh menilai manusia.atiq ni pun,rasa tak cukup je amalan.tapi, atiq sentiasa ingat pesan mama tentang yang 5 tu.
terima kasih atas segala nasihat kak chik.rasa macam mama atiq pulak.hehe
Salam Kak Chik,
ReplyDeleteTak tau ler sakarang ni kak Chik. Tp, hari Sabtu yg lalu...ummi pergi ke Masjid Jamek. Ramai sangat2 penyokong Kelantan berpusu2 kat sana! Yg membuatkan ummi kata penyokong Kelantan coz, mereka pakai baju T merah dan bawa bendera Kelantan. Sedihnya..dia orang tak pentingkan keselamat diri masing2. Nak melintas jalan, suka2 hati jer.. Kereta tengah laju, lampu merah utk pejalan kaki... tetiba dia meluruh ke tengah jalan, sambil terjerit2! Nasib baik ler pemandu kereta tu ada belas rasa kasihan. Kalo tak mungkin dia orang langgar jer kot! Yg paling ummi malu tu kan, ada sekumpulan tu, dia pakai baju merah, pastu pakai topi ala2 santa clause! Pastu ada yg pakai topi tandung rusa santa tu! Bawa tongkat... Ala utk sambut krismas! Sampaikan ada pelancong tu bila nampak mereka ketawa kan mereka... Ummi sampai terfikir..kasihannya anak2 muka zaman sekarang!
i heard that they did because some kutuk Tok Guru.Wallahu'alam
ReplyDeleteatiq, sebab itulah kita kena selalu saling ingat-mengingati ayat al-Quran yang meminta kita menjauhi zina, jaga pergaulan antara lelaki perempuan dan sebagainya. semunya untuk menjaga maruah kita dan menjauhkan kita dari bahaya maksiat tersebut. sebab kakchik tahu Allah yang menilau itulah menambahkan rasa risau kakchik. kalau penilaian manusia kakchik tak kisah sangat. terima kasih sebab rasa kakchik ni macam mama, memang dah patut jadi mama dah kakchik ni, hehe.
ReplyDeleteWkslm Ummi,
ReplyDeleteSebenarnya sejak hari Jumaat lagi penyokong Kelantan dah ke KL tu, membanjiri segenap tempat rehat yang ada. Tapi itulah, ramai yg macam Ummi kata tu. Untuk pengetahuan Ummi pada pandangan kasar kakchik, peminat bola Kelantan yang selalu memenuhi stadium KB tu adalah memang jenis yang begitu. Tak hairan kalau sikap mereka pun begitu.
Sayyidah,
ReplyDeleteAllahu'alam dik sebab terlalu banyak desas-desus yang kurang sahih.
salam kak chik...
ReplyDeletextau nak komen ape...tp ape yg berlaku mmg memalukan.kasihan org2 Islam...secara tidak langsung semua terpalit rasa malunya.
sebuah negeri yang kononnye begitu mempertahankan/mengagungkan Islam, yg begitu kuat cara hidupnye berlandaskan Islam tetapi seakan gagal mendidik segelintir anak2 mudanya sendiri ke arah kehidupan keIslaman. Salah siapa?
salam kakchik...
ReplyDeletesekarang mmg ramai umat islam buat benda2 yg berugikan diri mereka.
pasal penyokong Kelantan tuh, kina dah agak dah. perkara yg mcm nih mesti terjadi.
aduhhhh..ape nak jadi dgn dorang nih. buat malu Tok Guru je.
pada Tok Guru...nih ape citer nih? ape nak buat dgn dorang2 nih?
huhuhuhuu??
wkslm fiza,
ReplyDeletebetul fiza, kita pun turut terasa malu.
negeri ini memang mengutamakan cara hidup Islam dan Islam memang sepatutnya diagungkan tapi kakchik setuju, masih gagal mendidik sebahagian anak2 mudanya. salah siapa kenalah tanya banyak pihak. kerajaan telah berusaha semampu mungkin untuk mendidik, berhabis jutaan ringgit namun inilah ujian yang Allah hadirkan untuk dihadapi dan dibaiki. orang luar Kelantan hanya tahu yang buruk saja dari akhbar sedangkan terlalu banyak yang baik dilakukan di sini.
wkslm kina,
ReplyDeletekakchik paling risau perbuatan sebegitu memalukan Islam.
soalan kina utk tok guru tu kena tulis kat blog tokguru, dalam blog kakchik ni dia pun tak tahu dan tak sempat nak tengok, hehe.
yang sebenarnya tok guru telah menunjukkan jalan dan memberi peluang tapi untuk memastikan generasi ini terdidik ialah kita yang muda2 ini memainkan peranan masing-masing. tak gitu kina?
Salam
ReplyDeleteSalah individu sendiri. Pasal keruntuhan moral pulak ini harga pembangunan yang perlu dibayar. Meski kita negara Islam kita tidak mengamalkan agama Islam secara keseluruhannya. Saya malu jugak kerana tidak kira orang negeri apa pun kita ini orang Islam. Malu.
Tidak kira dari negeri mana, mereka tak sepatutnya berperangai dan berkelakuan seperti manusia tidak bertamadun....
ReplyDeletesaya yg mendidik anak bangsa secara langsung ni pun, kekadang gayat melihat perilaku remaja skrg...
terlalu berani... terlalu bebas!!!
assalamualaikum, kakchik..
ReplyDeletebab bola, tak nak komen banyak..
tapi nak share sedikit pengalaman sbg pegawai perubatan di kawasan luar bandar di kedah..
baru tghr tadi saya mertemu seorang ibu muda yang mengandungkan anak luar nikah (dia tak mengaku tp saya tahu melalui ujian ultrasound) ini bukan kes pertama..sebelum ni dah jumpa banyak kes seperti ni dan saya pasti ini juga bukan kes terakhir..seakan buntu utk berkata2 dan memberi nasihat kpd mereka..zina yang berlaku sudah pun berlaku tak dapat nak berpatah balik..hanya yang mampu diucapkan ialah saranan untuk bertaubat dgn taubat nasuha, demi memelihara kesucian dan fitrah bayi yang bakal lahir...sungguh saya amat sedih..wallahua'lam...
Assalamualaikum kakchik,
ReplyDeleteSebagai guru sekolah menengah, kak aliya tak terkejut dengan berita-berita itu. Banyak yang dah dilihat dengan mata sendiri.
Malu mungkin lebih terasa bagi orang Kelantan yang terkenal sebagai Negeri Serambi Mekkah di bawah pimpinan Tok Guru. Tapi kak aliya, anak muda di mana-mana pun sama sahaja selagi mereka terlalu ghairah dan mengikut hawa nafsu. Kita selalu tekankan rukun Islam dan rukun Iman pada anak-anak, disuruh hafal dari Tahun Satu bangku sekolah suruh hafal doa-doa, tetapi ramai antara kita juga yang abai untuk mengingatkan anak-anak akan Ihsan.
Wkslm ina.
ReplyDeleteTerima kasih ya atas komen tu. Kakchik tak tau nak ulas dah.
Tukang Cerita,
ReplyDeleteguru-guru lebih tahu permasalahan ini. Tapi kami di Kelantan ni memang amat terasa sekali tambahan kami begitu berusaha mentarbiah mereka.
wkslm azniza.
ReplyDeletepengalaman azniza adalah serupa pengalaman kakak-kakak dan adik kakchik yang juga pegawai perubatan. kawan baik pula sukarelawan di rumah pemulihan akhlak. sedih sayu dgn masalah zina ini.
Wa'alaikummussalam kak aliya.
ReplyDeleteKakchik terasa malu kak sebab seluruh negara mengata-ngata negeri ini terutama memandang buruk kpd kepimpinan Tok Guru. Sedangkan kami begitu berusaha membina masyarakat di sini. Kakchik setuju, memang ramai yang lupa menanam ihsan dalam jiwa anak-anak. Sebab itu vandalisme, hilang rasa hormat kpd yg lebih tua, hilang malu dsbg berlaku dengan meluas.
Assalamualaikum Kak Chik;
ReplyDeleteAja tatau nak cakap ape laie. Tak faham benar, apesal orang sampai boleh buang2 barang kat orang lain. Dahtu pasal sikap segelintir anak2 muda ... harap2 Allah S.W.T akan membimbing mereka kembali kepadanya ...
Wa'alaikummussalam Hajar.
ReplyDeleteMemang tak tau nak kata apa dah Hajar. Pemuda2 ni entah ke mana hilang nilai akhlak mereka.
Semoga mereka kembali ke pangkal jalan dengan nur hidayah dari Allah SWT.