Assalamualaikum dan salam pagi ceria semua!
Semoga hari ni cuaca yang berubah-ubah ni tidak mengurangkan semangat kita untuk menikmati pekerjaan kita masing-masing tak kira di rumah, di pejabat atau di tempat belajar. Janji kita mulakan segalanya dengan niat yang baik dan Basmallah, insyaAllah amal yang baik akan menjadi satu ibadah, untung kan.
Sekarang ni musim orang menunaikan haji, dalam hati ni Tuhan saja yang tahu betapa cemburunya melihat teman-teman yang telah pergi dan bakal pergi menunaikan rukun Islam yang kelima tu. Takpe... kakchik dah tanam azam sebelum umur 40 tahun kakchik mesti berusaha mengumpul duit untuk menyahut seruan haji bersama cik abe. Sekarang ni ialah masa untuk membuat persediaan mental dan fizikal di samping menjelaskan segala hutang piutang yang ada. Semoga Allah panggil kami naik haji secepat mungkin.
Itu cerita cita-cita nak naik haji. Gambar kat atas tu pula ialah cerita kakchik menanam impian untuk ke UAE tahun depan. Bukan saja-saja nak pergi tapi pergi dengan matlamat, pergi untuk bisnes, pergi untuk menambah ilmu dan pengalaman, pergi untuk mencari kekuatan dan keyakinan. Semuanya berkait rapat dengan pakaian, semuanya adalah untuk matlamat kewujudan Abaya Elegan.
Tempat duduk FREE ke Abu Dhabi masih kosong.
Nampaknya kakchik kena booking awal ni, nak perginya antara bulan Mei dan Okt tahun depan. Semoga Allah izinkan demi masa depan perjuangan dakwah kakchik dan bisnes pakaian muslimah. Medan ini iaitu medan pakaian dan fesyen amat dekat di hati wanita, yang kakchik mahu ialah biarlah ia menghala kepada mencari redha Ilahi.
Aja, Aja, Fighting!
jeles la kachik...nak terbang nun jauh..
ReplyDeletekakchik..de ye ke uae?td qis tgk xde..uhuhuh...nk kna tgk skali lg ni...
ReplyDeletexpe, kakchik g dlu, nnt qs menyusul ye..
kak kam, masih berusaha untuk terbang kak. nak pastikan belanjanya mencukupi dulu sebelum pergi. kak kam pun insyaAllah akan ada peluang juga nanti.
ReplyDeletesala kakchik...ha bgus kakchik dah promo kan...pergi la..murah kan tambang tu...cikmin dah dpt alert dari air asia awal..tp x sempat nak publish...
ReplyDeleteqis, ada qis... kakchik baru je tengok kat web AA. actually kena terima kasih kat nurulhuda sebab dia yg share kat blog dia yg AA akan reveal FREE TICKETs hari ni. kakchik pun terus je ke web AA.
ReplyDeleteinsyaAllah kita sama2 ke sana ya qis tak kisah la sapa dulu.
Wa'alaikummussalam CikMin.
ReplyDeleteInsyaAllah nak pergi CikMin. Mai la kita gi sama-sama, CikMin tentu akan dapat special rate hehe.
Best la CikMin cepat je dapat info dr AA. Nak melancong ke mana2 pun senang kan.
Jom kita gi UAE!
BEstnya..
ReplyDeleteBoleh dak nak ikut. Kot muat masuk dalam bagasi k0song Kak Chik. Jeles gak ni. Ina pon tingin gak nak pi. Dok psiko abang bila leh taja semuanya. Hehehe. So far psiko tak berjaya. Huhu.
All the best kak chik. Jauh perjalanan luas pemandangn. SMoga perjuangan kak chik tu akan berjaya. Aminnn..
ReplyDeleteina, kakchik pun guna psiko juga... yang terlebih semangatnya biasalah kan... kita la. dia diamkan aje sambil angguk, senyum atau naikkan kening tu.
ReplyDeletekakchik ucapkan selamat berjaya dgn misi men-psiko cik abang ina. mana tahu tak yah masuk dlm bagasi kakchik tapi jalan sama2 dgn kakchik naik plane hehe.
Terima kasih banyak emy. Itulah juga hajat di hati.
ReplyDeletekak chik. best sgt pegi haji. umrah pon ika dah pegi. alhamdulillah. ika pegi haji 2007 dlu dgn family. rsa rindu sgt2! tak dpt nk gmbarkn perasaan dpt jadi tetamu Allah. rugi xpegi waktu muda-muda ni. xpe. kumpul duit kt tabung haji dlu. t da cukup, boleh pergi dgn keluarga. moga kakchik dimurahkan rezeki. amin~
ReplyDeletesalam kak chik,
ReplyDeleteyan dr tgh malam semalam sampai dh kepetang nie asik xleh nk masuk je..blh tang front page je..pastu timeout..huhuu..ramai kot yg surf maklumlah tiket free...ehehe...
2 thn lepas yan dpt tiket free utk 9 org blk kg beraya...haha..mmg berbaloi2..masa tu byr tax je.
ika/atiq, tahniah ya sebab dah pun bergelar hajjah di usia muda. alangkan bertuahnya. semoga sempurnanya pelaksanaan rukun Islam yang kelima tu telah menjadikan ika hambaNya yang lebih baik. kakchik terharu sungguh kalau dengar org muda dah naik haji.
ReplyDeleteinsyaAllah ika, kakchik pun akan sampai juga untuk menunaikannya.
terima kasih dik.
wkslm yan.
ReplyDeletepelik juga tu, kakchik masuk senang-senang je dah beberapa kali dah hari ni. tengok kat FB ada juga kawan di London yg kata website AA dah jam.
best kan dapat tiket free ni. kakchik pun nak juga.
Salam..a'a la kakchik..baru ja tengahari td buka laman web AA..
ReplyDeletetu pun buka sbb nak baca profile company dia sbb masuk exam kn..tgk2 da tiket free, trus msg mak kat umah suh buka laman web AA
Wah ada tiket free rupanya, baru tau ni. Terima kasih untuk info ni.
ReplyDeleteKilang pernah hantar Iza 2x pi Dubai. Kalau ada rezeki, awal tahun depan pegi lagi, teringin nak lanjut buat umrah tapi takda mahram pulak. Duk fikir macam mana nak buat ni.
Kat sana mmg rambang mata pilih abaya, cantik2nyaaaaa hehe. Semoga usaha business Kak Chik berjaya :)
Wkslm sya_ais. Ambik course apa sampai belajar pasal AA ni? Mesti canggih-canggih ni.
ReplyDeleteBerebut-rebutlah mak sya_ais nanti nak tempah tiket. Web AA dah jam dah.
Sama-sama iza.
ReplyDeleteSeronoknya kalau company hantar ke mana-mana. Kakchik pernah ditawarkan ke Mesir bbrp tahun lalu tapi sebab 9 lelaki 1 pompuan, kakchik tak jadilah pergi.
Best la nanti iza dapat pilih abaya sendiri.
Terima kasih ya.