Jangan terkejut ya. Ini hanya makluman untuk rakyat Kelantan sahaja. Kakchik bukan bias ya tapi sekadar berkongsi berita baik dengan rakan-rakan senegeri. Kakchik dapat maklumat ni dari rakan yang bekerja dengan Kerajaan Negeri. Semalam lagi kakchik baca dia letak makluman ni kat facebook dia tapi sebab sakit kepala dan demam kakchik langsung terlupa nak kongsikan di sini.
Gembiralah sekalian orang di negeri ni sebab hari Ahad nanti boleh bercuti. Ini semua rezeki yang Allah izinkan hasil kejayaan pasukan bolasepak Kelantan melayakkan diri ke Final Piala Malaysia 2009. Maklumlah dah kegersangan 39 tahun, hehe. Kakchik tumpang gembira je. Orang bagi cuti, kita terima ajelah. Kecil tapak tangan nyiru kakchik tadahkan. Betul tak? Terima kasih Kerajaan Negeri Kelantan kerana menghadiahkan kami cuti tersebut.
Dalam cuaca sekarang yang selalu hujan ni terasa suka benar kalau dapat duduk di rumah. Kalau boleh nak cuti memanjang tapi mana boleh kan. Amanah orang kenalah juga kita laksanakan. Nanti makan gaji buta pulak. Mana nak berkat hidup kalau makan gaji buta. Makan dari hasil duit yang haram ni memang hidup tak senang dunia akhirat. Isyk, tak mahulah kakchik.
Nak mandi dululah. Rasanya badan pun dah sihat, bolehlah mandi. Tak lama lagi Maghrib, boleh solat awal waktu. Wassalam.
Kak Chik: salam.. al-fateh banyak tanye orang pasal projek baru kt Kota Bharu untuk tatapan dan makluman orang kelantan dan luar umumnya.. terima kasih.. sekadar berkongsi kegembiraan sebagai orang kelantan dek kerna mengecapi pembangunan syumul..
ReplyDeletepasal cuti.. al-fateh ingin berterima kasih kpada tuan guru nik aziz atas keprihatinan beliau kepada pembangunan sukan di kelantan
sangat jeles!!!!!
ReplyDelete:)
wkslm al-Fateh.
ReplyDeletekakchik berterima kasih sangat sebab ada orang yang rajin macam al-Fateh membuat kajian dan tulis pasal negeri kesayangan kita ni. semoga ramai orang akan mendapat manfaat daripadanya.
kita sama-sama terima kasih kat tok guru la kan.
nurul, janganlah jeles... bertenang ya. heheh.
ReplyDeletewah kakchik..bestnye cuti2 kelantan ahad ni..
ReplyDeletedgr crite rombongan bola dr n9 akan konvoi beramai2...smoga kedua2 pasukan dpt bermain dgn baik...qis xtau nk sokong sape...nk sokong selangor la..hehehe
k.chik erin pon suka cuti..hehehe
ReplyDeletetp erin akan bgaduh-gduh manja di depan tv ngan mr jep.
so erin memilih n9 hehehe lariiiiiiiii...
wah bestnya kelantan cuti...
ReplyDeleteqis, syukur qis... rezeki kami.
ReplyDeletepenyokong Kelantan pun katanya menyediakan bbrp buah bas untuk ke bukit jalil.
gamatlah stadium dgn dua loghat daerah yg sungguh unik.
kakchik pun harap semuanya berjalan lancar.
erin, huhu penyokong N9 ya. no problem... masing-masing ada preference kan. kakchik tak sokong mana-mana, hehehe, sokong cik abe je.
ReplyDeleteyan, memang best yan tambah-tambah dlm cuaca hujan ni.
ReplyDelete