Followers

2.11.09

Seloka Tutup Aurat

BISMILLAH

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk serkap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian moden memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat baju pun ketat,
Boleh nampak perut berlipat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka aku,
Harap dapat menghibur sekelian kamu,
Aku pesan juga pada diriku,
Janganlah hangpa salah paham maksudku.....


Nota KakChik: 
Seloka ni disalin dari blog NORT tapi dah tak ingat apa URLnya sebab terjumpa secara tak sengaja. Kakchik tidak berniat untuk memalukan sesiapa tapi anggaplah ini peringatan untuk kita semua. Buatlah perubahan demi diri kita di hadapan Allah nanti. Lama mana hayat kita di dunia ini kita pun tidak tahu. Moga-moga kurang satu dosa kita bila kita dipanggil menghadap-Nya nanti.

13 comments:

  1. Subahanallah....

    Budak tu sengaja nak main-main . Bila dah masuk dlm internet, jadi kecoh pulak. Anak2 sekarang kurang matang berfikir. Suka ikut-ikut benda2 negatif je.

    ReplyDelete
  2. benarlah kata Nabi kita
    wanita akhir zaman berpakaian tetapi te******g...

    ReplyDelete
  3. adooiii...sekarang nieh dah banyak opsyen nak pakai macam tu! Sha sendiri selalu pakai dress tp pastikan pakai boots yang panjang tuh..supaya tak nampak sangat bentuk kaki! berfesyen jugak

    Skirt pon sha pakai jugak...tp baju tuh labuh la...pakai lengan sikit..

    dia rasa dia berfesyen tp sebenarnya dah nampak macam fesyen disaster nieh! gambo siap keluar internet!

    * orang akan jadi kurang respect pada kebolehan wanita bertudung kalau tgk gambo nieh...

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas peringatan tu kakchik...
    manusia ni mudah lupa kena saling mengingatkn..

    ReplyDelete
  5. Kak Tie - Allahu'alam apa niat dia berpakaian begitu tapi kelihatannya dia tidak terasa malu pun.

    ReplyDelete
  6. Kak Kam - itu sebahagian tanda-tanda dunia akan Kiamat

    ReplyDelete
  7. sha - berfesyen tak jadi masalah asalkan menepati syarat-syarat pakaian menutup aurat. masalahnya ramai yang ingat tutup aurat tu tutup rambut. gambar ni dah lama ada di internet sha. kakchik google 'tak tutup aurat' terus jumpa

    ReplyDelete
  8. qis - sama2. peringatan untuk kita semua. kaum Hawa yang dekat dengan soal-soal kecantikan dan pakaian ialah satu keperluan yang amat dititik beratkan. semoga diambil pengajaran dan dibuat perubahan yang sepatutnya.

    ReplyDelete
  9. salam kak chik..best ek baca seloka ni..
    semuga kak chik cepat sembuh..

    harap-harap bila habis main bola nanti jangan gaduh-gaduh ek..takut jugak ni..sebab buat kat kl

    ReplyDelete
  10. wkslm kak ina.
    t.kasih kak doakan kakchik cpt sihat. rasanya demam dah kurang tadi tapi tak tahulah malam ni macamana sebab dah terkena hujan lagi.
    kakchik pun harap penonton dan pemain tu akan berhemah semuanya. org kata bola ni peminat Kelantan agak emosi, harap2nya kali ni diorang lebih matang.

    ReplyDelete
  11. salam kakchik,

    mengucap yan tgk gmbr budak tu..ish, x malu sungguh buat macam nie, memalukan agama dan bangsa sendiri.

    terima kasih jugak atas perkongsian seloka yg indah ini. mohon yan nk kopi pes yea..nk simpan dlm lappy..

    ReplyDelete
  12. Suka hati akula nak pakai apa...

    http://syurgadidunia.blogspot.com/2008/12/suka-hati-akula-nak-pakai-apa.html

    ReplyDelete
  13. Terimakasih KakChik atas sokongan, ilmu itu untuk dikongsi, buat kebaikan semua manusia, insyaallah.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs