Followers

30.5.11

Jauh Perjalanan Luas Pandangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Salam rindu untuk suami tersayang, semoga tenang-tenang selalu. Alhamdulillah hari ni dapat lagi kakchik mencatatkan sesuatu di lembaran tanpa nyawa ni, menulis dari bumi Subang Permai, Shah Alam bukan dari Pulau Melaka, Kota Bharu. Ya, kakchik sekarang berada 475km jauhnya dari cik abe dan kini menumpang berteduh di rumah abang kedua.

Semalam perjalanan kami dari kampung bermula jam 10.00 pagi dan sepanjang perjalanan kami singgah di beberapa tempat untuk solat dan rehat. Semasa di singgahan pertama, selepas makan dan solat jamak, kami ternampak ada sebuah kereta yang baru kemalangan. Mungkin terjatuh ke dalam parit kerana bumper depannya tercabut dan banyak terdapat rumput basah melekat di bonet depan kereta. 

Mashaallah... sebuah keluarga Cina yang menjadi mangsa kemalangan. Kakchik nampak ada seorang wanita warga emas yang cedera di dalam kereta manakala seorang perempuan muda kelihatan memegang lengannya yang mungkin patah. Dua orang lelaki Cina kelihatan kalut ke sana ke mari, mungkin suami kepada kedua-dua orang wanita yang tercedera. Apa yang menarik perhatian kakchik ialah keramahan orang awam dan para pekerja sebuah stesyen minyak yang telah sama-sama membantu mangsa-mangsa kemalangan itu. Syukur alhamdulillah bayi wanita muda itu selamat.

Malang memang tidak berbau. Kemalangan boleh berlaku di mana-mana saja dan tidak semestinya dengan kenderaan lain. Sendirian pun boleh kemalangan sebagaimana keluarga Cina tersebut. Allahu Akbar. Kakchik terasa amat bertuah kerana Allah menjaga keselamatan kami di sepanjang perjalanan. Datang ke tempat yang tidak biasa sudah pastilah ada sedikit kepayahan, misalnya tidak jumpa jalan yang betul untuk ke destinasi. Alhamdulillah kerana adanya papan tanda yang benyak dan besar serta teknologi telefon maka masalah itu mudah diatasi.

Syukur juga sebab di sepanjang perjalanan kakchik tidak tidur maka dapatlah kakchik melihat keindahan dan keagungan ciptaan Allah terutama semasa melalui lebuhraya di antara Gua Musang dan Bentong. Bukit-bukau, sungai, ladang kelapa sawit dan getah serta hutan-rimba memukau pandangan. Betullah kata senikata sebuah nasyid, "berjalan bermusafirlah, melihat keagungan Allah". Betapa besar dan luasnya bumi Allah ini. Kalau Allah tak izin, kita tidak mungkin dapat membelah bukit membuat jalan dan tidak mungkin perjalanan dari Kelantan ke Selangor boleh sampai dalam masa sehari saja.

Allahu Akbar.

4 comments:

  1. salam kak chik.. dekat sangat dengan rumah saya subang permai tu.. kak chik lama ke di sini? :)

    ReplyDelete
  2. salam kakcik. Semuga telah selamat sampai ke tempat yang dituju.

    ReplyDelete
  3. wkslm OneSimpleMother. Maafkan kakchik sebab hari ni baru dapat balas komen. Kakchik dah nak ke Bandar Shah Alam hari ni dan tak akan menumpang di rumah di abang di Subang Permai lagi. Tapi kakchik akan berada di sini hingga 5hb.

    ReplyDelete
  4. wkslm kakpah. terima kasih kak. insyaallah selamat.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs