Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Selamat Hari Ibu untuk Ummi dan Mak (Mertua) yang disayangi.Semoga kedua-duanya sentiasa dilindungi Allah SWT dan dikurniakan kesihatan yang baik setiap masa. Amin.
Hari ni kakchik tak sempat nak mengarang jadi kakchik kongsikan artikel dari BH untuk tatapan kita semua. Artikel ini sangat berkaitan dengan kita terutama orang macam kakchik yang setiap hari menggunakan Internet, blog dan facebook. Jemput baca.
Nota: Kakchik bold dan highlight mana-mana point yang dirasakan penting dan berkaitan.
------------------------------------------
PADA zaman serba moden sekarang, tanpa telefon bimbit dan komputer riba, hidup bagaikan tidak sempurna. Malah tiada hari yang berlalu, tanpa menghantar atau menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) dan hari-hari yang dilalui tanpa menjengok laman sosial Facebook, pula bagaikan tidak lengkap.
Apabila tertinggal telefon bimbit di rumah, hidup bagaikan ‘terputus’ nyawa sepanjang hari di pejabat – resah dan gelisah. Pendeknya, hidup zaman sekarang diibaratkan tidak sempurna, tidak lengkap dan tidak keruan, apabila semua gajet itu ‘lenyap’ tanpa disentuh dalam kehidupan seharian.
Pelajar sekolah rendah kini juga memiliki telefon bimbit dan sebahagiannya mempunyai akaun Facebook, Twitter, Foursquare dan LinkedIn. Jangan tanyalah pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) awam atau swasta, tanpa telefon bimbit sudah dianggap terlalu jahil dan ketinggalan zaman apatah lagi jika tanpa akaun laman sosial, kerana inilah dunia mereka.
Zaman bapa dan nenek mereka sudah berlalu iaitu zaman menggunakan mesin taip, pejabat pos, telefon biasa dan surat menyurat. Mesin taip jika masih ada, tiada siapa boleh memperbaikinya lagi kecuali tuan punya. Tidak keterlaluan dikatakan sesetengah pelajar terbabit menggunakan wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk membeli telefon bimbit termasuk telefon pintar seperti ‘BlackBerry’ dan IPhone 4.
“Anak saya yang baru masuk tahun dua di UiTM (Universiti Teknologi MARA), merayu dibelikan set ‘BlackBerry’. Sudahlah mahal, saya pula kena beli tambah nilai setiap minggu. Suatu hari, anak saya SMS kata kawan dia dapat hadiah hari jadi ‘IPhone 4’ daripada ayahnya.
“Saya tak balas SMS itu dan saya tahu, anak saya secara tidak langsung mahu dibelikan pula ‘IPhone 4’. Jika saya manjakan anak sangat, nanti bila keluar IPhone 5, pasti dia nak juga. Saya pun pening kepala dengan kerenah remaja sekarang,” rungut seorang ayah yang bertugas sebagai pegawai kanan kerajaan.
Apa yang diluahkan pegawai terbabit, bukan perkara luar biasa dan pasti banyak lagi ayah di luar sana berdepan kerenah anak yang sama seperti itu.
Bayangkan 20 atau 30 tahun lalu, semua gajet itu tidak ada tetapi kehidupan sama saja. Budaya surat menyurat antara ayah dan anak bagaikan sudah ditelan zaman dan diganti dengan SMS atau laman Facebook sebagai saluran untuk memberitahu di mana anak dan apa yang dilakukan.
Disebabkan Facebook juga, pelbagai persepsi akan timbul. Rakan yang pendiam, rupanya celupar; rakan yang celupar, rupanya beriman; rakan yang suka membebel rupanya rasional bila berbicara sesuatu; rakan yang nampak sombong, rupanya suka kepada kehidupan ‘low profile’, rakan yang pendiam, rupanya sombong dan suka menunjuk-nunjuk. Itulah antara dunia realiti dan alam maya yang boleh mengubah persepsi terhadap seseorang melalui alam maya. Benar Facebook boleh menyatukan kawan lama yang terpisah tetapi Facebook juga menonjolkan seseorang dari pelbagai aspek – kadangkala boleh mempengaruhi anda untuk menyukai atau membenci orang itu.
Budaya Facebook juga boleh memberi kesan negatif jika disalahgunakan.
Misalnya, hubungan cinta dan perniagaan yang dijalin melalui Facebook menyebabkan seorang akauntan dari Kota Kinabalu, kehilangan lebih RM1 juta kerana ditipu rakan kongsi yang tidak pernah ditemuinya.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, berkata penipuan menerusi laman sosial membabitkan warga asing terus berleluasa dan tahun lalu saja, sebanyak 1,201 kes jenayah dilaporkan berlaku, membabitkan kerugian berjumlah RM20.8 juta dan mengingatkan orang ramai sentiasa berhati-hati ketika melayari Facebook kerana laman itu kini menjadi tumpuan utama penjenayah mencari mangsa.
Facebook juga memainkan peranan penting dalam membantu kebangkitan rakyat dan revolusi yang seterusnya menjatuhkan beberapa regim kuku besi seperti Tunisia dan Mesir, atau sekurang-kurangnya menyebabkan negara menjadi kacau-bilau seperti di Libya, Yaman dan Syria.
Di Jeddah, Facebook turut dikenal pasti antara faktor yang menyebabkan rumah tangga pasangan di negara Arab menjadi berantakan terutama apabila suami mula menjalinkan hubungan dengan rakan berlainan jantina yang lazimnya di luar pengetahuan isteri mereka. Malah, isteri juga terpaksa melarang suami menambah bilangan wanita dalam senarai rakan mereka.
Akhbar Arabnews baru-baru ini melaporkan sesetengah isteri mengetahui yang suami mereka berlaku curang dan menipu mengenai status masing-masing yang lazimnya menyebabkan mereka melarang suami mempunyai akaun Facebook. Ada isteri yang membuat akaun palsu dan menjadikan suami sebagai rakan bagi membolehkan mereka mengintip pasangan mereka.
Sekarang, seseorang boleh melayari internet dari mana-mana saja, kerana telefon pintar berfungsi seperti juga kepintaran teknologi. Dengan kira-kira 100 juta telefon pintar kini dijual di Asia Pasifik dan dijangka meningkat sekali ganda dalam lima tahun lagi, ia adalah pasaran terbesar bagi peralatan mudah alih moden, di dunia ini.
Di Malaysia, rakyat kita menggunakan pelbagai tapak rangkaian sosial dengan begitu bersemangat. Mengikut satu kaji selidik oleh firma penyelidikan global TNS pada November lalu, penduduk Malaysia adalah paling sosial di internet dengan purata 233 rakan dalam rangkaian mereka berbanding 68 di China dan hanya 29 di Jepun.
kakcik, suka la baca artikel BH ni..saya share kt fb tau
ReplyDeletesilakan CikPutih
ReplyDeletesaya dah lama limitkan kwn2 dlm FB,skrg dah sminggu deactive, betulnya rkyat msia sosial di internet, dah cuba tinjau fb kawan...frenlist mereka purata 300-400
ReplyDeleteada sorang kawan 'terkena', si lelaki sbenarnya create dua profile FB..satu utk status single, satu lagi private sbgai husband anak satu. mereka sempat bercinta setahun sebelum terbongkar rahsia si lelaki hampeh itu
Cik Sizu, bagus juga buat macam tu. Kalau Cik Sizu masih seorang pelajar, membataskannya adalah lebih baik kerana keseronokan di laman sosial ni boleh menggangu konsentrasi belajar.
ReplyDeleteBahaya sungguh penangan fb ni kalau tidak mengawal penggunaan dan perhubungan di dalamnya mengikut landasan Islam. Sebab itu ramai yang jadi mangsa spt kawan Cik Sizu tu. Di dalam Fb tu sesiapa saja boleh menjadi sesiapa saja yang dia ciptakan watak2nya. Kalau kita berjaya jumpa yg jujur, alhamdulillah.