Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Sebentar lagi waktu Maghrib akan masuk, tentu masing-masing sudah siap makan malam atau sedang bersedia untuk makan malam selepas solat Maghrib nanti. Kami berdua sudah selesai makan sebentar tadi. Sementara menantikan azan Maghrib ni kakchik nak kongsikan menu kami hari ni.
Hidangan ringkas. Telur Goreng Kicap, Ayam Halia, Tembikai dan Mentimun. |
Bila penat balik kerja ni kakchik masak yang ringkas saja. Cepat disediakan dan cepat dihidang. Insyaallah sempatlah kami makan sebelum Maghrib. Lagipun kalau masak yang berat-berat bukannya cik abe suka sangat makan.
Selamat menjamu selera ya kawan-kawan semua. Lepas ni kita solat Maghrib, mengaji Qur'an dan taalim sikit.
Assalamualaikum Kakchik.. Apa khabar? Nur pun suka lauk yg simple2. Rajin Kakchik memasak untuk suami tercinta.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Nur. Alhamdulillah, kakchik sihat2 saja. Nur pun harap2nya sihat juga.
ReplyDeleteKakchik masak yg cepat dan ringkas saja Nur sebab keletihan. Asal suami makan dgn berselera, alhamdulillah.