Followers

25.5.11

Muslimah Anggun Mutiara Keluarga

Assalamualaikum.

Insyaallah jika tiada aral melintang, esok kakchik akan membuka gerai sempena program di atas. Kalau tak silap kakchik program ini hanya dibuka kepada ahli Kelab Muslimat PMBK (Cempaka) dan tiket-tiket turut dijual kepada kakitangan kerajaan. 

Programnya cuma dari jam 2.00 petang hingga 5.30 petang saja tapi hari ni pun kakchik sudah agak penat membuat persiapan. Siang tadi sibuk dengan mesyuarat di Zahra' dan lepas kerja terus ke KTC untuk serahkan hadiah sponsor untuk cabutan bertuah.

Kebetulan masa kakchik sampai tu rehearsal pertunjukan fesyen sedang dijalankan. Sempatlah sebentar kakchik tengok model-model catwalk di atas pentas. Nampak eksklusif sekali penganjuran majlis ni. Penceramah jemputan adalah orang yang agak tersohor iaitu Dr. Robiah K. Hamzah yang banyak menulis buku-buku tentang psikologi rumahtangga dan remaja.

Malam ni tak sempat nak berlama-lama di facebook kerana ada banyak kerja nak dibuat sebelum berehat malam ini. Esok pagi nak uruskan penghantaran bungkusan abaya dan buku kemudian terus ke KTC untuk setup gerai jualan. Moga-moga Allah murahkan rezeki kakchik. Amin.

4 comments:

  1. kak chik best nyer :X kalau ler kite dekat .. boleh merajinkan diri :(

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum

    moga kak chik dlm keadaan sihat dn bahgia selalu

    good luck utk gerai jualannya nnt:-)
    mcm seronok program yg bkl dianjurkn trsebut:-)

    ReplyDelete
  3. syikin, best memang best tapi nak masuk kena beli tiket sebab program tertutup. kakchik cuma dok di lobi je dekat gerai jualan.

    ReplyDelete
  4. wa'alaikummussalam qaseh. alhamdulillah.. kakchik sihat-sihat saja. terima kasih ya. jualan hari ni ok saja.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs