Followers

24.5.11

Status Halal Kembali Menjadi Isu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni pagi-pagi buka akhbar dah ternampak berita tentang isu halal. Dalam minggu ni sudah 3 kes kalau tak silap kakchik tentang status halal beberapa syarikat yang terkenal. Mula-mula pasal syarikat Railway Kopitian di Kluang, lepas tu pasal Secret Recepi, kemudian tentang bebola daging di IKEA. Hari ni ada lagi berita baru dan kali ni berkenaan status halal tepung masakan pula.

Cuba baca,

DNA Babi Dalam Tepung Kek Jenama Terkenal

Oleh HAIRULAZIM MAHMUD

PETALING JAYA: Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia mendedahkan penemuan mengejutkan iaitu asid deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam bahan ramuan Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang digunakan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd.

Lebih memeranjatkan, blog Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), http://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com turut mendakwa bahawa bahan-bahan berkenaan kini dikatakan digunakan oleh rangkaian kedai pembuat kek terkenal dalam produk mereka yang sebahagian besar pelanggan adalah masyarakat Islam.

Laman web www.halal.gov.my milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebut, mesyuarat yang diadakan pada 12 Mei lalu memutuskan permohonan Puratos Malaysia Sdn Bhd adalah tidak berjaya berikutan penemuan DNA babi berkenaan.

Jakim turut menyenaraikan bahan makanan itu digunakan rangkaian kedai kek berkenaan.

"Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Puratos Malaysia Sdn. Bhd. dikehendaki menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf dan mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf.

"Selain itu, mereka perlu melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri," menurut laman web itu, Isnin.

Khamis lalu, tiga pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Majistret di Kluang atas dua tuduhan menjual kopi mengandungi DNA babi di kedai minuman, Kluang Rail Coffee tanpa meletakkan pernyataan kewujudannya pada label pembungkusan kopi itu.

Ketiga-tiga pengarah syarikat Rail Passion Sdn. Bhd. (Rail Passion) tersebut iaitu Lim Jit Chiang, 37, dan abangnya, Lim Jit Tong, 42, serta sepupu mereka, Lim Jit Chen, 58, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan.

Syarikat pengilang Cheng Hiong Coffee Powder Trading pula menghadapi tuduhan menyedia dan membungkus kopi campuran dalam bungkusan yang belum dibuka dan tidak berlabel untuk jualan kepada syarikat Rail Passion.

Entah siapa yang perlu disalahkan. Sebab itulah orang Islam digalakkan menyediakan sendiri makanan dan mendapatkan bahan-bahan yang semulajadi. Masalahnya ada bahan-bahan makanan prose yang diperlukan terpaksa juga kita beli. Bila bisnes makanan dan minuman dikuasai bukan Islam, isu halal-haram memanglah mereka kurang beratkan.

Tabiat orang Melay-Islam pula masih ramai yang mengambil mudah dalam hal ni. Asal ada cop Halal, beli sajalah. Kadang tu kandungan makanan yang dicop di paket pun kita jarang ambil pusing. Harap-harap kita semua lebih berhati-hati bila membeli dan pihak Kerajaan juga lebih ketat penguatkuasaannya.

3 comments:

  1. bukan la kak
    bahan yg buat tu ade benda tu
    bukan SR yg tak halal
    tpi brownies secret resepi keluaran company Purato yg ade pakai benda tu.
    ni salah konsep ni.
    ayu de buat enrty pasal ni dlm blog.
    org pun mudah sgt jump to conclusion
    pasal IKEA ni
    tahun2 sudah kan mmg diaorg pernh buat samak..
    siap masuk tv lagi.
    motipnya,rajin2 la masak sendiri.
    klu nak mkn kek sgt,buat sendiri jer...

    ReplyDelete
  2. salam ayu. kakchik tahu tu sebab tu kakchik tak sebut SR tu haram, hanya menyatakan apa yg sedang diperkatakan orang ramai saja. kakchik pun dah dapat berita dr JAKIM yang SR ni halal tapi itulah isu halal-haram ni akan selalu keluar jika penguatkuasaan tidak mengeluarkan penyataan yg jelas kpd orang awam. mgkn elok JAKIM keluarkan senarai semua syarikat pengeluar makanan yang terkenal yang dapat status halal di dlm akhbar. barulah lega seluruh negara.

    ReplyDelete
  3. Berikut adalah ulasan saya untuk dikongsi :

    http://cucurkembung.blogspot.com/2011/05/tiada-maaf-bagimu.html

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails