Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
Alhamdulillah sebelum kakchik bertolak ke KL pagi ni dapatlah juga kakchik catatkan sesuatu di sini. Insyaallah sebentar lagi kami berlima (ummi, kakak, abg ipar, anak sedara dan kakchik) akan memulakan perjalanan kami ke KL. Tolong doakan agar perjalanan kami selamat hingga sampai ke destinasi. Banya urusan kami di sana nanti.
Malam tadi kakchik tidur awal dan syukur sangat sebab hari ni bangkit dari tidur dalam keadaan yang segar. Alhamdulillah. Barulah kakchik sambung mengemas beg pakaian. Kalau nak ikutkan malam tadi memang takde mood langsung kerana keletihan mental dan fizikal.
Hati ni berat nak berpisah dengan cik abe tapi kakchik tahu perpisahan ini cuma sementara, insyaallah lepas seminggu kami akan bertemu semula. Moga-moga Allah izinkan kami bertemu kembali. Meninggalkan rumah demi amanah yang lebih besar, mohon cik abe dan Allah redha.
Hingga ketemu lagi, mohon maaf dari kalian semua. Insyaallah jika tiada aral, kita bertemu di KL. Wassalam.
semoga kak chik selamat pergi dan balik :)...... :( tp takda rejeki nak jumpa kat gathering...
ReplyDeleteterima kasih banyak syikin. tak mengapa. insyaallah nanti akan ada peluang utk kita jumpa di mana-mana.
ReplyDelete