Followers

26.5.11

Kenapa kakchik tak suka jubah lycra dan tudung lycra?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Malam Jumaat, alhamdulillah... datang lagi. Sekarang ni secara fizikalnya kakchik amat letih. Terasa mahu saja membaringkan diri dan melelapkan mata. Tapi belum bolehlah sebab kenalah terlebih dahulu selesaikan beberapa keperluan suami. Lagipun otak kakchik sedang meminta-minta mahukan kakchik menulis berkenaan soalan di atas tu.

Sumber: RSFG - pakar jubah dari kain 'stretchable'.

Kebetulan pula seorang sahabat turut menyuarakan rasa tidak sukanya kepada perkara yang sama maka kakchik rasa makin teruja untuk menulis. Bab pakaian ni memang tak pernah puas menulis mengenainya kerana ia berkaiatan secara terus dengan bab aurat.

Kenapa kakchik tak suka jubah lycra dan tudung lycra?

Petang tadi masa sibuk berkemas untuk balik dari gerai jualan sempena program Muslimah Anggun Mutiara Keluarga, ada seorang kenalan menyarankan agar kakchik menjual abaya Dubai yang dibuat dari kain lycra. Katanya kat Dubai sekarang ni memang lycra menjadi trend. Ha'ah, kakchik pun tahu sebab pembekal-pembekal abaya kakchik ada juga menghantar gambar-gambar abaya lycra ni.

Kakchik jawablah kakchik tak minat nak jual atau nak simpan stok abaya yang sedemikian. Sebab utama ialah ia bertentangan dengan polisi dan prinsip perniagaan kakchik (dan rakan kongsi) iaitu kami hanya menjual apa yang kami suka pakai dan mungkin akan sanggup pakai di khalayak ramai. 

Dari dulu lagi kakchik memang tak berkenan dengan kain lycra ni. Sejak negara dilanda wabak tudung segera yang majoritinya dihasilkan dari kain lycra atau campuran kain kapas yang boleh dilihat di mana-mana saja, hati kakchik tak pernah setuju atau suka. Ini 'personal preference' ya bukan berkait dengan hukum agama ke apa.

Sumber: Flickr

Faktor yang buat kakchik tak setuju atau suka kain lycra ialah:
  • melekat di badan - alau tudung itu singkat atau labuh, tetap boleh nampak bentuk payu dara. Dah tahu nampak, beli juga, pakai juga. Seolah-olah secara sengaja menampakkan aurat kerana nampak bentuk badan yang sepatutnya disorokkan. Kakchik yakin sesiapa saja yang pakai tudung jenis kain lycra, bila berdiri depan cermin, mata tidak menipu anda. Boleh nampak kan besar atau kecil? 
  • muslimah jadi lalai dari konsep sebenar menutup aurat - semuanya nak mudah, nak cepat jadi pakailah tudung segera. Inilah perang saraf secara halus yang dimainkan syaitan. Jadi kita pun pilih tudung segera yang boleh didapati di pasaran secara mudah. Secara tak langsung, sikit demi sikit pemakainya lalai yang walaupun bertudung, aurat masih nampak, jadilah satu kerja yang sia-sia.
  • memalukan - Sebagai contohnya baru-baru ni kakchik menghadiri satu ceramah yang disampaikan oleh seorang penceramah wanita yang terkenal. Isi ceramahnya amatlah bagus tapi maafkan kakchik kerana terasa malu memandangnya kerana setiap kali dia berjalan bajunya yang besar berwarna polos dari kain lycra melekat di punggungnya lantas terus menampakkan bentuk pakaian dalamnya. Malu. Kalau kakchik, setiap kali memakai pakaian, beberapa kali kakchik berpusing depan cermin untuk pastikan pakaian itu tidak lekat di badan. Kadang-kadang minta suami jadi pemeriksa, semata-mata nak ambil langkah awal agar tidak memakai baju yang melekat. Jika ditiup angin tu cerita lain.

Jubah ialah pakaian yang berfungsi untuk menutup dan menjaga aurat seorang muslimah. Kriterianya ialah longgar, labuh, tidak jarang, tidak menampakkan bentuk badan. Tapi sayangnya hari ni fungsi jubah sudah diselewengkan. Jubah Moden, itulah istilah yang diguna oleh dunia fesyen untuk menarik minat muslimah kepada jubah yang potongannya mengikut bentuk badan.

Bukankah kita pakai jubah untuk menghalang mata-mata asing dari melihat bentuk badan kita? Kenapa kita boleh pergi pilih, beli dan pakai jubah-jubah yang macam contoh gambar di atas tu? Dipanggil pula pakaian yang 'telanjang' sebegitu sebagai Fesyen Muslimah. Mashaallah... pening sungguh. Habis keliru sebahagian kaum wanita dan pakailah mereka jubah muslimah yang seperti di atas tu. 

*Istighfar dan geleng kepala.*

Hati-hatilah kita bila memakaikan sehelai pakaian ke badan kita. Kakchik yakin kebanyakan kita mempunyai cermin tilik yang cukup besar di rumah tu untuk bercermin setiap hari. Cubalah ingat setiap kali menghadap cermin, tengoklah pakaian di badan tu. Kalau segalanya sudah bertutup, ok. Cek pula potongannya, ketat atau longgar? Nampak bentuk badan tak? Kalau nak kira baju kurung tu potongnya sudah boleh menyorokkan bentuk badan kita tapi zaman sekarang ni ada Baju Kurung Moden Lebih kurang saja dengan Jubah Moden.

Asal ada je perkataan Moden tu banyaklah yang tak kena pada pakaian kita.

Semak betul-betul sebelum kaki melangkah keluar dari rumah. Jangan sampai yang menjadi pengiring kita ialah Syaitan laknatullah. Nau'zubillah. 

* tudung lycra kakchik pun ada, buat anak tudung pakai untuk solat.

14 comments:

  1. Aslmkm kak...cukup setuju..mmg tak selesa tgk wanita pakai jubah moden, shape sana sini..kata dah tutup, tp bkn tutup, cuma bungkus kan..na'uzubillah..

    ReplyDelete
  2. Wkslm Anna. Entahlah Anna, makin dunia moden sepatutnya wanita makin cerdik dan bijaksana tapi masih juga kalah dengan nafsu dan bisikan syaitan. Seba itulah agaknya mereka masih juga pakai pakaian yg nampak body shape dgn jelas ni.

    ReplyDelete
  3. Sangat setuju dan terima kasih sebab kak chik tulis hal ini. Saya pun dah lama nak tulis tapi tak tertulis tulis. Syukran kak chik! :)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Solehah. Moga-moga ramai yang membaca dan berfikir ke arah yang positif dan mengubah pakaian kepada lebih baik. Sama-sama ya.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum kak chik,
    akak setuju sangat apa yg chik tulis.tapi pemandangan wanita muslim di tempat akak ni kebanyakkannya begitulah.

    ReplyDelete
  6. wa'alaikummussalam ummuamin. terima kasih kak. chik harap dalam ramai-ramai yang membaca tulisan ni akan ada yang terbuka pintu hatinya kak.

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum kak chik,
    saya ingin bertanya, tudung jenis apakah yang paling sesuai n selesa dipakai? kalau dulu saya pakai tudung bawal, tapi tudung bawal sekarang ni makin lama makin nipis kainnya.dulu ada juga yang jenis tebal. tudung segera tu pula kalau berpeluh nampak kesan2 air. untuk pengetahuan kak chik, saya masih dalam proses untuk menutup aurat secara sempurna. jadi masih tercari-cari pakaian dan tudung yang betul-betul sesuai. wallahualam

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum..
    saya nak minta share artikel ni,boleh? sebagai panduan untuk saya dan rakan2 saya yang lain... tq ;)

    ReplyDelete
  9. Bismillahirrohmaanirrohim .....ana pun ad tudung labuh lycra ,lau ana pakai tk lah jgak ketara sgt sbb kbtulan ana org nya kcik jdi alhamdulillah suami pun ok je :-) asif nie pda ana ye akak :-)
    Wallahu'alam

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum kak,nak tanye kalo2 kakchik tau kain cotton rayon tu sama mcm kain lcyra jugak ke?

    ReplyDelete
  11. Salam,
    Kalau kain lycra murah memang melekat. Tapi kalau yang gred AA tak der masalah. Lagi satu cutting pun kena ambil kira jugak. kalau cutting ikut bentuk badan, pakai kain apa pun sama jugak.

    ReplyDelete
  12. kain lycra korea ok kot.. just utk kanak2.. spt jubah & tudung..

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs