Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Lebih kurang sejam yang lalu kakchik ternampak seekor ular sedang berjemur di atas almari buruk yang diletakkan di luar rumah kakchik. Dari meja study bila kakchik angkat pandangan ke luar tingkap memang akan terus nampak ular itu kerana jarak almari tu dengan meja kakchik hanya dipisahkan oleh sebuah dinding bertingkap sahaja. Amat dekat.
Sang Ular sedang memandang kakchik. |
Oleh kerana ia diam saja, kakchik mengambil kesempatan untuk mengambil gambarnya kerana nak melihat apakah jenis ular itu dari warna kulitnya dan gerak-gerinya. Kakchik memang suka tengok apa juga jenis haiwan yang muncul di sekitar rumah kakchik. Burung, tupai dan biawak adalah antara yang biasa ada. Tapi ular, inilah kali pertama.
Zoom 7x. Cantik kan ular ni? |
Banyak gambarnya kakchik ambil sambil dalam hati asyik memuji kecantikan kulitnya. Memang cantik sekali. Kalau dibuat beg atau kasut memang sangat cantik tapi bukanlah itu niat kakchik. Subhanallah, Allah buat seekor binatang yang berbisa, berbahaya yang sepatutnya ditakuti manusia tapi ada juga manusia yang menggunakan kulit haiwan ini untuk mencari keuntungan.
Lihat dari balik tingkap. |
Semasa asyik mengambil gambar kakchik baru tersedar yang kedudukan ular itu adalah di tempat yang membahayakan ahli keluarga kakchik. Laluan tepi rumah ini menuju ke pintu belakang yang merupakan laluan ayah ke masjid setiap waktu dan adik pergi dan pulang dari mengajar di sekolahnya. Tambahan pula setiap petang anak-anak saudara kakchik memang suka bermain kejar-kejar di laluan itu.
Kepalanya naik dan bergerak-gerak. |
Kakchik terus lari ke dapur ummi dan tunjukkan gambar ular itu kat ummi nak pastikan sama ada ianya membahayakan atau tidak. Bila ummi kata bahaya, kakchik dah tak sabar nak tunggu ayah balik dari masjid nak minta ayah halau ular tu dari situ. Bila ayah cuba halau, ular pastinya cuba melarikan diri dan melawan jadi ayah pukul ia sampai mati. Kakchik bersama Bibik, Nana, Emran dan Adelia sama-sama lihat dari dalam rumah. Hati rasa kasihan tapi bimbang pula dengan keselamatan kami.
Sudah mati. |
Akhirnya ulat itu mati. Semoga Allah ampun dosa-dosa kami jika sekiranya apa yang kami buat terhadap ular tu hari ini adalah salah. Pada hemat kakchik, ayah memukulnya sampai mati tidak salah kerana ingin menjaga keselamatan kami sekeluarga.Teringat peristiwa ular masuk dalam pejabat kakchik di Zahra' tahun lepas, rupanya hampir sama dengan ular di atas. Tapi yang itu pembantu kakchik tangkap masukkan dalam plastik dan buang di kawasan hutan belakang Zahra'.
Bila kakchik poskan 2 keping dari gambar-gambar di atas ke FB, ada kawan yang menyebut tentang sika kubur yang mana datangnya ular, kala dan sebagainya mematuk dan menggigit badan kita jika kita hidup atas dunia ni tidak sebagai hamba Allah yang soleh. Ada pula yang mengatakan mungkin ia jin yang berupa haiwan memerhatikan kakchik. Allahua'lam. Apa yang pasti, kakchik teringat akan mati. Mati boleh datang bila-bila masa. Ada orang mati dipatuk ular tapi ramai juga yang sembuh. Ada orang mati terkejut, serangan jantung kerana takutkan ular w/pun ular itu hanya duduk diam saja. Ada orang mati kerana mengelakkan ular di tengah jalan. Hakikatnya seekor ular boleh menjadi punca kematian, boleh juga menjadi punca kita ingat kepada mati.
Allahu Akbar.
kak chik!! seeriauu tengok gambaq ular tu di zoom... waaaaaa syikin mimpi anaconda lagi ler malam ni.. entah ler tiba2 rasa maca kerisauan pada binatang sperti ular dan biawak bila usia meningkat :p... erkk ular tu panjang kak chik... riso2.. iskk....
ReplyDeleteAssalamua'laikum kakchik.
ReplyDeleteLamanya tak tinggal jejak kat sini ^_^
Ya Allah, panjangnya ular tu, tapi kulitnya memang sangat cantik.
InsyaAllah kakchik, jika niat kita untuk menjaga keselamatan ahlli keluarga, tidak ada masalah rasanya.
ular itu sgt cantik !!!
ReplyDeleteassalamualaikum kakchik..
ReplyDeleteagaknya kalau nadiah kat tempat kakchik awal2 lagi dah jerit bila nmpk ular. penakut sikit. geli pun ye jgk :p
Assalamualaikum,
ReplyDeleteKak Chik, kalau dah halau 3 kali, memang dibolehkan untuk bunuh.
mati,tua..
ReplyDeletesume tu pasti kakchik.
aku dah mengadapa 2 kematian...
aku antara yg membantu menguruskan..
pedih hati ini,tapi kematian itu pasti.
penyebab kematian kadang - kadang bukan sebab penyakit tapi sebab mcm ular tu ker..
kena sondol kerbau ker..
aih..
klu yg sakit sepanjang hidup mcm bapak aku,aku selalu mohon pada Allah diringankan sedikit kesakitan itu bila sampai masanya nanti.
moga jugak Alalh ampun dosa2nya nnti juga...
...............
assalamua'laikum..
ReplyDeleteeee,geli.kakchik ni sempat lg ambik gmbr...kalau sy dah tunggang langgang lari.takut & geli.
p/s : kakchiki minta izin copy gmbr tok guru bg bunga kat zaujah boleh tak?
salam
ReplyDeleteseriau tgk gambar ular yg panjang tu..
cantik mmg cantik, tapi bahaya dan membahayakan..
ukhti syikin, maafkan kakchik ya kalau malam tadi syikin termimpikan anaconda. harap-harap tidur syikin malam tadi lena saja. kena yakin dengan perlindungan Allah, insyaallah kita diselamatkan dari gangguan binatang berbisa. jangan risau ya.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam latifah.
ReplyDeleteMemang betul pun... Latifah sibuk dengan studi ya? Takpe... kakchik pun tak sempat juga nak ziarah kawan-kawan. Ular tu dalam semeter kot panjangnya tapi masih usia muda lagi kot sebab badannya pun sebesar ibu jari je. Kulit dia memang cantik sekali. Lebih cantik dari beg kulit yang ada hehe. Kakchik pun yakin begitu juga sebab itu minta ayah halau dia tapi ayah bunuh sebab dia tak mahu lari.
Anis izyan, bagus sekali kerana melihat pada yang positif.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Nadiah.
ReplyDeleteHehehe... anak-anak saudara kakchik memang riuh-rendah menjerit tapi alhamdulillah Allah bagi kakchik tenang saja. Mungkin sebab ular tu dok diam-diam je. Kakchik pun penakut sebenarnya.
Wa'alaikummussalam anyss. Alhamdulillah lega kalau benar apa yang anyss bagitau tu. Dah halau berkali-kali tapi dia tak mahu berganjak.
ReplyDeleteSidratul Muntaha, memang benar, mati dan tua itu pasti tiada siapa boleh tolak kenyataan ni.
ReplyDeleteCuma mati tu kita tidak tahu bila masanya akan tiba. Kadang-kadang sakit bertahun-tahun sampai ramai yang ingat tak lama lagi akan mati tapi dengan kuasa Allah, orang sakit lama pun boleh kembali sihat. Sebab itu semasa usia masih ada ni kita kena pakat-pakat usahakan sebanyak mungkin mencari bekalan yang baik. Amin. Semoga Allah ampunkan dosa2 kita.
Wa'alaikummussalam Normi.
ReplyDeleteHehehe, Allah bagi berani sikit masa tu Normi, dalam hati hanya ingat nak tengok dan kenal lebih dekat ular tu macam yang orang buat dalam dokumentari tu.
Oh, nak salin gambar, silakan... lagipun gambar tu kakchik salin dari FB TokGuru.
kakchik.. takda apalah.. hehe.. geli2... huhu.. nampak lidah dia macam geli ...
ReplyDelete