Followers

3.5.11

Gaya KakChik Ke Pejabat

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Malam-malam ni mesti nak kena fikir esok nak pergi kerja nak pakai baju mana, nak padankan dengan tudung mana, beg mana satu dan kasut yang mana satu. Nasib baik kakchik ni lebih banyak pakai abaya berbanding baju-baju lain untuk ke pejabat. Selamatlah sikit kerana warna hitam adalah warna selamat, boleh masuk dalam apa juga keadaan asalkan kena dengan cara menggayakannya.

Cerita pasal gaya ni, maaflah ya, jangan anggap orang yang setiap hari pakai abaya dan berpurdah ni tak suka bergaya. Anda silaplah sikit. Bagi kakchik bukan tak boleh bergaya, boleh... asalkan kena dengan kod pakaian Islam dan beberapa hal yang berkaitan hukum wanita bekerja. Apa yang penting pakaian itu hendaklah menutup aurat dengan sempurna, bersih, kemas dan meyakinkan pemakainya kerana bila bekerja kita akan berhubung dengan orang lain. Di waktu itu penampilan seorang muslimah perlukan menonjolkan ciri-ciri Islam yang unggul.

Tujuannya ialah kerana imej Islam bukan untuk membangga diri atau menarik perhatian orang. Kalau kita pergi kerja tapi pakaian kita serabai, menjolok mata, kotor, tak bergosok, berbau dan seumpamanya, maka kita secara sengaja atau tak sengaja telah mencalarkan imej Islam. Baik tak payah kerja, bekerja di rumah sahaja kerana kita tidak bermuamalah dengan orang ramai. Tapi, kalau benar-benar kita ikut cara hidup Islam, di rumah pun penampilan kita tetap kena ikut hukum dan adab-adabnya. Tak kan nak selekeh. Mana boleh... pandangan mata suami tu tak kan kita taknak jaga kan?

Cerita pasal gaya orang bekerja ni, di sini kakchik nak kongsikan beberapa rekaan gaya orang berabaya ke pejabat. Kalau kalian rasa tak sesuai, silakan beri komen yang MEMBINA ya. Kalau komen nak menjatuhkan maruah, kakchik tak akan 'publish'. PERINGATAN, rekaan-rekaan ini hanya inspirasi, BUKAN UNTUK JUALAN dan jika ada kasut tumit tinggi yang kakchik gunakan dalam set, bukan bermakna kakchik pakai kasut tu di luar, selalunya kasut dipilih untuk memadankannya dengan pakaian. Satu lagi, di dalam Polyvore, susah nak cari kasut tumit rendah.







Untuk melengkapkan set pakaian ini (jika kakchik bergaya sedemikian ke pejabat) ialah dengan menambah sehelai purdah dan gayakan tudung itu agar ia menjadi besar dan labuh. Ok, sudah siap untuk pergi kerja.

4 comments:

  1. terima kasih menyokong karier saya untuk menjadi celebrity chef suatu hari nanti. saya harap akak akan sedia melihat menu2 baru dari saya dan kawan. dan harap agar akak boleh juga membantu sedikit sebanyak saya mempromosikan blog ini agar dapat menambah lebih banyak follower seterusnya dapat berkongsi bersama mereka... terima kasih akak...
    http://dapurbujang-aboyandnick.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. sama-sama aboyandnick. insyaallah setiap usaha yang baik akan disokong tambah2 adik2 akan jadi ketua keluarag satu hari nanti. orang lelaki t/jwbnya lebih beart jadi mempunyai kerjaya yang mantap adalah satu kepentingan. semoga cita2 adik2 berjaya dicapai.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum....lawanye kasut..nak tnye..mna nak dapatkan kasut ni ea...(boot)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikummussalam gemala umbi. itu kasut jenama Chloe. boleh cuba cari di Sogo atau JPO.

      Delete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs