Followers

18.5.11

Kasih Sayang Suami Isteri

Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz dan isteri, Hjh. Tuan Sabariah Tn. Ishak

"Orang zaman dulu miskin sampai nak beli selimut pun tidak ada duit. Ada suami isteri yang tidur berlaga belakang sebab nak tumpang panas. Tapi alhamdulillah sampai ke tua tak pernah berbalah sampai cerai berai. Orang hari ini gaji besar, dua tiga bulan bercerai. Ini menunjukkan bahagia itu bukan pada harta yang banyak, tetapi pada jiwa yang tenang. Tenang ni bukan boleh dibeli di market, tapi ia datang daripada Allah SWT..."

Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada Kuliah di Medan Ilmu 5 Januari 2010.

12 comments:

  1. saya setuju sgt kata2 tuan guru tu,keberkatan dalam rumahtangga hilang dek sibuk mengejar harta dunia,ahkirnya kemesraan suami isteri itu hilang

    ReplyDelete
  2. Salam kak chik,
    Benar tu. hati yg tenang. isteri jgn mudah dgar cakap org luar, suami jgn mudah makan luar. Itu yg saya nampak pd orang tua dulu2... petua kehidupan. Tawakal pada Allah ialah no 1.

    ReplyDelete
  3. salam
    seronoknya tgk pasangan emas yg masih bahagia,bergurau senda...

    ReplyDelete
  4. benar bahagia bukan pada harta yg banyak tapi jiwa yg tenang..

    dari sudut pandangan anak dara zaman ini saya mungkin diantara orang yg mengumpul harta = sambung study+interview sana sini demand lagi gaji+kereta kecik ada+ berangan rumah atas nama sendiri (bukan nama laki haahaha gurau saja), antara sebab utk persediaan masa depan yg tak pasti.

    harta penting tapi tidak bole dipenting-pentingkan sangat, cek halal, haram @ syubhah

    ReplyDelete
  5. tu ler sis... kadang2 keadaan dunia pun boleh buat kite lupa diri... sama2 susah senang... tup2 lupa pulak partner bila dah senang... nauzubillah min zalik.. minta dijauhkan ler perkara tak elok... biarlah jadi suami isteri hingga ke syurga insyAllah..

    ReplyDelete
  6. Allahumma allif baina qulubina
    wa asslih zaata bainina
    ....doa pengerat kasih sayang dua insan...:)

    ReplyDelete
  7. ct nik, banyak dah rumahtangga yang dibina hari ni yang kurang keberkatan sebab kecuaian diri pasangan juga. kebendaan menjadi matlamat hidup sebab itulah kita kurang tolak-ansur macam orang dulu-dulu.

    ReplyDelete
  8. Wkslm Nur. Pemerhatian yang bagus tu Nur. Kakchik pun cuba buat begitu. Bagi kakchik, dalam urusan rumahtangga yang utama ialah suami. Bila segala urusan yang berkaitan dengan suami selesai, insyaallah urusan lain mudah nak diselesaikan juga.

    ReplyDelete
  9. Wkslm Kak Kam. Betul kak... kakchik pun seronok.

    ReplyDelete
  10. Cik Sizu,
    baguslah kalau berfikiran begitu. Harta itu penting kerana kehidupan kita perlukan harta untuk menjadi lancar terutama dalam memastikan amanah kita kepada Allah dapat dibuat sebaik mungkin. Kalau harta jadi matlamat, alamatnya hidup hanya setakat dunia saja.

    ReplyDelete
  11. syikin, godaan hidup di zaman serba canggih ni boleh menggoncangkan iman sesiapa saja. syaitan banyak berjaya dalam menipu-daya manusia dengan harta dan keseronokan hidup. moga-moga kita suami isteri hidup sederhana hingga ke akhirat.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs