Followers

4.5.11

'Dating'

Assalamualaikum.

Hidangan ringkas dimakan berdua.

'Dating' dengan suami, adalah sangat bermakna buat setiap wanita yang bergelar isteri. Ini pandangan kakchiklah. Lebih-lebih lagi bila kita bercinta selepas kahwin. Itulah yang kakchik rasai sepanjang 9 tahun kami hidup bersama di bumi Allah ni. 

Setiap hari masing-masing sibuk bekerja mencari rezeki, cik abe untuk menyara keluarga, kakchik membantu cik abe. Bila balik dari kerja, masing-masing ada kerja sampingan yang perlu diuruskan. Cik abe dengan kerja wartawan sukannya dan kakchik dengan bisnes buku dan abaya. Selain itu, jangan dilupa, urusan rumahtangga yang menentukan keselesaan hidup kami berdua.

Bagi orang yang punya anak-anak, sudah pasti masa untuk berdua-duaan suami isteri menjadi lebih terbatas. Maka ada baiknya jika masing-masing mengambil inisiatif untuk sekali-sekala keluar 'dating' atau 'dinner' di luar. Dalam rumahtangga kami pula, inisiatif dari cik abelah yang paling diharapkan kerana di situ terletak izinnya. Kadang-kadang kakchik rancang tapi dia sibuk maka rancangan tak menjadi.

Bertuah sekali bila punya suami yang prihatin. Dia tahu kita kepenatan melakukan pelbagai tugas, dia yang dahulukan cadangan untuk 'dating'. Keluar bersiar-siar di petang hari sambil mengambil angin, bersembang hal yang ringan-ringan, mengimbau kenangan percintaan kami di akhiri dengan makan malam sebelum pulang ke rumah sebelum Maghrib. Sungguh menggembirakan hati si isteri ni.

'Dating' begini makin mengukuhkan hubungan suami isteri kerana boleh bercinta sepuas-hati hehe. Tapi, mestilah menjaga batas dan adabnya kerana bila keluar dari rumah, masyarakat akan memandang. Walaupun sudah suami isteri, akhlak tetaplah kena jaga. Nanti menjadi buah mulut orang pulak. Boleh jalan-jalan berpegangan tangan, main-main mata hehe semasa menunggu makanan dihidangkan, hangatkan cinta sambil tidak lupa bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan.

Semua ini HANYA BOLEH dilakukan bila antara kami berdua ada ijab dan qabul. Segalanya bermula selepas kami dinikahkan. Kerana Allah, kami disatukan, kerana Allah juga kami menjalani kehidupan menjalankan amanah-Nya. Semoga Allah meredhai kami suami isteri. 

BERDOSA JIKA 'DATING' BERDUA LELAKI DAN PEREMPUAN SEBELUM BERKAHWIN. Elakkan!

9 comments:

  1. alahai jeles ngan kak chik.. romantiknya :X

    ReplyDelete
  2. syikin janganlah jeles. syikin kan ada en mamat. nanti boleh dating dgn en mamat hehe.

    ReplyDelete
  3. jumaat lepas pB date gak dengan aBear...

    tapi dia dgn motor, pB dengan keta

    ReplyDelete
  4. Salam Kakchik,

    Alhamdulillah, memang seronok dating dengan suami, kan... Kak tie dah lama tak dating ni, teringin juga. Kena tunggu masa yang sesuai. Tak sampai hati nak tinggalkan anak sorang di rumah..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,
    Mmmmm untung kak chik. Tapi, saya terliorrrrr sangat-sangat dengan hidangan itu. Tetiba je rasa laparrrr...OOOhhhhhh!

    ReplyDelete
  6. kak pB, dulu2 maso cik abe ado muto, kami pung date ggitu jugok hehe.

    ReplyDelete
  7. Wkslm Kak Tie. Memang susah juga nak keluar dating dgn suami ni. Kalau dirancang selalunya tak menjadi jadi kami hanya spontan je. Kalau Kak Tie nak keluar dating, anak tu tumpang kat sini pun boleh hehe.

    ReplyDelete
  8. Wkslm anyss. Syukur, untung kurniaan Tuhan juga. Hidangan tu memang sedaaap. Kakchik tengok ni pun rasa cam nak makan sekali lagi.

    ReplyDelete
  9. salam kakchik...

    heeeeee sebenar-benarnya leen amat teringin nak dating dengan hubby tp lepas ada anak, amatlah jarang dapat masa itu. means masa tanpa anak. hehehe. rindu juga sometimes nak keluar berdua dan spend time together... InsyaAllah, nnt akan adalah masanya ya. :)

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs