Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Alhamdulillah leganya terasa apabila kakchik berjaya selesaikan 3 tugasan penting hari ni. Masih ada satu lagi yang amat penting tapi terpaksa ditangguhkan ke hari Ahad kerana kakchik tak sempat nak ke pejabat kerajaan yang berkenaan. Esok dah cuti.
Tadi, kakchik ke SSM untuk memperbaharui daftar syarikat MARIBACA BOOKSTORE yang sepatutnya dibuat dalam bulan April lagi. Kakchik tertukar tarikh dengan daftar syarikat untuk Zahra'. Ingatkan 15 Mei, huhu, padahnya kena denda RM10. Tak apalah asalkan kini urusan penting ini selesai. Alhamdulillah.
Satu lagi, hari ini juga perniagaan abaya kakchik mempunyai syarikat yang rasmi. ABAYA ELEGAN kini dimiliki sepenuhnya oleh BUTIK ABAYA HANIZA. Syukur, alhamdulillah. Sekarang ni bisnes abaya ni kakchik lakukan secara online saja dan memang berhajat dari awal tahun lagi mahu mendaftarkan syarikat selepas setahun membuat percubaan untuk bisnes ini.
Pendaftaran BUTIK ABAYA HANIZA ni adalah persediaan kakchik untuk merealisasikan impian kakchik untuk mempunyai sebuah butik abaya yang mengedar dan menjual pakaian muslimah dari timur tengah, aksesori, beg tangan dan kasut. Selain itu kakchik berhajat untuk menyediakan khidmat nasihat dalam fesyen dan gaya muslimah berdasarkan kod etika pakaian Islam yang sebaik-baiknya.
Semoga usaha ini akan mendapat redha Allah SWT. Insyaallah motto ini akan cuba disemai sebaik-baiknya, "Aurat Dijaga, Maruah Terpelihara" dalam jiwa kakchik dan jiwa para pelanggan yang membeli dan memakai abaya yang kakchik jual. Cita-cita kita adalah akhirat. Bisnes ini dapat dijalankan pun dengan izin Allah jua.
Assalamualaikum,KakChik.
ReplyDeleteAlhamdulilllah, alhamdulillah,alhamdulillah... syukur pada Allah..lega dan gembira betul ain dengar berita ni!
Tahniah kak,tahniah..teruskan niat murni akak tu.Impian ain juga suatu hari nanti..
Buat akak, ain doakan yang terbaik dalam apa jua urusan,amin..:D
Wa'alaikummussalam Ain.
ReplyDeleteTerima kasih banyak. Insyaallah bila dah berhajat besar ni mana boleh main-main lagi kan? Kakchik akan berusaha bersungguh-sungguh. Terima kasih atas doa dan sokongan ya Ain.
Assalamualaikum kakchik,
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah dr idah buat akk...Syukur akhirnya impian kakchik nak ada butik nyata insya ALLAH akan jadi kenyataan.Sunguh2 idah kagum dgn usaha akk..inspirasi buat idah kak..
Nak sgt memiliki sebuah kedai mcm akk, semoga ALLAH jua permudahkan jalan bagi idah..Jika ada kemahuan,usaha, modal insya ALLAH...Tahniah dr idah ye kak:)
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTahniah! moga akan lebih maju ke hadapan. Mula2 online dulu...dah bersedia nanti bolehlah buka butik ya.
Seronok bila dengar bisnes kawan2 makin maju. Alhamdulillah.