Followers

3.5.11

Malas

Assalamualaikum.

Sudah banyak hari kakchik tak menulis di sini. Boleh dikatakan setiap hari ada saja yang kakchik tulis tapi tak pernah siap. Selalunya kakchik 'save draft' saja kerana keputusan idea di tengah jalan. Terlalu banyak isu yang mahu disentuh tapi bila berehat panjang, kemalasan pun melanda. Malas nak membaca akhbar, malas nak menonton berita, hinggakan ada masanya malas nak bergerak. Nasib baik penyakit malas ni tak berjangkit kepada masak-memasak. Kalau tidak, alamatnya makan nasi bungkuslah suami kakchik. Mana seronok macam tu kan?

Sumber foto: Last.fm's Playground

Cerita pasal malas ni, memang setiap orang pun ada perasaan ini cuma sikit atau banyak. Kadang-kadang malas ini bila diikutkan sangat dan digalakkan pula ia akan membawa padah yang buruk dan dipanggil PENYAKIT MALAS. Bila dah jadi penyakit, nak cari penawar ada... tapi sebab malas, mana nak diusahakan. Betul tak? Akhirnya makin menjadi malas. Makin kronik dan akhirnya menyusahkan diri-sendiri dan orang-orang yang terdekat. Kalau isteri pemalas, kena marah kat suami. Nanti jadi pergaduhan suami-isteri. Dapur tak berasap. Rumah tak terurus. Anak-anak berserabai. Kain bertimbun tak berbasuh. Macam-macam yang buruk berlaku dalam rumahtangga.

Kakchik pun ada masanya terasa amat malas sekali. Misalnya kalau hujung minggu, terasa nak bermalas-malasan saja sambil menghadap internet, makan kudap-kudapan, tengok tv, baring-baring, tak membasuh kain, tak memasak, tak mengemas rumah, tak layan suami, tak buat apa satu pun. Malas sungguh rasanya. TAPI, perasaan itu tidak boleh dilayan dan dipendam saja di dalam hati. Kalau kakchik ikutkan perasaan malas tu banyak, banyaklah... masalah yang akan timbul yang akhirnya menyusahkan diri kakchik sendiri saja. Mana boleh nak bermalas-malasan kalau banyak kerja yang tersangkut. Nanti cik abe marah, kakchik juga yang geram. Bila geram mana ada muka nak senyum kan? Tak bagus... tak bagus. Eloklah jangan ikut perasaan malas tu.

Bukan tak boleh malas langsung (ikut kamus kakchik la), tapi tengok keadaan la kan. Kalau semua urusan keluarga, urusan kerja, paling penting - urusan suami, selesai, barulah boleh malas sebentar. Malas yang ini kakchik panggil berehat. Rehat sambil baca majalah, baca novel, tonton CSI, minum jus oren sambil tengok pokok hijau kat sebelah rumah, baring-baring, tak kiralah macamana kaedahnya, yang pasti rehat yang membuatkan segala urat-saraf rasa relax. Selalunya kakchik ingat nak ikut je cara ni bila hari Khamis, iaitu hari cik abe kerja dan kakchik cuti. Kononnya bila bersendirian di rumah kakchik akan punya 'all the time in this world' tapi selalunya tak menjadi. Anak-anak saudara tau kakchik ada di rumah maka diserbunya mereka, mana boleh malas-malas lagi.

Hai... malas ni jangan diikutkan sangat. Kita semua tahu kesan bila kita malas. Masing-masing tentu punya pengalaman tersendiri berkaitan akibat malas ni. Kakchik tak mahu senaraikan. Malu nak kongsikan dengan kalian semua. Senang kata, jom kita sibukkan hidup dengan pelbagai aktiviti, lebih berfaedah lebih bagus kerana bila diri kita sibuk, maka kita kurang masa untuk malas. Betul tak? Kalau kita setiap hari buat benda yang rutin pun lama-lama kita akan menjadi malas. Perasan ke tak ni? Yang ni kakchik memang alami sendiri sebab itu kakchik alihkan perhatian kepada melakukan sesuatu yang dinamik. Lakukan sesuatu yang buat fizikal kakchik bergerak. Kalau tidak kita akan mula rasa bosan dan akhirnya malas. Huhu bahaya.

Jom kita rajinkan diri!

No comments:

Post a Comment

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs