Assalamualaikum dan salam Jumaat.
Di saat ini kakchik rasa amat lega sekali kerana beberapa hal yang dirancang telah berjaya dilaksanakan. Alhamdulillah. Rancang nak ke kuliah Jumaat, berjaya. Alhamdulillah. Banyak dapat ilmu, semangat Islam meningkat, ruh kesatuan ummah makin terasa, hati makin sayangkan perjuangan Islam ini dan semangat juang bagi memastikan Islam sentiasa nombor wahid dalam diri, keluarga dan masyarakat kembali meningkat. Syukur.
Beribu orang pergi ke kuliah Jumaat. |
Rancang nak ke pasar membeli keperluan dapur dengan modal RM10, alhamdulillah berjayalah juga dengan sedikit lebihan sebanyak 50 sen. Seikat sawi, cili hijau, cili merah, sebungkus bihun, ikan setengah kilo, karot, dan seikat serai. Hari ni kakchik nak masak lauk yang menyihatkan iaitu Singgang Ikan, Telur Goreng, Ulam dan Budu. Bahan lain tu bekalan untuk esok pula. Esok kerja jadi tak sempat nak ke pasar. Lega, rancangan berjaya.
Sampai di rumah SMS bertalu-talu masuk kerana ada beberapa orang pelanggan mahu membeli abaya. Ada yang sekadar bersoal-jawab tentang pilihan abaya yang mereka berkenan. Yang ini tidak dirancang ya. Alhamdulillah, sambil kemaskan barang dapur yang dibeli, kakchik cuba layan SMS mereka. Syukur, beberapa helai abaya telah terjual hari ini. Berkat sungguh hari Jumaat ini, penghulu segala hari. Tempahan juga ada beberapa helai. Terima kasih Ya Allah.
Singgang Ikan Selar |
Telur Goreng Dadar |
Jam 12 kakchik mula memasak. Lauk hari ni semuanya sangat mudah untuk disediakan. Ringkas, cepat, sedap dan menyihatkan. Kakchik tak nak buang masa lama-lama di dapur sebab ada banyak lagi kerja nak buat ni. Cik abe ke masjid untuk solat Jumaat dan kakchik selesai memasak sebaik saja azan Zohor berkumandang. Selamat menunaikan solat kepada semua. Makanan kakchik hidang atas meja dan tutup dengan saji, nanti bila cik abe balik, kakchik akan sendukkan nasi. Alhamdulillah.
Segera ke bilik air kerana sebaldi pakaian sedang menanti. Semuanya telah dicuci pagi tadi, hanya tunggu nak dibilas saja. Tak makan masa yang lama. Selesai hal kain, kenalah segerakan menunaikan yang paling wajib pula iaitu solat Zohor. Alhamdulillah... Bila cik abe balik, kami makan tengahari bersama-sama. Gembira hati ni bila dia makan penuh berselera. Hilanglah segala penat-lelah melakukan pelbagai perkara hari ini.
Bila kakchik fikirkan, memang benarlah, bila kita dapat merancang, menyusun dan menguruskan masa kita dengan baik, banyak hal dapat dilaksanakan dengan penuh tenang. Kalau zaman sekolah dulu kakchik hidup dengan jadual, apa salahnya di usia dewasa ini kakchik rancang hidup kakchik seperti jadual juga. Kalau tak buat memang akan ada melakukan perkara yang sia-sia. Na'uzubillah.
Sekarang masa untuk rehat.
betul tu kak chik.. alhamdulillah.. syikin baru jadi housewife ni.. kena ler susunjadual kalau tak habis terbuang sia-sia..
ReplyDeleteAssalamualaikum, kakchik.
ReplyDeleteAlhamdulillah, syukur pada Allah.Gembiranya rasa hati mendengar khabar baik daripada akak.
Perancangan yang baik pasti membuahkan hasil,insyaAllah.
salam..kakchik...mimi pon pegi kuliah jumaat ni td..alhamdulillah.. cuti sem kejap ni, sempat jugak mimi ke medan ilmu..kt uia, rindu sgt nk balik kelantan ingat kuliyah jumaah ni... td, tercari2 juga kakchik..tp xtaw booth kakchik yg mane,..huhuu esok da nk balik uia,,insyaAllah bila balik nti, ketemu lagi kita di medan ilmu ni.. wlpun xketemu mata, tp kita ada di tempat sama..dgn tujuan sama..alhamdulillah..=))
ReplyDeletesyikin, dah tak mengajar dah ke? or maksud syikin, jadi housewife sb baru berkahwin? kalau masih baru di alam rumahtangga, memang bagus sangat menyusun jadual ni. barulah kita boleh jadi pengurus rumahtangga yg cekap. all the best syikin.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Ain.
ReplyDeleteTerima kasih Ain. Khabar baik macam ni diharapkan boleh mendorong orang lain juga. Bukan selalu kita dalam keadaan gembira dan bahagia tapi bila kita berjaya menikmatinya, biarlah keseronokannya dapat dirasai oleh orang lain yang berdekatan misalnya teman-teman.
Wkslm mimi. Mashaallah... kalaulah kakchik kenal mimi sebelum ni, tentu dpt janji jumpa kat Dataran Ilmu tu kan? Kakchik tak buka booth sebab memang ke sana untuk mendengar, kalau buka booth memang tak boleh fokus. Nanti kalau mimi pulang bercuti lagi dan ke kuliah jumaat, bagitau kakchik ya, kot2 kita boleh date kat situ hehe.
ReplyDelete