Followers

9.5.11

Apa Yang Kita Telah Buat Untuk Islam?

Assalamualaikum dan sejahtera semua.

Hari ni kalau tulisan kakchik ni macam emosi sangat, harap kalian berlapang dadalah ya. Kakchik ni terasa geram dengan muka depan surat khabar yang sibuk pasal isu orang nak jadikan Kristian agama rasmi kat negara kita ni. Memanglah... kakchik pun tak suka, dan tak redha jika agama Nasrani tu dijadikan agama rasmi negara kita sedangkan dalam Perlembagaan dan kata ISLAM ITU AGAMA RASMI di Malaysia ni. Bukan itu saja, kakchik memang tak sanggup terima kerana kat negara kita ni majoritinya orang Islam, maka selayaknya agama Islam menjadi agama yang utama.

Tapi... bukan isu itu yang kakchik nak bicarakan. Yang kakchik geram ni, bila perkara macam ni berdegang-degang dalam akhbar, kononnya marah, kononnya pejuang agama, kononnya sayangkan Islam, kononnya kerana pembangkanglah maka isu nak Kristiankan Malaysia ni wujud. Allah... pernah fikirkah, siapakah punca isu ini berlaku? Orang Kristian, sudah lama Allah sebut dalam Al-Qur'an yang mereka tak akan redha dengan kita selagi kita tidak ikut agama mereka atau ikut cara hidup mereka. Dah sah kita tahu pasal tu, jadi selama ni apa yang kita sungguh-sungguh buat agar agama kita sentiasa dihargai, dihormati, disayangi dan dicintai dengan sebenar-benarnya dalam negara ini?

Pemimpin negara sibuk dengan pembangunan, kononnya itulah Islam. Ok, betul dari satu segi, Islam memang nak kita umatnya ini membangun kerana jika kita mundur manakala musuh-musuh Islam pulak maju, bagaimana kita nak hadapi mereka secara fikiran, fizikal dan sebagainya? Membangun dan maju itu penting untuk Islam tapi dalam masa yang sama MEMBANGUNKAN PERIBADI juga sangatlah penting. Pembangunan akidah, ini yang sangat kurang dilakukan. Ini bukan kerja mereka yang bergelar ustaz ustazah, haji lebai, tok-tok imam atau ulamak saja. Ini kerja kita semua... kita nak beragama Islam ni. Agaknya inilah padahnya bila sibuk nak asingkan agama dari kehidupan. Agama hanya untuk nama, nikah-kahwin, hal rumahtangga, halal-haram makanan dan beberapa hal lagi.

Tapi, jangan cuba nak libatkan agama dalam politik, jangan nak campur hal agama dalam kehidupan sosial, jangan nak bercakap pasal agama kalau mengaji dulu bidang perubatan, kejuruteraan, sains komputer atau apa saja. Kalau nak bercakap hal agama, jadi ustazah dulu. Eh, habis tu, siapa yang Allah maksudkan sebagai KHALIFAH tu? Bukan kita ke? Siapa ya? "Entah, tak tahu. Malas nak ambik tahu. Aku bukannya tahu nak bercakap agama. Kan aku cakap kan ada yang perli, ada mengata. Malu ah." Banyak ayat macam tu yang kakchik baca dalam blog, dalam facebook atau dalam majalah. Kenapa kita malu sangat atau takut sangat nak bercakap pasal Islam? 

Nabi Muhammad s.a.w. kata, "Sampaikan olehmu walaupun sepotong ayat." Tengok tu, tak perlu nak jadi ustaz/ustazah untuk menjadi pendakwah ni. Tahu satu perkara, berdakwah dengan satu ilmu yang kita tahu tu. Dalam masa yang sama kita pun kenalah amal dengan berterusan. Orang panggil, ISTIQOMAH. Sebab itu kakchik menggunakan segala kemudahan yang ada untuk cerita tentang Islam, cerita tentang kehidupan mencintai Islam, cerita tentang perjuangan sebuah kerajaan yang mahu meletakkan Islam dalam hati rakyatnya, berkongsi setakat mana ilmu dan kefahaman yang kakchik ada tentang indahnya hidup cara Islam ni. Kakchik bukan ada pendidikan formal dalam bidang agama tapi sejak kanak-kanak lagi kakchik dibesarkan dalam lingkungan perkampungan yang majlis ilmunya amat subur, alhamdulillah. Dapatlah juga tempias ilmunya sikit-sikit.

Kakchik bukannya pandai atau ada kuasa untuk menentukan undang-undang di negeri ini apatah lagi di negara ini tapi jika kakchik dan kalian semua bersatu atas nama Islam, benar-benar perjuangkan Islam sebagai cara hidup di Malaysia ni, kita semua pasti akan berusaha agar Kerajaan kita melaksanakan dasar-dasar pemerintahan Islam di neara ini. Siapa tak sayang negeri/negara sendiri kan? Marilah kita sama-sama tolong jalankan kerja dakwah semampu yang boleh dalam ruang-ruang yang kita ada ilmu dan kemahiran. Moga-moga kita dapat membantu mengubah pemikiran orang Kristian terhadap Islam dan mengembalikan kecintaan oarang islam di negara kita ini terhadap cara hidup Islam. Bukan kerja mudah tapi kalau ramai-ramai pakat usaha dengan sepenuh hati, insyaallah ada sinar untuk Islam di no. 1.

Oh ya, kalau sesama kita timbul perasaan benci, marah, curiga atau sebagainya, cepat-cepatlah kita istighfar dan mohon perlindungan Allah dari Syaitan yang direjam kerana bala tentera Syaitanlah yang banyak memainkan peranan dalam memecah-belahkan silaturrahim antara kita, membisikkan propaganda, tipu-daya dan sebagainya di kalangan umat Islam yang cintakan Islam sebagai cara hidup. Kita jangan lupa, SYAITAN IALAH MUSUH KITA YANG TIDAK PERNAH TIDUR.

Allahu'alam.

6 comments:

  1. Salam kakchik,

    Itulah masalahnya dengan orang Islam itu sendiri...bila seseorg mula bercakap,mula menegur maka dia akan dipanggil ustaz atau ustazah...sama mcm yg saya pernah alami, bila saya memakai tudung labuh mulalah orang mengata saya macam ustazah...saya akui dulu saya rasa agak malu bila dipanggil begitu sbb saya tahu saya masih byk kekurangan tapi sekarang kalau org panggil ustazah, saya akan amin kan...mudah-mudahan saya akan jadi seperti ustazah sebenar.

    Orang Islam sendiri tak jaga agama dan akhlak mereka, so mcm mana yg non muslim nak respek...malah org Islam sendiri lebih barat dr org barat...
    Benarlah sabda Rasulullah SAW,"kamu akan mengikut jejak langkah umat2 sblm kamu,sejengkal demi sejengkal,sehasta demi sehasta,sehingga jikalau mrk masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mrk."Sahabat bertanya,"ya Rasulullah, Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan ? Nabi s.a.w menjawab,"siapa lagi kalau bukan mereka".
    (H.R.Muslim)

    ReplyDelete
  2. syikin terlalu bodoh untuk bercakap pasal ini :)... tp syikin ttp tau mana yg betul mana yg salah.. sekurang2 nya.. jangan hanya bercakap.. berusaha lah mengangkat agama islam :) itu kefahaman syikin :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, KakChik.
    Setuju dengan pendapat Alasmal.Pengalaman yg sama berlaku
    pada ain.
    Sebagai hamba Allah, kita semua bertanggungjawab antara satu sama lain membetulkan mana yg tidak elok dan perindahkan mana yg telah sudah sedia ada.

    #kakchik, kebetulan ain pun nak tulis kat blog bkenaan perkara yg hampir sama dgn artikel yg kakchik sudah tulis ni..:D

    ReplyDelete
  4. Wkslm Alasmal.
    Orang panggil sikap prejudis terhadap kita yang nak menyampaikan Islam. Ubah cara berpakaian kpd yang lebih baik pun diperli, disindir juga. Baguslah kalau kini tanggapan sbg ustazah tu diaminkan. Insyaallah w/pun kerjaya bukannya ustazah tp akhlak dan amalan ialah seperti ustazah. Tapi yang sedihnya orang yang dipanggil ustazah ada pula yang bersikap sebaliknya. Allah... Moga-moga kita diberi kelapangan oleh Allah untuk menolong kerja-kerja Islam. Amiin.

    ReplyDelete
  5. syikin, jangan kata macam tu. syikin tidak bodoh, cuma mungkin tidak pandai untuk melahirkan pandangan dalam soal ini. ya, betul. jangan pandai bercakap saja tapi berbuat apa yang diperkatakan.

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikummussalam Ain.
    Pengalaman yang sama bermakna di mana-mana saja di bumi Malaysia ni masyarakat Islam masih tidak begitu tahu membezakan antara kerjaya sbg ustazah dengan gaya hidup spt ustazah. Mereka mengukur hanya orang yang ustazah berpenampilan begitu mgkn kerana sudah lama mereka dididik dgn agama lain, kehidupan lain.

    ps: agaknya kita ada telepati kot ain hehe

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs