Followers

22.5.11

Tanah Runtuh di Hulu Langat: Insyaallah Mereka Syahid

Assalamualaikum dan salam kasih sayang untuk semua.

Innalillahi wa inna ilaihi raajiun.

Al-Fatihah untuk semua anak-anak yatim yang telah terkorban dalam peristiwa tanah runtuh di Hulu Langat semalam. Takziah kepada keluarga semua yang terlibat dan juga pihak Rumah Anak Yatim Al-Taqwa yang telah mengalami kehilangan besar, nyawa dan harta-benda. Khabarnya beberapa orang yang dirawat kini dalam keadaan kritikal manakala masih ramai yang belum ditemui. Allahu Akbar.

Kakchik dari malam tadi terasa amat sayu dan sebak dengan kejadian ini. Lebih-lebih lagi Allah mentakdirkan ianya berlaku ke atas anak-anak yatim. Orang kata mereka mati syahid. Mashaallah. Moga-moga kematian mereka dan kejadian ini menjadi satu iktibar buat kita semua. Allah tidak pernah mentakdirkan sesuatu tanpa ada pengajaran di sebaliknya, hanya orang yang berfikir akan memikirkannya.

Di sini kakchik abadikan laporan muka depan 5 akhbar utama hari ini yang melaporkan peristiwa yang sama.






Allahu Allah. Nabi Muhammad saw sangat kasih kepada anak-anak yatim. Tambahan pula baginda juga adalah anak yatim piatu yang kehilangan ayah dan ibu di usia yang masih muda. Anak yatim ada disebut di dalam al-Quran dan Hadis. Mereka juga termasuk golongan asnaf yang boleh menerima zakat. Betapa besarnya pahala orang-orang yang membantu anak-anak yatim.

Semoga peristiwa ini menjadi peringatan kepada kita semua. Mungkin Allah mahu kita sebagai masyarakat lebih prihatin kepada maslahah kehidupan anak-anak yatim. Mungkin Allah mahu pimpinan negara ini lebih peka dan memandang berat segala urusan berkaitan dengan anak-anak yatim. Mungkin Allah mahu kita semua sentiasa ingat bahawa dalam setiap harta kekayaan yang dimiliki ada juga bahagian untuk anak-anak yatim. Mungkin... mungkin... dan mungkin. Hanya Allah yang lebih tahu segala matlamatNya, moga-moga kita mampu membacanya dengan mata hati yang insaf.

2 comments:

  1. salam kak chik..trtitis airmata k.atie melihat ttg tragedi ini.Al-fatihah tuk anak2 soleh nie...mereka penghafaz Al-Quran...syurga la tempat mereka.Semoga kluarga mereka bykkan bersabar...trbyg wajah anak2 k.atie yg masih seusia mereka.

    ReplyDelete
  2. wkslm kak atie. memang menyayat hati kak tapi kita pun tahu, dari Allah kita datang, kepada-Nya juga kita kembali. moga ruh mereka dirahmati bersama ruh orang2 yang beriman. Kak atie tentulah lebih terasa kerana ada anak2 yg sebaya mereka.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs