Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi kerana kakchik diizinkan sekali lagi untuk mencoretkan sesuatu di laman blog ini. Menulis kerana Allah. Insyaallah. Itulah yang kakchik cuba lakukan setiap kali kakchik menulis. Walaupun tulisan kakchik bukanlah bagus tapi kakchik harap ada isi dan inti yang bagus dapat diambil sebagai ilmu dan pengajaran buat kita semua.
Dalam minggu ini sudah beberapa kali kakchik mendapat pertanyaan tentang hal-hal berkaitan pemakaian purdah (niqab). Kalau nak ikutkan sudah banyak kali kakchik menulis di ruangan ini tentang purdah. Ada cerita pasal pengalaman pertama memakainya. Ada juga cerita tentang hari perkahwinan kakchik. Bagaimana membuat perubahan dalam berpakaian di hari besar dengan berpurdah? Pengalaman di universiti yang melarang pemakaian purdah di dalam kampus dan tak lupa pengalaman bekerja dengan berpurdah. Semuanya ada kakchik cerita sedikit-sebanyak di dalam blog ini dan KakChik's Wardrobe.
Apa yang pasti, memakai purdah ini adalah bukan perkara main-main buat diri kakchik. Kalau di masa awal memakai purdah dulu kakchik terpaksa 'pakai - buka, pakai - buka' kerana waktu itu kakchik masih di kampus tapi kini segalanya atas iman sendiri untuk memastikan kakchik istiqomah memakainya di mana perlu bagi menjaga maslahah diri yang selama ini mahu dijaga. Tidak pernah kakchik merasakan purda ini satu mainan. Ianya satu perkara yang serius yang perlukan sikap teliti semasa memakainya kerana sehelai purdah boleh menjadikan imej Islam naik dan sehelai purdah juga boleh menjadi perosak kepada imej Islam. Na'uzubillahi min zaalik.
Di dalam laman sosial seperti facebook, kakchik dapati ada ramai juga orang yang mempermain-mainkan pemakaian purdah. Ada yang berlakon sebagai pemakai purdah (niqabi), menyelinap masuk ke dalam senarai Friends muslimah yang benar-benar berpurdah semata-mata mahu mengambil kesempatan mencuri gambar, menyebarkan SPAM yang memalukan di Wall para muslimah tersebut. Yang berlakon sebagai niqabi itu antaranya adalah lelaki-lelaki songsang yang menjadikan pemakaian purdah sebagai satu Fetish (entah macamana nak hurai dalam bahasa Melayu).
Kakchik mendapat peringatan daripada beberapa orang sahabiah tentang beberapa nama pemilik akaun facebook yang menyamar sebagai niqabi dan telah mengganggu kehidupan beberapa orang muslimah akibat perbuatan jahat mereka. Antara nama yang dihantar kepada kakchik dan telah disahkan penyamar ialah: Salafiyyah Ummah (dulu dia pakai nama Amatullah Sulaiman) dari Pensylvania, USA. Peter Wild, nama pun sudah ada bau-bau liar dan memang liar sekali mencari gambar-gambar muslimah yang berpurdah. Saleema Begum dari India dan ada juga yang dari Indonesia dan Singapura tapi kakchik sudah lupa nama samaran mereka.
Tahun lepas kakchik ada menghantarkan mesej personal kepada ramai teman niqabi di fb agar REMOVE mereka dari senarai kawan masing-masing tapi masih ada yang terlepas pandang. Kakchik ingin mengambil peluang ini mengajak teman-teman semua meneliti rakan-rakan yang ada yang bersikap pelik misalnya,
1. Selalu sangat mahu chatting di YM atau MSN atau apa-apa aplikasi chatting yang lain.
2. Minta kita pasangkan kamera online agar dapat melihat wajah masing-masing.
3. Meminta niqabi membuka niqab kononnya nak lebih kenal dan mereka beri alasan kamera mereka rosak jadi tidak dapatlah wajah mereka dilihat tapi mereka boleh melihat.
4. Kerap menulis komen di mana-mana gambar niqabi. Cth: "Alhamdulillah ukhti.", "Mashaallah, beautiful ukhti."
5. Bila ada yang meninggalkan mesej di Wall mereka, mesej tidak berbalas atau jarang dibalas.
6. Ada gambar-gambar pelik di dalam album foto mereka seperti 'women in mouth gags', 'bondage' dan 'latex'.
7. Allahua'lam.
Mereka mempermainkan pakaian sunnah kita tapi kita terlalai sedikit dan menerima mereka menjadi Friend tanpa kita periksa latar belakang mereka. Purdah ini bukan mainan, maka ambillah sedikit masa untuk meneliti rakan-rakan yang kelihatan pelik di dalam laman sosial kita. Golongan yang suka mengambil kesempatan ada di mana-mana saja di dunia ini. Hatta yang berkunjung ke blog kakchik pun mungkin ada. Mohon Allah lindungi dari perbuatan khianat mereka.
Kakchik bukan mahu menakutkan kalian tapi mahu sama-sama mengingati agar kita dilindungi dari anasir jahat yang menyelinap masuk di kalangan kita. Kalau kalian bukan niqabi sekalipun, sama-samalah menjaga maslahah sesama muslimah kerana kita membawa imej Islam dan kita mahu menyebarkan Islam secara bersih. Marilah kita berhati-hati dengan perbuatan nigabi palsu terutama di laman fb.
Allahu'alam.
Ya Allah, takut pula bila membacanya.
ReplyDeleteemmm... di FB dah tak de letak apa2 gambar rasanya kecuali satu profile picture supaya orang leh kenal. yang lain semua dah remove.
Moga kita semua muslimah sentiasa di dalam peliharaan Allah. Aminnn.
salam kakchik.
ReplyDeletetu sbb ayu tak ltk gmbo btul dan sgt mls nak add kwn2 dlm fb melainkan dia tu blogger.gmbo profile pun x ltk gmbo sdri.ltk gmbo rivet.fb,ym mmg bahaya.smbil2 saja.x sume bnda boleh reveal.
Astagfirullah.. mohon kita semua di jauhi..mmg ade yg add..kite kena check balik friend list ni.. mane tau bak kate kakchik.terlepas pandang dan kena hati2..Thanks ye kakchik atas nasihat kakchik dan semua yang kakchik beri kat kami adik2 ni.. =)moga2 kita di jauhi dari semua perkara buruk dan mendapat pemerliharaan Allah dr nya.. Amin..
ReplyDeleteLatifah, maafkan kakchik ya sebab buatkan Latifah rasa takut. Niat kakchik hanya mahu kita semua beringat. Bagu juga apa yang Latifah buat tapi kakchik masih izinkan sebahagian gambar dilihat oleh kawan-kawan bergantung kpd tujuan tertentu. Dalam medan dakwah ni terpaksa mengambil risiko.
ReplyDeleteWkslm ayu. Bagi urusan personal, kakchik setuju dgn cara ayu. Tapi kakchik tak boleh buat begitu kerana FB itu adalah medan dakwah kakchik spt blog ini juga. Gambar sendiri adalah lambang kejujuran kakchik. Biarlah orang tidak berteka-teki siapa kakchik kerana mereka boleh lihat gambar di profil. Tapi jika fb itu sekadar untuk bersosial, elok juga dihadkan gambar2nya.
ReplyDeleteShiela, kakchik memang berharap agar ada teman-teman yang terlepas pandang membaca tulisan ini. Tak kesempatan nak memberitahu mereka seorang demi seorang jadi ini salah satu caranya. Terlalu banyak anasir jahat di zaman ini.
ReplyDeleteitu ler kak chik.... syikin pun berjaga2 tak approve lelaki .. tapi sekarang ni pandai dah menyamar2 ... makin risau jadi nya... nak approve niqabi dari luar negara jer was2... terus tak jadi :-s
ReplyDeleteterima kasih kerana mengingatkan..
ReplyDeleteSalam k.chik,
ReplyDeleteReen pun ada rakan2 Fb yg menyamar jadi niqabis. Tapi itu tak menjadi masalah sebab dlm Fb reen mmg takde pic tanpa niqab. alhamdulillah takde webcam juga hubby tak kasi webcam2. Sebaiknya kawan2 yg lain berhati2 jgn percaya 100%. Hindari dari meletak pic sendiri tanpa tutup aurat kerana kadang2 terdapat juga kawan2 yg berkongsi id dgn suami mereka.
syikin, syaitan ni dia suka nak susahkan kita dan caranya melalui para penyamar tu. jadi kita perlu berhati-hati bila nak approve. kena ambil masa cek l/blkg diorang la sikit. kalau tengok pelik, kakchik mmg block terus.
ReplyDeletesama-sama syimama
ReplyDeleteWkslm Reen.
ReplyDeleteItu yang sebaik-baiknya Reen. Kakchik pun w/pun ada webcam tp tak pernah guna untuk online. Itulah, masih ramai muslimah yang tidak hati-hati dgn status album foto yang dibuka kpd umum. Sebab itu w/pun bertudung atau berniqab, gambar2 yg sepatutnya disimpan masih terbuka begitu saja.