Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Macam biasa setiap hari bila login ke internet, masuk dalam laman sosial facebook, kakchik dapat lihat pelbagai status yang mengiklan pelbagai bisnes. Alhamdulillah, nampaknya umat Islam hari ni ramai yang menjejaki sunnah Nabi Muhammad SAW iaitu dengan berniaga. Dalam banyak-banyak iklan tu dari sehari ke sehari kakchik lihat iklan menjual abaya semakin bertambah. Maknanya ramai di kalangan kenalan kakchik adalah penjual abaya seperti kakchik.
Deretan abaya menanti pelanggan. Sumber: Google |
Alhamdulillah... itu tandanya bilangan pelanggan abaya di negara ini sudah meningkat berbanding setahun yang lalu. Bandingan ini adalah dari pemerhatian kakchik yang cuma setahun jagung dalam menjalankan bisnes abaya ni. Itupun secara sambilan saja. Mungkin bagi kawan-kawan lain seperti Kak Aida (Aidaabaya.com) dan Nora (Maratussolehah Abaya) yang telah bertahun-tahun dalam bidang ini secara sepenuh masa, mereka tentu lebih 'aware' dengan perkembangan ini.
Ini juga boleh dianggap petanda bahawa muslimah di negara ini makin berminat untuk menutup aurat dengan memakai pakaian besar, labuh dan hitam, mengikut sunnah isteri-isteri Nabi Muhammad SAW. Satu perkembangan yang sangat baik bagi kakchik. Walaubagaimanapun, masih ada sedikit yang perlu dibaiki bila memakai abaya ni iaitu pemakaian tudungnya yang kadang-kala terlalu singkat, jika tidak pandai lilit, akan ternampak leher dan rambut. Insyaallah masih boleh dibaiki jika si pemakainya benar-benar faham erti menutup aurat dengan sempurna.
Pertambahan peniaga-peniaga abaya secara online atau tidak ini sedikit-sebanyak pastinya memberi saingan kepada bisnes abaya kakchik iaitu ABAYA ELEGAN tapi tidak mengapa. Rezeki masing-masing insyaallah ada. Siapa yang gigih pasti beroleh pulangan yang lebih. Kadang-kadang kakchik rasa nak buat sepenuh masa saja bisnes ni dengan membuka butik, syarikat pun sudah didaftarkan (BUTIK ABAYA HANIZA) tapi masalah utama ialah modal. Sekarang nak kemaskinikan semula Rancangan Perniagaan sedia ada bagi memudahkan usaha mencari pelabor. Sekurang-kurangnya ada modal pusingan dan ada simpanan untuk apa-apa perkara luar jangka.
Berniaga ni kata orang jika kena niat dan aturannya mengikut Islam, insyaallah boleh menjadi satu jihad. Jihad yang macamana tu hanya Allah saja yang tahu. Bagi kakchik sendiri, dua jenis perniagaan yang kakchik jalankan ini ialah perniagaan yang amat dekat di hati kakchik. Bisnes buku adalah untuk mengajak orang suka membaca yakni meminati ilmu kerana dengan ilmulah kita boleh maju pemikiran dan tindakan. Berniaga abaya pula berkaitan dengan mengajak orang menutup aurat dengan sempurna. Pakaian yang baik ialah pakaian sunnah yang jika diamalkan insyaallah dapat pahala. Ringkasnya dua jenis perniagaan ini bagi kakchik ialah jambatan dakwah.
Kakchik cukup gembira melihat orang menjual abaya makin ramai dan pembeli/pemakai abaya juga makin ramai. Kakchik akan lebih gembira jika orang yang menjual abaya adalah contoh terbaik kepada para pelanggan mereka yakni merekalah yang terlebih dahulu memakai (dengan menjaga aurat dengan sebaik-baiknya) abaya dan menterjemahkan erti memakai pakaian sunnah itu dalam contoh fizikal dan nyata. Alangkah baiknya. Tentu indah sekali.
Moga-moga apa yang kakchik jual akan lebih mendekatkan hati kakchik dan hati-hati para pelanggan dengan Allah Ta'ala. Kakchik bimbang apa yang kakchik jual menyebabkan pemakainya jauh dari mengingati Allah dan sekadar mahu berhias sahaja. Takut kakchik menyumbang saham dosa pula. Na'uzubillah.
a'ah kak chik... syikin belum ada abaya hitam.. insyallah.. ada rezeki lebih nanti.. :)
ReplyDeletekak chik.. semoga maju jaya :D
salam kakchik.
ReplyDeletelast two weeks leen ke mydin putrajaya. ramai yg dah pakai abaya tau. :)
syikin, bila ada rezeki lebih dah syikin teringin nak pakai abaya, jemputlah singgah di butik online kakchik ya. insyaallah boleh bagi harga istimewa sbg galakan hehe. terima kasih ya syikin.
ReplyDeletewkslm Leen. alhamdulillah... seronok rasanya.
ReplyDeletekakchik,jamy pun teringin nak beli lagi abaya...Hari tu jamy pakai ngan shawl abaya..agak jarang..jamy akan pakai tudung segera kt dalam dan kemudian baru pakai shawlnya..tak sabar nak tambah koleksi abaya.
ReplyDelete