Followers

7.5.11

Abaya Gaya Ringkas dan Jimat Bajet

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Ringkas, cantik dan mudah digayakan.

Malam ni kakchik nak kongsikan beberapa set cadangan menggayakan abaya bagi mereka yang masih belajar atau sesiapa saja yang tiada bajet yang banyak. Kakchik tahu ramai yang mahu memakai abaya dari Dubai tu tapi bila tengok harganya, hajat hati terpaksalah ditunda dan ditunda. Kakchik ada cadangan untuk sesiapa saja yang ingin menggayakan abaya dan menjimatkan belanja. Cadangan ni sesuai untuk sesiapa yang punya bajet lebih kurang RM250.00. Jumlah ini adalah anggaran kakchik untuk:

1. Sehelai abaya - RM90.00
2. Sepasang kasut - RM60.00
3. Seutas beg tangan - RM50.00
4. Aksesori ringkas - RM10.00

Kalau nak kira takdelah sampai RM250.00 tapi lebih kuranglah ya. Yang penting kat sini ialah ABAYA. Item yang lain tu tak perlulah dibeli acap-acap kali kan? Omputih kata 'Mix & Match' gitu. Setahu kakchik di zaman sekarang ni kebanyakan wanita mempunyai lebih dari sepasang kasut atau beg tangan. Aksesori pun berlambak dalam almari tu. Betul ke tidak, allahu'alam.
Abaya Murah

Persoalannya, mana nak cari abaya yang harga murah dari RM100 ni? Ada... cuma bukan diimport dari Timur Tengah. Tak kiralah dari Dubai ke... Doha ke... Jeddah ke... atau Mesir. Harga abaya tu semua majoritinya lebih dari RM150 sehelai. Kalau beli sendiri kat negara-negara tu tentulah boleh dapat lebih murah tapi kakchik cakap pasal nak dapat kat Malaysia ni. Kalian cari abaya dari Vietnam atau abaya yang dijahit oleh pengeluar-pengeluar abaya atau jubah tempatan. Insyaallah ada yang pandai menjahit abaya dengan potongan seperti abaya Dubai tu iaitu 'A-Cut' dan 'Princess Cut'.

Kalau biasa ke Mekah atau Madinah, ada yang kata dia beli abaya kat sana murah-murah je. Harga tak sampai RM120. Iyalah... beli kat sana dan bawa balik dengan bagasi sendiri kan. Bagi orang yang buat bisnes macam kakchik ni, harga modal sehelai mungkin RM120 tapi nak bawa ke Malaysia kena campur kos penghantaran, kadang-kadang kena cukai, nak bayar duit kepada pembekal melalui Western Union (tak semua pembekal ya) terpaksa pula bayar yuran servis, jadi bila nak jual, harganya naik sekali ganda atau lebih sedikit. Barulah ada untung dalam RM30 - RM50.

Sebab itulah harga abaya yang kakchik jual rata-rata antara RM150 - RM300. Jarang-jarang ada yang bawah RM100. Kalau ada, biasanya kainnya kurang berkualiti. Orang kata, alang-alang membeli barang import, baiklah kita beli yang berkualiti kan? Tahan lama bila dipakai, selesa dan berbaloi duit yang dilaburkan. Kelebihan abaya dari Dubai (atau negara Timur Tengah yang lain) ialah warna hitamnya pekat, hitam legam kata orang, walaupun hitam, material yang berkualiti buat kita selesa memakainya dalam cuaca Tropika dan potongan kembang payungnya sesuai dengan bentuk tubuh wanita Malaysia.

Sebagai contoh set ini:


Abaya kosong atau kakchik panggil 'plain black' ni kalau yang dari Dubai biasanya RM130.00 sehelai tanpa shayla. Jika dijahit di sini rasanya dalam RM50 - RM80 je sehelai. Jika nak juga abaya Dubai, melaburlah sikit dengan modal RM130.00 tu insyaallah boleh gayakannya dengan pelbagai cara kerana sehelai abaya hitam boleh dipadankan dengan apa juga warna. Kita hanya perlu kreatif saja.

Yang ini pula:


Amat ringkas kan? Jika anda seorang pelajar, gaya ini boleh diamalkan. Tak perlu beli abaya yang mahal-mahal tu kalau nak pakai ke kuliah. Yang mahal-mahal tu beli khusus untuk dipakai ke majlis-majlis rasmi je. Misalnya, pada hari raya, kenduri kahwin, hari bertunang dan sebagainya.

Malam ni kakchik tak sempatlah nak senaraikan blogshop-blogshop yang ada menjual abaya murah ni. Tak sempat nak cek di beberapa blogshop yang kakchik pernah tengok dlm minggu lepas. Insyaallah jika sempat esok siang kakchik update. Mana tahu mungkin pautan tu boleh membantu sesiapa saja yang punya bajet rendah.

Begini pun boleh juga:


Entahlah idea-idea kakchik ni boleh diterima ke tidak. Kakchik hanya bayangkan dan ingati semula masa kakchik masih bergelar mahasiswi satu masa dulu. Rasanya pakai yang ringkas begini saja yang selesa. Zaman sekarang ni lebih ramai orang suka pakai seluar tapi kakchik cuma nak cadangkan pakai jubah atau abaya kerana ia lebih sunnah.

Dah letih la. Kakchik rasa cukuplah dulu dengan 3 cadangan di atas. Lebih kurang je sebenarnya antara 3 contoh tu tapi kena tanya cita-cita masing-masinglah ya. Jika ada yang berminat nak beli abaya dalam set yang terakhir tu, kakchik ada jual. Itu namanya Abaya Surayya berharga RM130.00 dari Dubai. Walaupun 'plain' saja ia berkualiti dan potongannya pun sesuai dengan bentuk badan kita, wanita Asia.

Insyaallah jumpa lagi esok ya. Wassalam.

10 comments:

  1. assalamualaikum,kakchik.

    bagus artikel akak kali ini..beri idea buat mereka yg mungkin/ingin mencuba berabaya tetapi tidak pasti bagaimana.

    idea akak menarik!!!

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikummussalam Ain.
    Terima kasih ya. Kalau dapat membantu, alhamdulillah tapi nampaknya artikel ini takde sambutan sangat Ain. Mungkin sebab idea kakchik ni ketinggalan zaman kot hehe.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Kakchik, saya berminat sangat2 dengan jubah kosong and murah-murah. Susah nak cari sekarang. Semuanya mahal dan bermanik dan jahitan moden. Saya berminat dengan yang paling simple dan kosong. Agaknya macam mana nak dapat ye?

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikummussalam Mumtaz BO.

    Kalau nak jubah kosong kat Kelantan ni masih ada yang menjualnya terutama di sekitar Dataran Ilmu semasa Kuliah Jumaat Tok Guru Nik Aziz di KB.

    Kakchik tak tahu harga jubah tempatan yang mahal2 tu tapi kakchik menjual abaya dari Dubai dan Qatar, harganya memang agak mahal kerana modal tinggi dan segala kos yang perlu ditanggung. Abaya Dubai spt dalam gambar di atas potongannya jenis kembang seperti bentuk huruf A.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum kak chik.. :)
    saya baru disini.. ..mohon tanya yer..kak chik..kakchik ade jual jubah yer?mcmane sy nak beli yer? terima kasih.. :)

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum kak chik.
    sy suka la dengan jubah kat atas ni, simple, cantik dan murah.
    kat mana ye blh dapatkan jubah mcm ni?

    ReplyDelete
  7. ainul mardhiah: wa'alaikummussalam. ya, kakchik ada jual. sila ke blog Abaya Elegan, insyaAllah di sana kakchik ada tuliskan cara nak membeli.

    ReplyDelete
  8. mawar mujahidah: wa'alaikummussalam. jubah ni dipanggil abaya. kakchik jual ni melalui blog Abaya Elegan. kalau mawar mujahidah nak order, sila ke blog itu ya.

    ReplyDelete
  9. assalammualaikum kakchik.....bersyukur sangat saya d temukan dgn blog ini..ntahla sejak akhir2 ini sy terpanggil untuk mengenali abaya sy sudah mula jatuh hati dengan abaya...

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum...ape khabar semua? ingin mencari abaya2 yg murah?atau jubah2 lelaki yg murah? semua abaya dan jubah kami original dari Madinah!
    jemput dtg blog kami www.farawayshoppe.blogspot.com
    atau Like page kami di facebook, Faraway Shoppe..
    nak beli borong pn boleh...
    insyaAllah abaya2 kami mmpunyai harga yg berpatutan.. =)
    wassalam...

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs