Followers

14.5.11

Sedikit Sumbangan Untuk Gerakan Islam

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kakchik sebenarnya agak keletihan selepas seharian bertugas di Muktamar Dewan Muslimat PAS Kelantan. Tugas kakchik hanyalah sedikit cuma iaitu sebagai petugas Media yang perlu mengemaskini perkembangan muktamar dari awal hingga akhir di dalam facebook DMPNK. Itu saja yang mampu disumbangkan.

Walaupun kakchik cuma menggunakan minda, mata, telinga dan jari-jemari untuk mengemaskini fb DMPNK, malam ini kakchik terasa kesannya. Duduk begitu lama di kerusi dengan hanya bergerak sedikit-sedikit agaknya telah menyebabkan tulang belikat dan pinggang kakchik terasa sedikit lenguh. Tadi cik abe ada tolong urutkan sebentar tapi mana dia boleh lama-lama mesti dia nak geletek kakchik. 

Biarlah letih sedikit yang penting, kakchik syukur dapat juga menyumbangkan sedikit kemahiran yang ada. Walaupun nampak remeh saja tapi bukan semua orang yang sanggup nak berfikir, memasang telinga, memerhati, menilai dan seterusnya mengarang berita-berita. Boleh jadi sakit kepala jika tak kena cara. Alhamdulillah, dalam letih hati rasa gembira dan puas.

Tak mahu tulis panjanglah sebab nak rehat sementara menantikan Isyak. Jomlah tengok sedikit gambar semasa muktamar siang tadi. Kalau nak tengok lebih banyak, kenalah masuk fb DMPNK, insyaallah masih ada banyak lagi rakaman kenangan sepanjang siang tadi.

Pendaftaran perwakilan di waktu pagi.
Pegawai Pembantu Armalah DUN dengan uniform lengkap menyambut tetamu.
Pentas utama sebelum muktamar bermula.
Ketibaan isteri Tuan Guru MB, Datin Bentara Setia Hjh. Tuan Sabariah Tn. Ishak (kanan).
Satu sudut pandangan dalam dewan semasa pembukaan muktamar.
Para Perwakilan semasa Majlis Perasmian.
Para Pemerhati.
Tak perlu diulas lagi.
Menutup muktamar dengan Doa Wehdah.
Demi Islam, sumbangkan apa yang mampu agar esok-esok tidak menyesal.

Demi anak cucu, agama kita kekalkan. Itulah Islam tak lain tak bukan. [DMP Rantau Panjang, Nik Natrah]

6 comments:

  1. bagusnya kak chik :X... psstt kak chik.. baju nya cantik :X

    ReplyDelete
  2. syikin, setakat mana yang mampu, kakchik cuba lakukan untuk Islam. syikin pun boleh juga. baju tu baju batik kaftan, hanya pakai di hari muktamar dan program muslimat saja. warnanya terlalu terang, hijau epal.

    ReplyDelete
  3. salam
    sejuk mata memandang..putih..suci bersih...take la nampak rambut bebagai kaler macam....perhimpunan tu...

    ReplyDelete
  4. salam kak chik,

    cerianya... sy suka warna hijau... kita tidak menolak mana2 parti asalkan berjuang di atas nama Islam...

    ReplyDelete
  5. wkslm kak kam. alhamdulillah kak. semoga hati-hati yang berada di majlis itu semuanya bersih macam pakaian yang dipakai juga.

    ReplyDelete
  6. wkslm areef.
    memang ceria. kebanyakannya memilih warna hijau epal sebab lagi segar.
    betul tu, selagi perjuangannya atas dasar al-Qur'an dan Sunnah, selagi itu kita sokong.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs