Followers

4.11.09

A Jumble of Thoughts

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang berkunjung ke sini. Apa khabar hari ni? Semoga semuanya sihat-sihat saja jangan sampai demam ditimpa hujan macam kakchik ni. Hari ni hujan tak berhenti-henti. Memanglah bila dah masuk bulan 11 ni musim tengkujuh pun bermula. Semalam kakchik dah MC sebab sakit kepala, hari ni pulak demam. Nampaknya minggu ni 3 hari je kakchik ke pejabat. Hmm... kena sabar dengan ujian ni. Kalau tak sabar memang mood pun akan menurun.

Sekarang ni badan rasa kebah sikit sebab dah telan Panadol tadi. Kakchik cuba bergerak aktif, tak mahu Cik Abe nampak kakchik kurang sihat. Malas nak biarkan dia manja-manjakan kakchik. Menyusahkan dia macam semalam. Tapi syukur alhamdulillah sebab kalau kakchik tak sihat Cik Abe akan mudah tolong itu ini.

Masalah di blog
Eh, kawan-kawan bila datang ke blog-blog kakchik, ada hadapi masalah tak untuk klik kat mana-mana? Entah kenapalah sejak awal minggu ni selalu je bila buka blog kakchik tak dapat nak klik mana-mana. Tak keluar pun ikon tangan tu. Geram betul. Bila dah refresh barulah dapat. Sama juga kalau kakchik masuk blog kawan-kawan. Mesti nak kena refresh baru dapat klik, tulis komen atau mesej. Semacam ada skrin kat depan blog. Nak skrol turun naik takde masalah tapi nak klik mana-mana hyperlinks je tak boleh. Pelik sungguh. Kakchik dok agak ni mesti ada pop-up yang jenis camouflage ni datang dari mana-mana widget. Hmm... masih dok fikir nak selesaikan macamana.

Abaya dah sampai

Untuk pengetahuan semua, sebahagian dari stok abaya yang akan kakchik jual dah sampai beberapa hari lepas. Kakchik dah buka satu blog baru ABAYA ELEGAN tapi belum dirasmikan lagi. InsyaAllah akan dirasmikan pada 8 Nov nanti. Buat masa ni kami di fasa percubaan la dulu. InsyaAllah abaya yang kakchik jual tu kakchik cuba pasarkan pada harga mampu milik antara RM80 - RM250 kecuali ada permintaan khas. Buat masa ni stok ada 10 helai. Kalau terasa nak tengok bolek klik kat atas nama blog baru tu.

Editor baru blogspot
Dah beberapa hari blogger menaik-taraf bahagian editornya. Kawan-kawan rasa macamana? Makin senang atau makin cerewet? Yang lain kakchik rasa ok takde masalah cuma yang kakchik kurang suka sikit bila nak upload gambar. Yang dulu rasa senang je nak upload 5 keping gambar sekaligus tapi yang ni cerewet sikit. Walaupun ada kelebihan lain macam nak pilih saiz gambar hinga x-large tu kakchik suka tapi kalau boleh naklah cara upload another picture dikekalkan. Huhu nak buat macamana kan, bukannya kakchik yang buat blogger ni dan mungkin orang lain takde pun masalah macam kakchik.

Assignments
Jadi pelajar ni ada 2 perkara yang kurang seronok (bagi kakchik la) iaitu assignments dan exams. Lusa kakchik ada tutorial dan perlu serahkan draf untuk 2 assignment. Bila badan kurang sihat tugasan penting yang dibuat pun rasa macam tak betul-betul all-out. Kesian pula kat partner kakchik yang dah janji nak jumpa kakchik di Zahra' hari ni. Harap-harap esok kakchik dah sihat betul-betul bolehlah kakchik pergi cari dia di taska tempat dia kerja tu. Walau apapun kami mesti taip elok-elok draf tu. 2 minggu lagi tarikh akhir jadi mesti nak hasilkan assignment yang terbaik. Syukur bahan rujukan dah cari awal-awal.

Panggilan bantal
Nampaknya mata semakin mengantuk. Agaknya kesan ubat la ni. Selalu makan sebiji je tapi hari ni makan 2 biji, itulah agaknya berat sangat rasanya ni. Ok lah dulu, kakchik nak cuba lelapkan mata barang sebentar. InsyaAllah bila bangkit nanti badan akan lebih sihat.

Wassalam.

10 comments:

  1. get well soon kak chik...

    hmmm...sha ada gak masalah2 di blog tuh tapi tak sampai nak menukar yang lain. dah 5 tahun sha pakai blogger, sayang pulak.

    tentang masalah teknikal...sha mmg tak berapa pandai. nanti sha tanya2 keliling kalau ada pulak yang pandai. boleh kita kongsi.

    ReplyDelete
  2. terima kasih sha.

    kakchik pun sama jugak sha. dah senang dgn blogger ni tapi ada lah masa-masanya geram hehehe.

    mekasih dik. kalau ada penyelesaian, bagitahu ya.

    ReplyDelete
  3. Salam kak chik,
    Moga cepat2 sembuh...

    masalah klik2- kdg2 saya pun hdpi mslah tu.biasanya mslh komputer.n widgeo skip ads. ada updated apa2 yg buat slow loading, atau scan virus scr automatik? tgahri, line jem pun bole jd.

    abaya- good luck kak chik ;)

    new post editor- saya pun gna yg baru. snang nak tukar saiz gambar.dulu, kalu da upload size kecik, yg besar kena upload baru. atau cari kat webpicasa.new editor,nak kaler gambar pun takyah ingat kod, haha.masalah- slalu error space. akhirnya, cara saya, upload gambar gna compose, edit space guna HTML.

    assignment- kak chik blaja? sambung master ke? :)

    Take care ya.windu kak chik.

    ReplyDelete
  4. kak chik..akak pun kena refresh dulu baru dapat buat apa2..kat blog sendiri atau blog kekawan...

    ReplyDelete
  5. Wa'alaikummussalam Nurindah.
    Amiin. Kakchik pun harap begitu juga.
    Kakchik dah dapat atasi masalah tu dgn membuang counter widgeo tu dan tukar dgn hitstats.
    Kalau terasa nak pakai abaya, Nurindah belilah dgn kakchik ya, hehe.
    Ooo... gitu pulak ya. Kakchik rasa yg dulu tu sng je kalau nak saiz gmbr kecik atau besar.
    Kakchik buat diploma pend awal kanak-kanak. Belajar utk tambah ilmu mendidik anak. Takut menyesal esok-esok.
    Kakchik pun dah banyak hari tak jenguk nurindah, rindu tapi malu huhu.

    ReplyDelete
  6. kak kam, sekarang dah takde masalah tu dah kak. kakchik buang widget dari widgeo.

    ReplyDelete
  7. salam kak chik,

    rasanya yg masalah xleh klik tu bkn blog kak chik je..ada jugak blog kengkawan yg lain yan xleh nk klik. nk menjerit kt shoutbox pun xblh..tp hari nie yan masuk blog kak chik dh ok..dh blh klik2 dh..dan yg pnting dh blh drop comment.

    ha lg satu kt bhgin editor tu kak chik kata dh lain sikit kan? tp yan pnya nie xde yg lain..masih mcm dulu...nape x sama yea??

    ReplyDelete
  8. Wkslm Yan.
    Kakchik rasalah kan, tu semua gara-gara widget dari widgeo. Bila kakchik dah buang barulah ok blog kakchik ni.
    Ah, tu pelik tu... editor kakchik dah berubah ni sejak 2 hari lepas. Tak tahu nak jawab la Yan.

    ReplyDelete
  9. Nadiah, ha'ah kakchik sambung belajar sejak 2007. Saja suka-suka nak tambah ilmu pasal pendidikan awal kanak-kanak.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs