Setiap dari kita mempunyai impian masing-masing.
Ada impian, nampak mudah untuk dicapai tapi jika malas berusaha, mudah pun akan menjadi payah.
Ada pula impian memakan masa yang lama untuk mencapainya tapi dengan usaha gigih, sokongan yang padu, keadaan jiwa, mental dan kewangan yang stabil, ia berjaya dicapai dengan perasaan yang puas.
Ada juga impian dari dulu hingga kini kekal tinggal sebagai impian, entah akan tercapai atau tidak.
Impian kadang-kadang dicatat, sebagai pengingat takut-takut terlupa.
Setiap hari akan ada terdetik impian yang baru.
Bila melihat orang itu berjaya, orang ini berjaya, kita pun mula memasang impian.
Jangan pula impian itu hanya sekadar angan-angan.
Sebab itu takut untuk berimpian terutama yang bukan-bukan.
Namun mahu juga mempunyainya kerana hidup mahukan keselesaan dan kesenangan.
Sama ada senang dan selesa di dunia ataupun lapang dan lega di akhirat.
Segalanya bermula dengan impian.
Syukur... setiap hari ada impian yang ingin dicapai dan tercapai.
Tapi ada juga yang gagal.
Jangan risau, ciptalah impian baru agar hidup lebih bererti.
Hehe... entah apa-apa yang kakchik merapu malam ni. Sekadar menghilangkan kebosanan setelah beberapa kali bermasalah dengan Blogger sepanjang hari ini. Siapa faham kaitan gambar dengan sajak?
erin plak mg suka mgimpikan sesuatu yg plik-pelik...
ReplyDeletejusteru itew impian tu dah jadik angan-angan jer la..
heheheh
erin - apa yang pelik-pelik tu? harapnya takdelah membahayakan ya. berangan sekali-sekala bolehlah erin, jangan selalu sangat ya.
ReplyDeletearinieh sha masih menyimpan impian. terlalu awal nak diceritakan pada semua...tp sha dah cuba yg terbaik arinieh. thanks kak chik...:)
ReplyDeletesha - kadang2 ada baiknya kita tak cerita kat org lain impian kita, kakchik pun selalu juga buat camtu, takut tak menjadi. baguslah kalau dah buat yg terbaik, chaiyyok!
ReplyDelete